Tuesday, July 26, 2022

Genting Highland 2022

Saat tengah menulis ni, daku sedang berada di salah sebuah bilik hotel di Genting Highlands. Pergi berdua je, sebab anak - anak kat asrama. Sebelum apak ke bengkel pagi, sempat dia paksa mama naik ke tingkat 41, melihat permandangan awan di celah - celah banjaran titiwangsa yang berbalam - balam, menghijau... 
  
Cuba bayangkan seseorang yang tidak kurus macam aku naik ke atas dengan tangga macamana? Dengan kaki tau! Satu langkah, satu anak tangga. Penat badan aku pecahkan lemak, iaitu dari tenaga kimia kepada tenaga kinetik, tenaga keupayaan, & tenaga haba untuk naik ke atas. Tak tahu la berapa Joule dah terbakar. Tu belum masuk tenaga bunyi, pok pek pok pek yang dijana mulut yang mengomel-ngomel dan komplen. "Lama lagi ke?" atau "dah tingkat berapa ni?" atau "dah sampai ke belum ye?", atau "ala bang, penat la " atau, "jom la naik lif, bang"...........πŸ˜„

Subhanallah...Cantik kan?


Dan hasilnya, tak jugak kurus. Tapi diri ni dapatlah tengok permandangan atas awan. Cantik kan? Mujur laki tak tiup whistle jerit2 macam askar masa naik tangga. Nak mendaki naik tangga, punyala slow. Tapi masa turun kemain laju, sebab guna lif! Hahaha...Sebab nak cepat sampai, gi sarapan punya pasal...πŸ˜†

Bab makan, laju je! 😎

Friday, July 15, 2022

Doa semampu boleh

Minggu ni, dah start solo kembali.😊

Harini banyak idea, mencurah2...Alhamdulillah...Lepas raya, terus sibuk dan sibuk dan lagi sibuk. Awal tahun ni aku dah secure scholarship untuk attend & join bengkel & conference bulan ni. Hadir secara online je. Aku nak join satu course online tu, tapi aku 'ter'fail pulak exam untuk kelayakan naik ke next level. Tak boleh naik darjah la pulak...Kene makan DHA banyak-banyak lagi ni... Alaaaa...😞Tak per la. Nanti kita try lagi. Ni, tengah berkira - kira nak pilih jalan yang mana kita nak ambik... semoga Allah bagi petunjuk dan mudahkan urusan...Doa jelah semampu boleh. Amin.

Monday, July 4, 2022

Me and 'the kids are sick' moment

Hujung minggu lepas, dua - dua anak dpt mc & kene rehat kat rumah. Khabarnya, wabak influenza tengah merebak kat sekolah-sekolah. Ada sesetengah sekolah kat Msia kene tutup terus. Selain inflenza, dengar khabar kes yang melibatkan H1N1 pun ada. Harap masih terkawal. Haish, dah nak periksa ni macam - macam ujian melanda... Semoga Allah mudahkanlah semuanya....Amin.

Dengan adanya dua orang sakit di rumah ni, maknanya dapur kene berasap la. Nasik panas, lauk panas.  Macam yang apak suka, 'home cooked food'...Dengar macam sedap nyeeee lahaiii....yang anak-anak, tekak tak sedap nak makan. Sabarlah...This 2 weeks, mama ni jd stay at home mom & student. Tak pergi fakulti. Tak jumpa orang. Buat kerja kat rumah sahaja....

Hmmmmh,... duduk lama-lama kt kerusi pun tak bagus. Kene stretching gak...exercise,...gotta watch my health meter too...

Tuesday, June 28, 2022

My emotional cup

This is children's emotional cup. 

How about my emotional cup?
I am an adult. Not a kid. (My inner child?)
Dah 40 tahun. Kalau ikut kat M'sia, 40 tahun ni dah tua. Pada usia ni, dah matang. Tapi kalau ikut cikgu aku, Eiiii....40 tahun ni muda lagiii....60+ pun kira muda lagi kalau boleh main basketball, racquet ball semua...Aku senyum je dengar dia bercerita. Aku yelahkan ajelah... Aku pulak lebih minat main volleyball. Tapi dah berumur ni, tak de sapa yang minat nak main. Last-last, aku jadi pejalan kaki solo jelah sudahnya. Ok berbalik semula pada point apa aku nak cerita tadi.....jauh nau lencongan ni.
Do I have to compete to fill my cup full?
I rather not. So, what makes my cup full, eh? 
I better start doing them...Macam dah nak kosong je rasa ha...

p/s: last main volley masa anak no 2 dalam perut 8 bulan, 14 tahun lalu

Wednesday, June 22, 2022

Capah-capah

Minggu lepas dah berperang dengan demam, selsema sakit tekak... Memang jadi, sleeping beauty lah jawabnya. 

Minggu ni lega sket.....Tapi paling tak tahan sekali, kerja yang kita ingatkan dah boleh setel, rupanya tak boleh setel lagik.........aiyoyoyo! Pikiran ni memang dah mencapah-capah dah ni...dah tak memfokus... Mhmmmmmmmm... 

Nak layan lagu m.nasir kejap la...ubat stress.🌻

Tiada Kata Secantik Bahasa...

Minggu ni,... 20 June! Besday adik!

Kebetulan ahad lepas, sekolah dik ada hari sukan. Jadi, Isnin dapat cuti, pelajar boleh outing. Apa lagi kan? Memang outing laaaaa dik ni. Dia punya outing, macam biasalah. Siap berangkut berguni-guni baju kotor, untuk dibawak balik basuh kat rumah. Sidai. Pastu angkut balik ke asrama. Sementara menunggu kering, ...kita dua g meronggeng dengan kt bandar pekan ni...

Bam kt asrama. Apak kerja.

So, memang tinggai kita dua jelah yang celebrate. Dengan mama & apak ni, nak throw bithday bash, birthday surprise itu ini, memang tak delah. Belanja makan, special sikit dari biasa, boleh la. Itupun, apak kata tak boleh selalu. Mama sentiasa doakan semoga Allah pelihara & murahkan rezeki dan mudahkan urusan dunia akhirat anak-anak...

Mama & apak ni, tak selamanya muda...
Apak nampak tua tak pe.
Tapi mama kene maintain muda sokmo...hah, cepat pujiii mama, cepaaaat.....πŸ˜„


burrpp,...hmmm, alhamdulillah kenyang dah kene puji. πŸ˜‰

Saturday, June 4, 2022

Cuti Sekolah Lagi

Rasa macam baru je hantar anak balik asrama. Dah cuti. Rumah yang sunyi sepi ni terasa penuh dengan orang kembali. Kucing pun seronok! Kemain gedik dia nampak tukang layan & usap dia balik...πŸ˜†.

Berbeza dengan sebelum - sebelum ni, musim cuti sekolah kalini ni, Hi-way jam! Nasib baik dua-dua ni sekolah kat sini aje. Bukan hi-way je, kat tempat kami yang jalan biasa ni pun banyak kereta atas jalan. Perjalanan 15 minit jadi 40 minit. Orang start balik kampung awal barangkali. Bercampur pula dengan kesesakan orang lelaki nak solat Jumaat.  Selesai amik bam, hantar balik utk ready solat Jumaat, kene setel adik pulak. Mentang-mentanglah rumah dekat. Masing-masing bawak balik barang separuh lori! Tak muat single trip!

Harini dapur mesti berasap! Tak pe, tak pe, pembantu ramai... Mama masak kari ikan harini...Apak kt Jerman tu, makan la roti dengan cheese puas-puas. Jerman banyak roti...Nak sedap lagi, jemputlah cicah kari kami ni. Walau beribu batu, insyaAllah sampai gambar karinya......'Fisch-Curry' ... Hahahahahahahhaa mesti nangis apak baca ni, sebab makanan sejuk-sejuk je kat sana....πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Macam biasa la, kari mama memang tak de santan...Masak pun sambil nyanyi - nyanyi lagu...Kalini, lagu hindustan 'Likhe Jo Khat Tujhe' ....Dengan harapan, sedapnya tu macam kari kat India sana hahaha...ke sedapnya tu tiada tolok bandingnya? πŸ˜‰πŸ˜‹