Saturday, October 19, 2019

Berdepan dengan perkara kita tak faham...(sebagai student)

1. Pada aku, membaca penting. Tak boleh malas. Bersyukur bila dikurniakan Allah sifat suka membaca. Sungguhpun membaca tu jambatan ilmu, jangan perasan macam dah paham sangat. Sebab banyak kali juga aku salah paham, hehehehe...Pada pendapat aku, ada baik juga tanya orang, supaya tak sesat jalan...Lagi lagi pulak, lepas operation dulu, memang otak aku slow giler (tapi tak gila, =P).

2. Lagi satu, iye, bagus cari guru. Mana nak cari guru? Guru ni boleh jd golongan otai dalam bidang yang kita nak tahu, atau pasangan kita ke atau kawan kawan kita yang pemahaman/ilmu dia lebih advanced dr kita. Kadang tu guru tu tak semestinya current sv kita, kadang former sv kita, kadang sv orang lain. Ada tu boleh jadi juga orang yang mengajar kita masa kita datang ke kelas yg dia buat, atau pun dia rekomen kan kawan dia yang bidang lebih kurang sama dengan kita ke untuk kita contact. Selama belajar ni, aku tak pergi kat seorang je. Aku kutip ilmu sikit sikit. Sikit sini, sikit situ, sikit sana, dari insan - insan yang sudi share...(tapi belum pandai pandai juga budak ni ish ish ish, bukan kura kura dah ni, memang siput!)

3. Bila jumpa orang yang memang suka share ilmu tu, hargai. Bukan semua orang macam tu. Ada orang memang time dia nak bagi, memang dia bagi... Jujur cakap, bukan ramai orang macam ni dalam dunia ni, ye. Sapa nak bazir masa tenaga untuk something yang bukan in their favour? So boleh paham la kan...apa aku cakap. Bukan tak pernah aku jumpa orang yang pernah cakap kat aku..."kalau you discuss dengan i tapi nama i tak de dalam paper, x dapat apa apa, buang masa i je tau..."... so bila berdepan dengan orang macam ni, kita pun kene la paham priority dia...Kene peka sama. Masa dia berharga. Dia nak fokus urusan dia sahaja...Masa kita pun berharga jugak. Jangan bagi kat dia. Iye, sedih, tapi kita kene be fair and understanding....Masa kita pergi kat orang yang sudi terima kita, orang ni yang sudi invest resources (cth : masa, intellectual supports, emotional supports, knowledge etc) dia dengan kita...Ni MESTI Kene ingat! orang orang yang bersama kita masa kita susah, masa kita bodoh piang ye...!

4. Ada juga jenis yang suh kau BACA!!! USAHA!!! Jangan harap orang suap je! Nasihat aku, kalau ko spesis malas baca, jangan kecik hati. Cuba fikir, logik la kan, mana mana org pun akan meyampah kalau berdepan dengan orang pemalas! Nak kene suap jeeee keje nye,...kan? kan? betul tak? kalau kene kt batang hidung ko, ko pun malas layan parasit kan?

5. Ok,...kalau dah baca, dah tulis,...Dan dah ada usaha tapi tak paham, baru sesuai nak discuss...dan baiki, discuss dan baiki lagi etc. Teringat my former sv (masa study masters) punya style. Garang, tapi baik hati. Along the way masa my masters, mmg kene marah sokmo sbb merapu sesedap rasa...hahahaha...antara ayat kenangan, "Oiii makcik, cuba explain balik macam mana tetiba jadi macam ni ni kat saya? haiii u betapa kt gua mana niiii, sesat habis"....Hahahah kalau kne bahasakan makcik tu paham paham je la...ado la bondo yang tak kono eh tu...Biasa la kene marah, asal kita student tak terasa demotivated dah la...bab ni, pada aku penting. Perjalanan PhD, panjang...Carilah yang ngam dengan ko, ada character yang baik, akal dan hati perut (ke akal, hati dan perut eh? hahahaa, bab makan tak bley tinggal)... My former sv, x de PhD, aku tak dapat sambung belajar bawah dia. Tapi belajar bawah dia memang antara pengalaman yang sangat aku suka...best

6. Sorang lagi aku rindu,lecturer research methodology aku dulu...Hahahaha, dia pernah terangkat kening, bertepuk dahi dia baca cara aku jawab setiap research objective dengan satu reseach paradigm n methodologi rojak masa awal awal buat dissertation dulu...
"Heeey, research paradigm u ni boleh buat i darah tinggi baca tau!" Kah kah kah, sakit jiwa dia baca.
"Research paradigm kene jaga betul2, kalau u buat DS, stick to DS, kalau IS, stick to IS, kalau Quali, stick to Quali, rojak teruk ni macam ni, x boleh pakai conclusion u nanti...Masak u dengan examiner"
"Macamana Prof boleh nampak ni...sy baca baca tak nampak nampak pun"
"Tak denye baca harini esok dah terer, (nama aku)"
"Nanti bila you dah terer, cara you tulis, cara you pandang nak tulis research problem, cara jawab research question tak macam sekarang....masa tu boleh nampak kesarjanaan you"
"hmmmm saya rasa macam blur totok seruper itu je, Prof"
"kan sy dah kata, bukan sekarang...tengok muka u pun dah tahu kelabu asap"
Hahah. LOL. Selamba je Prof ni mengata aku sambil gelak gelak...
Nota dia memang aku simpan.
Tengah bukak balik la ni...Ye, aku rasa bersyukur jumpa guru guru ni dulu...
HuHuHuHu tipu, tak rindu...Hati terlebih ditimpa perasaan sbb aku tengah rewrite semula study aku... Hmmmm...Belum terserlah lagi kesarjanaan aku nampaknya, huhuhuhuhuhuuu...kelabu asap lagi...

Harini bertangguh lagi jumpa sv. Anak demam. Sorang dah semakin baik, tp sorang lagi pulak terbaring demam. Harap aku tak tumbang la...banyak jus oren dan jus nenas minum ni...Apak dah la selalu tak da. Teruk la kalau mama pun tumbang sama...Huhuhuhuhuuu...

Monday, October 7, 2019

Mama Selalu Ada Dekat...

Minggu lepas ikut apak kerja kat Terengganu lagi.
Kami pergi bertiga je. Bam, tinggal kat asrama. Dia nak periksa checkpoint form 2.
Jadi sebelum pergi...mama dah minta dia hantar baju kotor siap siap, supaya urusan baju semua dah setel sebelum exam. Dah tersedia basuh, gosok, lipat kemas. Dah tak payah pikir nak berebut ampaian ke, baju hilang ke etc.
Dia fokus exam je.

Selepas mock exam, mama n apak belanja aiskrim satu homeroom...ada parents lain pun sponsor jugak. Sudahnya yang sikit sikit tu lama lama jadi banyak. Asalnya minum petang, dah jadi dinner terus. X per la rezeki. Ish ish ish amboi amboi asal time kene tinggal, manis je mama ni ye...

Teringat dulu ms mana nk pergi kelas masters...bam cakap, "mama suka pergi school dari duduk kt anak2 kan? ha pergilah...pergi pergi...nak pergi sangat" (nada merajuk) sambil tolak tolak mama...Mama pun cuba la peluk dia kuat kuat...sambil dia lepaskan geram tolak tolak mama...tak nak kat mama. "Mana ada, mama lagi suka duduk kat bam laaa". Sehabis daya dia menolak...marah sungguh la kat mama ni, tak de kat dia.

"ok lah, mama nak pergi kat batu belah batu bertangkup la kalau gini" Acah acah lari ke pintu...
Tak nak mama dia kene makan dengan batu punya pasal, dia pun peluk la kita balik...hehehehehe marah marah sayang rupanya dia ni.

Sekarang taktik batu belah batu bertangkup tu dah tak laku.
Dah besar dah anak aku...Suara pun dah garau dah. Nak peluk2 depan orang pun dia dah tau maluuu...Hehehee mama tak kireeeee, mama nak peluk jugak!!! mama tak malu...hahahahaha

Harini, first day checkpoint.
Paper fav subject dia, Maths 1 & 2.
Lepas cikgu homeroom bgtau dia demam, hati mama terus terbang ke maktab bam rasanya.
Lepas exam, mama datang, ziarah. Kesian, lembik je.
"Bam tak rasa boleh dapat A la"
"Tak yah A la, B ke C ke mama dah happy dah bam lulus"
Dia sambung tutup mata. Badan panas. Tonsil bengkak. Mata merah. Nafas pun berbunyi. Batuk berkahak. Risau dah mama ni. Time exam pulak kesihatan diuji.
Terima kasih la atas budi bicara pihak sekolah, mama dibenarkan bawak balik budak demam ni.
Esok, kene hantar pagi pagi dia ke dewan exam.
Kalau tak larat juga, kene tangguh exam...
Nasib baik la duk dekat.
Semoga Allah sembuhkan sakit mu, wahai anakku...
Semoga Allah mudahkan urusan periksa mu. Mama doa sangat supaya Allah terangkan hati utk jawab periksa dengan mudah.

p/s: apak x de. apak cuti, dia ziarah adik dia sakit...semoga Allah mudahkan urusan cikda juga. Amin.

Friday, August 23, 2019

9 Nutrient Deficiencies That Can Cause MOOD DISORDER

Makanan penting. Bukan takat mengenyangkan perut je. Infact, mempengaruhi mood juga. So the idea is....kalau aku naughty naughty ke....tak nak kene marah ke, aku akan masakkan makanan makanan yang kaya dengan zat zat ni  dan aku make sure orang yang nak marah aku tu makan.  ..... then lepas tu mood orang yang akan marah pada aku baik....boleh ke??? tak pernah try.................hahahhahahahahahahhahahaaa... boleh la sapa sapa nak try utk buat master ke phd, test dgn experiment ...wakakakakakakakakakakaa... (well, i m sure this topic is interesting!)

Actually, aku baca ni untuk aku sendiri, dan famili. Betul la orang cakap, makanan yang baik, boleh membentuk minda yang sihat. So, malam ni aku jadi copy cat tegar ... aku nak buh kt sini....so in the future, aku boleh baca balik... Dah tua tua ni, pelupa. (salahkan ubat... penat aku nka train otak aku supaya kurangkan lupa)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. ZINC
Zinc might be just what the doctor ordered for reducing depressive symptoms.  A meta-analysis published in Biological Psychiatry in December 2013 analyzed 17 studies and found that depressed people had about 14 percent less zinc in their blood than the average person, and people with severe depression had the lowest levels of zinc. Researchers at the University of Newcastle in Australia also reported findings of two longitudinal studies that showed a correlation between depression and low zinc levels. They found that for men and women with the highest zinc intake, they had a 30 to 50 percent lower chance of developing depression than those with the lowest zinc levels.

Recommended daily zinc intake is 9 mg for women and 11 mg for men, and good sources of zinc include oysters, red meat, poultry, beans, and whole grains.

2. OMEGA-3 FATTY ACIDS
Omega-3’s help your immune system, endocrine system, lungs, heart, blood vessels, brain, and mood, according to the NIH.  Omega-3 fatty acids also have a powerful anti-inflammatory effect on the brain, which is important since mental illnesses are believed to stem from inflammation of the brain. Women should get 1.1 grams per day, and men should try for 1.6. Good sources are salmon, tuna, flaxseeds, chia seeds, and walnuts.

3. VITAMIN D
As most of us know, Vitamin D plays a huge role in our moods, as deficiencies can lead to seasonal affective disorder and even full blown depression. A study from the Netherlands found adults with depression symptoms had low Vitamin D levels. The body absorbs Vitamin D from sunlight, according to the NIH, but you can also take supplements or eat fatty fish to get the recommended amount. For infants 12 months old and younger, experts recommend 400 IU, and adults 19-70 years old 600 IU.

4. VITAMIN B12
According to an article on Psychology Today:

“Over the past several years, evidence has mounted that B vitamins—B12 and folate in particular—may ward off depression and other mental problems. A Finnish study is only the latest to link B vitamins to maintenance of good mood.

It found that high levels of vitamin B12 in the bloodstream were linked to more successful outcomes among people being treated for depression. The study tracked 115 outpatients who were seeing psychiatrists and therapists as treatment for major depression. Just over half of the patients were also taking antidepressant medications. When researchers followed up with patients six months after counseling sessions had ended, people whose B12 levels were highest had had the most success in halting depressive symptoms.”

Good sources of Vitamin B12 include beef liver, clams, fish, poultry, eggs, and dairy products. Recommended daily amounts vary by age: Infants six months and younger need .4 mcg, while adults need 2.4 mcg.

5. FOLATE
According to an Indian Journal of Psychiatry article, a folate deficiency could cause a mental health problem. Researchers cited that, according to their findings, patients had folate levels 25 percent lower than healthy individuals, on average. “Depressive symptoms are the most common neuropsychiatric manifestation of folate deficiency,” according to their findings.

Good sources of folate are asparagus, Brussels sprouts, dark leafy vegetables, oranges, peanuts, black-eyed peas, kidney beans, whole grains, and fortified cold cereals. Infants six months and younger should get 65 mcg a day, while adults aged 19-70 should try for 400.

6. IODINE
Iodine plays an important role in the human body, helping the thyroid gland to function properly. According to the NCBI: “When iodine requirements are not met, the thyroid may no longer be able to synthesize sufficient amounts of thyroid hormone. The resulting low-level of thyroid hormones in the blood is the principal factor responsible for the series of functional and developmental abnormalities, collectively referred to as IDD. Iodine deficiency is a significant cause of mental developmental problems in children, including implications on reproductive functions and lowering of IQ levels in school-aged children. Daily consumption of salt fortified with iodine is a proven effective strategy for prevention of IDD.”

7. PROTEIN
The body requires protein to function properly, because the essential amino acids found in this macronutrient are crucial for brain health. Some research has indicated that amino acid therapy may be as effective as traditional drugs to treat depression, with phenylalanine and tyrosine being the top two amino acids found to alleviate depressive symptoms as effectively as pharmaceuticals. Protein-rich foods include poultry, beef, dairy, and nuts and seeds.

8. IRON
Iron deficiency might play a role in ADHD in some children, according to the authors of the Indian Journal of Psychiatry article. Low iron levels have also been linked to depression symptoms. The best sources of iron include lean meats, poultry, seafood, and supplements. Men aged 19-50 need 8 mg of iron daily, and women aged 19-50 need 18 mg.

9. SELENIUM
According to some studies, low levels of selenium might contribute to worse moods. Selenium is important for reproduction, thyroid health, DNA production, and helps to protect the body from free radicals. While selenium deficiency in the U.S. is rare, it can cause cognitive decline and poor mental function. Good sources of selenium include Brazil nuts, seafood, beef, poultry, eggs, and dairy products. The recommended daily amount for adults is 55 mcg (micrograms).

9 Things We Did During Aidiladha 2019 Holiday

1. Tak de open house. (kalini, memang betul betul tak buat).

2. Kalau masa aidilfitri kita makan kuda, kalini kita makan rusa dan lembu...hehehe...eksotiknya lauk raya tahun ni...

3. Balik kampung macam ribut...mmg da announce siap2 anak kene basuh baju n cadar. Gosok siap2. Gantung semua siap2. Mmg stand by terus ready utk balik asrama. Jadi tak kelam kabut, incase balik dr kampung kene terus g asrama last minute.

4. Budak-budak kene angkut buku & homework sebab naik minggu lps cuti ada exam...Hanya bila habis homework je, baru boleh tgk citer boboboy.

5. Beraya kampung apak kejap, sempat tumbang lembu. Pastu balik KL & stay lama sikit, sbb apak ada keje kt KL.

6. Lepas submit paper,ku g jalan jalan merata dunia...sebut je dunia, tapi kt Kl je. Aku ada beberapa paper blom publish. Termasuk 1 paper yg plan nk publish ms master...hahaha, berkurun! Actually yg aku submit tu paper yg plg bongsu... dia langkah bendul paper sebelum2 ni...hahahaha, sedap2 je pakai konsep langkah bendul...

7. Tengah jalan jalan, kaki ni termasuk plak kt kedai bag. Alaaaaa...terbekenan plak...kene cepat cepat lari ni....hahhahaa mau habis duit kat bank,...bukan boleh jatuh cinta ni. Hadoiiiii....beg dulu pun blom lunyai pakai lagi...tapi yang tak tahan, sampai sekarang teringat ingat, ni yang tak boleh tahan niiiiii...aku dah tak nak masuk situ lagi! Hahahahahaaaa...tak best betul feeling ni...
nafsu nafsu...buruk perangai!

8. G jumpa kawan lama. Ni best. Good theraphy!

9. Cousin tanya kenapa tak datang kenduri kawen,... kalau aku jawab aku busy. mesti kecik hati. kan? kan? kan? Tapi kalau aku bagi jawapan yang ala ala sengal sikit...("kalau aku datang, nanti lawa sangat...pastu nanti ada orang yang berkenan, takut terkene risik lagi sekali...Sebab tu aku tak datang... Kasik chance cousin cousin lain kene risik plak...hahahhahahahahaa...")  , aku dapat menyelamatkan hati yang akan kecik...Maka, aku pun bagi jawapan yang kedua. Berdekah dekah macam nak pecah gegendang telinga aku, depa ni ketawaaaa....(especially) bila teringat kisah benar yang pernah terjadi satu masa dulu... (p/s: wlaupun x dpt dtg kenduri, aku qada' jumpa personal waktu lain eh...)

Tuesday, July 23, 2019

Dah Macam Petting Zoo

Kelmarin apak dan adik g lepaskan kura-kura 2 ekor kat habitat semulajadi yang dirasakan sesuai untuk kura-kura ni. Sekor kura-kura tu jenis karnivor. Sekor lagi herbivor. Jumlah kura-kura yang kami kutip bawak balik tahun ni sebenarnya ada 3 ekor. Sekor tu kecik sangat. Saiznya adalah sebesar saiz kepala plug. Kepala ada jalur. Rasa macam terapin. Semua jumpa kat tengah jalan. Depa tiga orang ni memang...Asal jumpa binatang tengah jalan, depa nak bawak balik. Anak babi hutan yang yatim piatu tu pun, kalau boleh depa nak bawak balik bela...Haduiii...sabo je la.

Hmmm...Ada masa anak anak jiran datang minta izin nak ber"petting zoo" kat sini...bagi ikan makan. main dengan kucing. main dengan kura kura. tengok lebah. tengok ular...ye ular,hahaha (which is good thing, because E-m4n tak le sunyi sangat sejak abam g asrama)

Sekarang kami ada kucing 4 ekor, seekor terapin, sekawan ikan sepat, satu koloni kecik lebah kelulut. Sebelum ni kami ada 2 ekor ular. Seekor ular rusuk kerbau (Copperhead Racer) dan seekor ular sawa (Reticulated python). Dua dua tak berbisa.

Ular Rusuk Kerbau
Ular rusuk kerbau ni kecik. Anak lagi. Masa apak bawak balik dari UMP Pekan, panjang dia tak sampai 20 cm. Kalau google, info tentang ular rusuk kerbau tak banyak. Jadi kami kene try n eksperimen macam macam cara nak kenal dia. Kami rakam footage behaviour dia. Belajar cara makan, cara buru, cara marah etc. Masa lapar, dia sangat agressif. Masa dia tengah lapar  janganlah ajak main. Dia suka menyerang dan mengigit bila kene agah. Tapi masa kenyang, bagi dia main menjalar, memaut manjat, ok. Cool je. Kami try bagi makan cengkerik dia tak makan. Katak pisang yang kenit2 dia makan...yang besar tak, agaknya sebab kecik lagi kot mulut dia. Kodok kecik dia tak makan. Tapi kalau cicak, kemain lagi. Favourite!!! Habis satu rumah tiga beranak ni tangkap cicak bagi ular makan. Hahahhaaa...jadi satu aktiviti plak. Bagusla...bersih rumah. Kurang taik cicak. Lepas makan, dia suka melingkar dalam tempurung (Kami sediakan tempurung kelapa sbg tempat persembunyian)...Once dia masuk, dia tak nak keluar kecuali bila nak memburu. Sampai anak anak rasa macam peribahasa katak bawah tempurung tu tak betul. Sebab dari pemerhatian kami la...katak selalu je lompat keluar dari tempurung, tak suka duduk bawah tempurung pun. Tapi ular ni memang tak nak keluar keluar dari tempurung...Selalu masa ni la sesuai nak kacau dia ajak main. Dia kurang aggressif. Sekali makan, dia akan "jumud" sampai la dia membuang sisa tinja atau dalam sebutan pasarnya, berak. Hahahahaaaa...

Ular Sawa Batik 
Lepas lepaskan ular rusuk kerbau yang tu...Tak lama lepas tu, kawan apak tangkap sekor anak ular sawa kat kawasan rumah dia. Lawa. Kalau tengok, masa sisik terkena pancaran matahari, dia ada kilauan hijau ungu and bila tukar angle, dia ada kilauan emas...memang cantik!!! Mulut dia luka. Dia offer kat apak untuk amik. Hmm...apak suka jeee...So apak bawak balik. Sabo je la...Janjinya, bila baik mulut dia, ular tu akan dilepaskan. Masa ni kecik je. Tapi jauh la lebih besar dar ular rusuk kerbau. Tapi ni "baby" lagi...Sebab mulut dia koyak, dia puasa lama sikit. Masa dia lapar, dia aktif bergerak. Sama macam ular rusuk kerbau aritu, time kenyang, dia jumud. Senyap je, melingkar, sampai la dia start membuang sisa tinja. Beza dengan ular rusuk kerbau tu pulak...Cara pandangan mata masa memburu pun lain. Tak reti nak describe. But when you see that eyes, you ll know what i m talking about. Kucang (kucing) tak senang duduk kalau nampak dia. Kucang memang anggap "Threat". Killer instinct "ON". Alert mode je dia...heheheee, sian Kucang. Adrenaline rush sokmo. Jadi, kami kene cover ular sawa ni. Buh dalam bekas yang tak nampak sangat.

Diet ular sawa ni bukan cicak. Selera dia pada mangsa hidup, boleh bergerak dan berdarah panas. Katak ke cicak besar ke kodok besar ke dia tak nak jamah. Kalau mangsa dah mati, yang keras kejung, dia tak nak makan...Tak pasti ni sbb perangai keturunan ular jenis dia ni ke atau dia tu je yang macam tu. Dia paling suka tikus. Masa ular sawa ni kecik, kami beli tikus kecik. Makin dia besar, saiz dan kuantiti makanan pun kene bertambah. Awal2 kami ingat kalau letak lebih dari sekor nanti dia makan la satu persatu. Tapi rupa rupanya...dia bunuh semua, tapi hanya makan satu je. Yang lain tu dia bunuh gitu je...x makan pun. Jadi, tikus tu kene bagi satu persatu.

Ular sawa jenis ni, memburu dengan serang hendap. Ular sawa stalk mangsa dia pelan2. Ada kala tak gerak pun. Stand by mode je. Sampai masa sesuai, dia strike. Boleh nampak dari cara dia positioned dia punya kepala, dan cara dia set-up badan. Bila dah tengok cara dia terkam dan sambar, paham lah kenapa dia boleh tangkap orang, dan orang tak sempat nak lari. Masa belit sangat cepat. Grip kuat, x lepas. Boleh nampak otot ular bergerak...Kepala ular akan stand by kat kepala...boleh nampak macam mana dia peluk mangsa. Bila start nak makan, dia start dari kepala. Mulut dia fleksibel & extendable. Kalau mangsa tu lebar, otot mulut tepi tu macam boleh tolong gulungkan sikit supaya muat masuk mulut. Huhuhuhhuhuhuhuuu...(ngeri tu ngeri, tapi mata nak tengok jugak cemana proses tu berlaku.)

Sampai satu masa, tikus kecik dah tak mencukupi. Kene cari tikus besar sikit. Ingat nak try bagi hamster. Ada sesetengah kedai, tak nak jual tikus belanda (hamster) kalau dia tahu kita nak bagi tikus belanda tu kat ular. Untuk bela tak pe. Penjual tu sgt suka hamster. So kita decide x beli la. Nak bagi anak kucing terbuang pun kami tak sampai hati. Kami beli anak ayam. Bila bagi, tak sanggup pulak dengar tikus jerit n anak ayam menjerit ms kene belit. (masa tikus kecik, x dengar jerit2 ni). Mama decide nak lepaskan cepat sebelum dia bertambah tambah besar. Last last telefon bomba. Tanya apa nak buat. Bomba x nak amik. Bomba suh hantar kat hutan, habitat yang sesuai. So satu hari, kami pun cari la kawasan habitat yang sesuai utk lepaskan dia ni. Hmmm....hopefully dia ok la kat sana. Nak bunuh rasa macam tak adil pula.

So, masa bela ular ni memang sesi belajar sains LIVE betul betul in action la.

Yang sebenarnya, Apak ni ada hati nak bela sampai ular tu besar. Tapi mama tak nak. Reptilia tak macam mamalia. Mamalia pandai berkasih sayang. Reptilia tak. Kalau ada pun satu dalam sejuta...macam kes buaya kat costa rica tu. Untuk kuatkan argumen tak nak bela ular tu, hari hari mama pok pek pok pek kes ular sawa makan tuan...kih kih kih kih kih kih...Hish, penangan pengaruh dengan mamat Coyote Peterson ni kuat. Geram aku. Satu hari nanti aku tulis jugak surat layang kat mamat ni karang...rasa macam nak bebel bebel yang ni semua dia punya pasal.

Friday, July 19, 2019

Dah ada Orca @ Killer Whale kat Malaysia...

Baru baru ni 16 july, kecoh 2 ekor orca (sepasang) muncul kat perairan Kerteh, kat Pelantar Dulang Petronas...
Orca tak pernah muncul kat perairan malaysia sebelum sebelum ni...
Perairan kita panas, cetek.
Pelik. Pasai pa depa nak mai...?
Depa mai sebab nak buru makanan ke?
Buru apa?
Seal? seal tak de kat sini...
Penguin? pun tak de juga...
Jerung? great white tak lalu sini...
(great white shark takkan masuk sini, kalau tau orca ada sini, takut kene serang...habis hatinya kene sentap dirobek robek)... bull shark? tiger shark? hammerhead shark? memang lari la semua shark shark ni. Tamau jumpa orca.
So, sepasang orca ni mai nak buru shark la eh? agaknya la kot...tempat tak de orca la yang shark akan pergi, jadi orca pun mai sini sbb nk makan shark.

Hmm...orca is very intuitive and intelligence creature...
Naughty pun boleh tahan juga... Cuma bila dia tetiba je lain dari kebiasaan tabiatnya, mesti ada sebab...jangan la sebab ada bencana dalam laut yang kita x tahu sudah la...nauzubillah.

Tapi bila pikir balik...Ahaaaa baru teringat.
Depa mai sbb ngidam dugong kot...kt perairan msia, mmg ada dugong.
Haaa, kalau mai sini nak makan dugong logik la kot.
tapi, ...eh, jauh travel...takkan mengidam dugong?
Agaknya ni geng geng orca yang dekat dengan Australia kot. Tapi kan dugong oz kan ada......lagi ramai dugong kat situ. Orca US? Alaska? huhuhuhu jauh sangat...tapi tak mustahil.  Tak pun, sebenarnya laki orca nak bawak bini dia jalan jalan Terengganu macam aku aritu...kah kah kah (tanya sendiri, jawab pun sendiri, walhal sebenarnya orca tu punya jawapan lain hahahahahha )

Malaysia sekarang, lain....macam macam haiwan ada...
Dolphin pun dah ada kat sg rajang...
Paus dah g jalan jalan terengganu...
Sg pahang ada dolphin tak? ... bull shark? (bull shark suka masuk sungai)...orca?
Hahahahhaha.... ada sapa sapa study???
Entah entah rupa rupanya ada...kah kah kah kah

Tuesday, July 2, 2019

Nak jawab Tag ? - sapa nak jawab tag ni sila la amik.

Tag 9 Qs about me tag...

1. Using 5 words, how do you like your day to be?
happy, clean, comforting, peaceful, purposeful (tapi macam tak dapat semua je, hahahaha)

2. List 5 sections in the supermarket you always go to...
Dairy products, laundry detergents, pastas, fish, fruits

3. 5 things you put in your car...
  • cup holder, 
  • phone charger, 
  • wet & antibacterial tissues, 
  • parking ticket, 
  • gula gula hacks

4. 5 things you do to show your love towards your children
  • share jokes..
  • be there in time of need
  • cookings
  • make sure things are good
  • wanna know progress study...mama risau ni tau...sbb tau ntah hapa hapa jawapan dieorang tulis,.....

5. 5 things you do to express your love to people
Kalau dengan kawan2 rapat, lain. kalau dengan family pun lain...tapi roughly gini la...ikut context relationship...
  • we have our own inside jokes...
  • we tease and banter each other...
  • we spend quality time, bonding...
  • let s eat...
  • we ll keep in touch walaupun jauh beribu batu....macam karat eh?...k, nanti spray wd40 sikit eh,hehehee 

6. 5 things you do when you are bored...
sekarang rasa macam tak de masa nak boring boring...hahahah tapi list gak la 5...
  • sleep
  • read (bkn journal la eh...hahahaha, epic Mahabharata pun aku taram jugak. Skrg aku tgh baca The Longest Kill...satu hari satu page, lama lama habis juga)
  • cook
  • kacau laaa sapa sapa...hahahaha
  • watch movies
7. Name 5 places you would love to live in
  • Vancouver, Canada
  • Barcelona, Spain
  • Melbourne, Australia
  • Perth, Australia
  • Last last sini aje la...hahahahaha 
8. 5 things you crave for... 
  • paella
  • home made beef/chicken/prawn dim sum
  • laksa johor...
  • durian
  • nectarines
9. 5 things you definitely will avoid...
  • fake friend/people  
  • unnecessary stress/fights
  • long traffic jams
  • product kecantikan mcm pil2 kulit cantik, minuman kulit cantik gebu - aku makan sayur n minum air buah...jauh lebih baik, hmm...
  • mood rosak di pagi hari 

p/s: tq for the tag.  tgh break...