Alhamdulillah...kami dah selamat berempat di Perth pagi Selasa 29 hb Sept lepas...
Bersyukur juga perjalanan balik ke sini tak seteruk perjalanan balik ke M'sia. Budak2 semua tido...Sebab semua tido, jadi tak delah yang mabuk udara ....Walaupun tak lah selesa, tapi itupun dah kire ok...,mama dan apaknya bolehlah berehat. Tido sekejap2 je...tak lah seselesa macam tido kat katil.
Hasilnya pagi sampai di Perth tu semua anak beranak tidooo...sepanjang hari. Letih! heheheeeee....
Perjalanan balik M'sia tempoh hari, 50l3h mabuk teruk.
Itupun, sebelum naik kapal terbang dah bagi makan sesiap kenyang2 dua2 beradik tu...supaya perut tak masuk angin. Seawal jam 4:30 pagi dah bertolak dari rumah ke airport...sampai sana sementara apak beratur mama suap2 anak2 makan nasik goreng.
Satu jam terakhir sebelum sampai M'sia, 50l3h dah menunjukkan tanda2 mabuknya...berbeg2 juga 'hasilnya'. Agaknya dah sampai masa makan tengah hari, perutnya yang kosong tu dah masuk angin. Tak tahan. Tapi kali ni tak seteruk masa pertama kali kami balik M'sia tahun lepas. Yang tu, sampai lembik 50l3h nii...
Adik tak de masalah. Enjoy aje dia...
Sampai M'sia ...mmg sah ler, balik umah aku dulu...Tapi raya belah Lenggong dulu...then baru lah berjalan beraya merata ... percutian raya kali ni singkat dan padat. Rumah sanak saudara tak habis round. Terasa cam 2 minggu tak cukup.
Balik M'sia sudah tentunya makannyer macam - macam...Ni berat aku dah naik berkilo - kilo...pas ni kene berjuang buang balik lemak - lemak ni...
Er, nak buang mana ek???
----------------
p/s: RFC yang aku teringin sgt nak rasa, tak sempat rasa...tapi KFC berkali2 rasa...tak per lah, mungkin rezeki merasa RFC di waktu yang lain.
Saturday, October 3, 2009
Thursday, September 10, 2009
Coretan Ramadhan - Bhgn 5
Tak de byk benda nak update sebenarnya,...tapi adelah beberapa berita yang boleh dicoretkan...
Kisah 'Housemate' Baru Tapi Tak Lama...
Bebaru ni, apak (bersama 50l3h) ade membeli seekor red claw crayfish...(ala - ala udang galah rupernye tapi sepitnya macam udang kara) ... beharga 5AUD dari kedai haiwan yang tak jauh dari rumah kami...Memang seperti biasa, bebudak ni excited ler dapat haiwan peliharaan baru...Sampai je rumah, kelam kabut nak ready tempatkan udang tu dalam akuarium yang didiami ikan emas selama ini...
Malang sekali, tak sampai 24 jam umurnya bersama kami, dia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam itu juga. Kakinya banyak patah, sesungutnya hilang sebelah, dan yang sebelahnya sudah tinggal separuh sahaja. Kesian, makhluk Allah ni...kami tak tahu kenapa, sepatutnya ok...makanan cukup, air cantik...dah siapkan tempat dia nak sembunyik lagik...
Teringat pesan owner pet shop yang kami beli tu, red claw crayfish ni mudah distress. Bila jadi gitu dia mudah mati. Jenazah selamat diberi penghormatan terakhir oleh kedua kanak-kanak ni dengan pemberitahuan dengan cerita tentang kematian udang tersebut...bukan wat pe pun, tak de kenduri tahlil ke hapa...tengok jer la udang tu dah mati...supaya depa dua ni tak tercari2 mana udang ni pergi.
Satu lagi pelajaran dalam hidup dieorang, bahawa yang hidup pasti mati... Aku rasa dieorang ni paham bahawa mati ni, tido yang tak bangun - bangun, kaku dan tak bergerak - gerak lagi...Aku pasti 50l3h paham gitu. Si adik ni tak tau la ape yang die paham...
Tinggalah Dorothy(ikan emas ni namanya serupa dgn ikan emas kepunyaan Elmo) seorang diri lagik, tak de kawan...
Another news...
Kami sekeluarga akan pulang ke M'sia untuk berhari raya bersama keluarga di tanahair pada sabtu ini. Percutian kali ni, singkat dan padat..., ni kire apak tengah break away jap dari kerja2nya....Insya Allah kembalinya disini selepas raya, kesibukan melampau akan menanti beliau.
Sekarang ni, mama tengah bz nak kemas kemas...x habis lagik. Di kesempatan ini, daku ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin buat semua kengkawan blogger dan pembaca sekalian. Sekian, nak sambung balik kemas...
***ade beberapa gambar dah lama perap utk upload sini, tak sempat2 nak upload lagik...nanti nanti ler ... ade ms nak upload, insya allah akan ku usahakan ...

Saturday, September 5, 2009
Coretan Ramadhan - Bhgn 4
Akhirnya tibalah coretan yang keempat di bulan ni...
Topik kali ni ...House Inspection. Selasa lepas, memang hari rumah kami paling kemas laa...itupun payah nak kekalkan woooo...maklumlah ade anak kecik ni, rumah memang payah nak kemas...kalau sepah tapi nampak kemas tu dah cukup baiklah...
Kat sini memang menjadi rutin manager housing agent cek rumah. Dia datang nak cek kondisi rumah, ok ke tak... masih boleh didiami ke ... sebarang kerosakan dia expect kita bagitau. Nanti depa akan hantar orang baiki. Yang penting semua mesti bersih dan kemas.
Kat sini setiap 6 bulan, kadar sewa akan dinilai semula. Ada yang sewanya akan dinaikkan setiap 6 bulan,...ada yang setahun sekali malah ada yang beruntung tak naik - naik terutamanya yang deal terus dengan tuan rumah dan tuan rumah tu tak bother nak naikkan sewa. Dengan agent lama dulu, depa tak naikkan banyak...egent baru ni, adelah buat kiterorang ni rasa tercekik... huhuhuuuu...
Satu lagik part yang kureng bestnya ...bila agent yang datang ni, tengok rumah semua ok, depa pun nak naikkan sewa. Pihak Uni tak de apa pun...tapi depa yang lelebih nak naik, supaya dapat kaut banyak duit. Tak patut sungguh aku rasa. Kalau rumah sewa untuk bukan pelajar lainlah cerita. Ni untuk pelajar universiti...bukan pekerja professional yang gajinya setaraf dengan orang kat sini.
[Sesape nak datang sini, kerja sini mai laa...gaji besau, hujung minggu lak memang orang tak usik kerja..(bergantunglah jugak profession ape ye, kalau dokter taklah...) Kalau kat M'sia - underpaid - beban kerja tak sepadan gaji pun ada aku rasa, harga barang makin naik, gaji duk paras tu...huhuuu...]
Kat sini urusan sewa menyewa selalunya berkontrak. Ade 2 jenis kontrak 1 yang jenis bertempoh satu yang berkala...yang bertempoh paling pendek selalunya 6 bulan. Selalunya 1 tahun. Yang berkala, selalunya untuk tempoh masa yang pendek dan situasi yang tak pasti jangkamasanya. Terpulanglah macamana dealnya. Apapehal pun tempoh jangkamasa notis keluar dari rumah sewa, adalah 3 minggu sama ada kita yang bagi notis nak keluar atau kene halau keluar...heheheee...
Bab halau menghalau ni kan...kat sini tak macam kat M'sia...prosidur nak halau penyewa bukan senang mengikut undang - undang. Selagi penyewa ada dalam rumah sewa, tuan rumah tak boleh sesuka hati nak masuk rumah tu dan halau walaupun dah bagi notis suruh keluar...
Pernah terjadi kat sini...penyewa rumah yang liat nak bayar sewa dan dah berpuluh notis keluar rumah dihantar tapi penyewa degil tak mahu keluar. Akhirnya, tuan rumah terpaksa hire spy mengintip penyewa rumahnya...tunggu bila dia(penyewa tersebut) keluar rumah. Sampai masa penyewa itu keluar rumah tersebut...tuan rumah itupun cepat-cepat masuk rumah tu dan menukar semua kunci rumah tersebut. Maka, tak dapat masuk dan balik ke rumahlah penyewa yang degil itu...[ha ha ha, padan muka...] Dengan itu penyewa tersebut boleh dah dihalau keluar sebab dia dah tak de dalam rumah tu... Terus HOMELESS orang tu...
Apa yang terjadi seterusnya aku tak tahu...aku tahu sampai situ ajer...
Kalau nak pindah rumah,...agent baru akan call agent lama tanya tentang bakal penyewa yang nak masuk ke rumah sewa...so ajen lama akan bagi testimoni la ok ke tak sumer penyewa ni, bond rumah lama dapat penuh ke tak (kalau dapat penuh, bagus...kalau sikit2 je kene potong...x pe lagik)...tapi kalau tak ok testimoninya, siap lah kooo tak de sape nak bagi umah untuk disewakan...gitulah keadaan kat sini...Sebagai orang luar, kita bawak imej negara dan agama kita sekali...kalau buruk, habislah kene kat orang lain sama 'kotornya' itu...
Selalu kita persoalkan 'ada apa dengan nama?'...kat sini, ada banyak benda berkaitan dengan nama baik dan integriti kita yang kita patut jaga. Tak molah bila orang bukan islam tengok kita, nama je islam tapi perangai tak islam pun...

Wednesday, September 2, 2009
Coretan Ramadhan - Bhgn 3 - Diserang Virus!!!
Bebaru ni, komputer ku kene serang dengan virus. Ni pun baru, pas reformat balik...dah ade tembok api Comodo, ni diharapkan semuanya dapat bertahan lah hendaknya....
Kene serang dengan virus ni bukan takat komputer je kene...kami pun...Sejak isnin kelmarin, aku dan anak-anak dilanda selsema...paling teruk skalik 50l3h...semalam sampai tak leh nak bernafas dan nafasnya pendek pendek. E-m4n masih terkawal. Yang palig gagah perkasa buat masa ni, abang. Abang masih kebal lagik saat ni dan banyak membantu jaga anak - anak dan 'entertain' depa...
Semalam, pas isya' masa nak tido...dalam pukul 7-7:30 mlm smlm 50l3h dah ade batuk - batuk (yang tak lepas) beserta tanda - tanda payah nak bernafas bernafas. Cepat - cepat aku g bawak die ke bilik air dan bukak shower air panas kasik berwap satu bilik air tu...Alhamdulillah lega. Aku ingatkan nak mandikan, tapi mengenangkan sejuk, aku tak jadi teruskan niat tu. Semalam kalau tak ok jugak, memang kami ke hospital lah jawabnye...
Lepas nampak die dah lega...aku bagi 1ml Ventolin plus paracetamol dan ubat batuk berkahak...pastu baru die boleh baring dan lena. Aku jugak tengah berjaga - jaga dengan simptom wabak H1n1. Alhamdulillah setakat ni, nampaknya macam selsema biasa. Tak de disertai dengan demam ke hapa. Setakat ni, ni selsema yang paling teruk melanda keluarga kami tahun ni. Tahun lepas lagik teruk dari ni, tapi papepun aku akan alert jugak sebagai langkah berjaga - jaga...
Jika masa kat M'sia, tak de masalah dengan isu kelembapan dalam rumah. Negara kita beriklim khatulistiwa, lembap dan panas sepanjang tahun. Lain dengan sini. Musim sejuk atau musim panas, boleh katakan hampir setiap rumah berdepan dengan masalah kekeringan. Bila musim panas, udara kat sini panas dan kering. Bila musim sejuk, udaranya sejuk dan kering. Jadi, masalah hidung berdarah, sakit tekak dan selsema mudah berlaku bila udara kering sangat.
Semalam, kami berkira kira sama ada nak beli Humidifier ke atau Vaporizer...Akhirnya kami decide nak beli vapourizer sebab kami dah ade kipas air untuk musim panas...itu dah cukup untuk melembapkan udara dalam rumah bila musim panas.
Hopefully malam ni, semua lena dan boleh bernafas dengan selesa tanpa gangguan...
Sekian...nanti ade lagik kot part 4. Ha ha ha ... tak dan nak post sekarang...
Gambar akan diupload kemudian.

Monday, August 31, 2009
Coretan Ramadhan - Bhgn 2
Heheheee...Disebab entry ni tak de tajuk spesifik maka, aku namakan entry ni seperti tajuk diatas kerana coretan ni dibuat dalam bulan ramadhan ni...
Kali ni aku nak cerita tentang juadah berbuka pose kami kat sini...Sape yang kenal aku selalunya of course bleh teka apa diaaa....Ha, betul murtabak!
Satu juadah berbuka favourite aku...murtabak daging. Sejak berpose kat sini memang aku buat sendiri. Masa sambut ramadhan pertama kat sini, aku buat stok murtabak beku untuk sebulan, sepanjang bulan pose...Tapi bila masuk tahun kedua, aku tak gagah seperti sebelumnya...tapi nak makan. Jadi belilah...Mahalnye lebih, isinya taklah sesedap yang tekakku harapkan...apa boleh buat, nak buat tak larat maka makan ajelah apa yang ada. Kalau nasib baik, jumpalah kat umah2 atau majlis undangan berbuka pose...tapi x jumper pun tahun lepas...:(, kempunan ler E-m4n dalam perut masa tu ye...(ye ke??? atau aku yang kempunan??? ha ha ha)
Sekarang ni dengan keadaan yang tak menang tangan, aku buat murtabak guna kulit popia je ...heheheee...ngelat...senang pun senang. Tapi satu je yang aku prasan...kalau guna kulit popia dari M'sia, insya Allah kulitnya garing dan rangup sedap...tapi kalau guna kulit popia vietnam, dia jadi macam kenyal dan lembap serta berminyak bila digoreng...agaknya yang vietnam punya tu sesuai untuk popia basah dan bukannya popia goreng...tak per la, ni aku taip report finding eksperimen PhD (PeriHal Dapur, keh keh keh ...)berkaitan murtabak ngelat aku kat sini...
Alhamdulillah terubat rindu nak makan murtabak.
Bebaru ni kami pergi ke kilang tempat jual ayam halal - Steggles. Alhamdulillah, murah murah produk ayam halalnya...contohnya nuggets, finggers, chicken burgers, patties, dan macam2 ler lagik yang aku tak reti namanya...kebanyakkan bukan style asia lah yang aku tak ingat tu...heheheee...tapi ok lah tempat ni. Bersihnyer kilang proses ayam kat sini...tak berbau busuk. Adekah ini disebabkan cuaca atau pengurusan ek??? Hmmmmhhh...
Review aku bagi kat tempat ni - Not bad, insya Allah kami datang lagik sini sebab murahnya banyak jugak berbanding dengan pasaraya kat sini. Ayamnya pun lebih segar dan murah.
Sekian, kali ni...ade masa insya allah aku sambung lagik...kalau tak sekian je la...heheheee...
p/s: rinduuu M'sia...

Friday, August 28, 2009
Coretan Ramadhan...
Tahun ni kami berpuasa diperantauan lagi...hisk hisk hisk
Memang rindu sangat - sangat keluarga kat M'sia...ikut hati nak terbang je balik. Pastukan...aku rindu nak tunjuk - tunjuk kat Param...heheheee bukan pelakon komedi Param, tapi pasar ramadhan...
Teringat murtabak...teringat air katira...ayam percik...cendol...macam- macam ler...tapi tulah, memang rasa yang orang jual tak lah sesedap yang kita masak sendiri kecuali orang yang jual tu masak lagik sedap...hehheeee...
Dah duduk sini, kenela rajin bukak resipi...sebab kat sini x de param...kalu ade pun kecik je, takat 3-5 gerai dan pilihan tak banyak. Ada yang jual murah ada yang jual mahal...terpulanglah pada pengusaha gerai tu...Jadi senang cerita, masak sendirilah...puas hati dapat makan banyak dan mengikut selera kita sendiri.
Bulan Ramadhan ni, dah jadi kebiasaan hujung minggu memang akan penuh dengan jemputan berbuka...Ada tu dah siap dan rancang bila, turn rumah mana dan jemput dari sebelum ramadhan bermula lagik...terubat rasa rindu pada M'sia dengan kemeriahan berbuka beramai - ramai kat sini....Leh dapat makan macam - macam makanan sedap...[dah telan air lio da h ni...op cukup cerita ttg makanan....]
Bagi mengurangkan beban tuan rumah, selalunya tetamu basuh sendiri pinggan mangkuk yang depa guna pas makan. Suka aku dengan budaya ni...kalau dapat amalkan kat M'sia kan best...heheheeeee...

Thursday, August 27, 2009
Award dan Tag
Sekarang ni baru pas bersahur. Rehat jap(jenguk blog, curik masa buat tag jap sementara anak2 tidoo)...terasa mcm terover minum air lak pagi ni. Banyak sangat minum air nilah jadiknyaa...
1) Sile copy award ini di blog anda: Setel...

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini (Zue )
i) X course-mate...masa kat UTM.
ii) peminat The Last of the Mohicans
iii) dikenali sebagai amoi...dulu aku tak tau orang panggil dia amoi...aku ingat zuriani orang lain, amoi ni orang lain...
iv) Kawan aku yang kawen dengan kawan lakiku
v) Penulis novel (Karya sulungnya : Aku Bukan Untukmu) - aku tak pernah kawan dengan penulis novel sebelum ni...ko lah first. heheheee...
vi) Baru menjadi ibu...
3)Nyatakan 9 fakta tentang diri anda sendiri:
i) Mama kepada dua orang anak...
ii) Tengah berusaha turunkan berat badan...ish ish ish, abang makin melidi, aku makin berisi...
iii)Not very friendly n lambat warm-up, terutamanya kalau baru kenal...tapi kalau dah kenal, you can tell how 'warm' i am...
iv) Tak minat menjahit,... kalau ade kain koyak, aku temankan abang jahit, sebab abang jahit lagik lawa dari aku...bini dia tengok jee...
v) Sekarang ni duk rajin berkebun kat facebook plak,...
vi) Suka duk rumah n kemas rumah...
vii) Suka masak dan try resipi baru...
viii) Suka basuh baju tapi tak suka aktiviti lipat baju.
ix) Peminat asam pedas dan sambal tumis...
4)Pilih 10 penerima award seterusnye ... heheh, seperti biasa, x de...:D

Subscribe to:
Posts (Atom)