Sunday, August 29, 2021

Sirih pulang ke gagang, ikan balik ke lubuk, kucing balik ke rumah.... ^_^

Apa khabar ngan encemboi? 
Lepas operation, Dr monitor dia. Cek, makan, buang air, makan ubat etc. 
Dr cakap masa stay kat klinik, dia tak lalu makan. Kalau makan pun sikit je. Agaknya tak biasa dengan susasana klinik & wajah2 tak dikenali. Mesti takut. Selalu, ada kita kemain garang dgn org dia tak kenal,....Semua org dia tak kenal kene marah. Kalini, mesti dia kompius, nak marah ke nak sembunyi. Nak sembunyi tak larat. Redha je la.....Sedih kene tinggal juga mungkin kot. (Dah pesan, jaga diri, dia yang tak paham bahasa, nak buek camno). 

Masa dia operation, sempat la jugak mama search internet, tengok anatomi kucing jantan. Tengok part yang Dr cerita masalahnya. Hmmm........ tengok n baca je la mampu, selain doa. Hopefully, semua lancar & speedy recovery.  

Hari dia balik rumah, nampak la dia kurus sket. Ada bahagian yang Dr terpaksa cukur utk operation. Sampai je pintu rumah, apak keluarkan dia dari carrier. Nampak mata dia bulat tengok tengok keliling rumah....cek cek rumah...Haaaaaa rumah akuuu......Nampak dia ceria bila nampak adik! Adik pandai usap dia. Dia sangat sangat laaaa suka kene usap! Kemain muka dia 'seronok kene urut'.........😄

Dr pesan makanan dia kene beli yang mmg spesifik. Haiyoo!...bantu dia senang buang air & kurangkan kesukaran kencing. Ubat jugak diberi. Utk ni, apak & adik take care urusan makan & ubat. Hari pertama kedua ok lagi nak bagi makan ubat. Masuk hari ketiga, dah cerdik. Macam2 taktik ada. kemam, tolak dengan lidah, luah balik, dan paling teruk sekali, dah pandai kunci mulut! 😆😆😆

Sebelum2 ni, masa anak-anak tak de, mama la yang urus bab makanan pet anak - anak ni. Bila pkp, anak - anak ada kat rumah, anak-anak la handle. Kadang2, mama tolong. Cuma bab makan dia lepas operation, mama memang sengaja tak urus. Tapi dia carik2 mama, datang kt meja. Duduk depan monitor, baring depan keybod...suh pegang dia. Ok, mama pun usap la dia.....ingat dia nak manja je. Tapi tak, dia nak minta mama bagi dia makan......siap kunyah tangan kita......Aiiiii....mamat niii....Hiiii, pandaiiii niii..... kalau dia pergi kt apak & adik, kene makan ubat dulu, baru dapat makanan. So dia pergi kat mama. Kucing pun pandai mantik ngelat....Dengan mama tak de ubat....Kalau mama juga handle ubat, dia hilang tempat manja nanti. Mana lagi mau tumpang manja............ Tau dah sifir dia ni...... ooo sebab tak mo makan ubat tak sedap, baru ingat mama ye....😁

Wednesday, August 18, 2021

Just a quick review

1. Encem boi cakit...
Masa apak tak de, dia la antara peneman kami bertiga... lepas apak balik, dia pulak cakit. Dia tak macam selalu. Lain dari biasa. Mengiau, distress. Makan tak mahu. Minum tak mahu. Muntah - muntah ada la beberapa kali. Kita ni usap la dia. Tak reti nak cari punca. Rupanya dia ada masalah batu karang. Masa bwk ke veterinar baru tahu. Kesian la ke dia yang selama ni menahan sakit. Batu karang ni dah lama. Serasa mama, bab makan, kita dah jaga. Dokter kata, penyakit ni biasa terjadi pada kucing jantan yang dah di'kasi'......Hmmm....Masa sebelum pisah, doktor dah suruh bagi kata - kata terakhir sebelum operation. Hmmm.....nak nangis tapi control. Ramai orang kt luar klinik. Simpan dlm hati je la. Kami semua doa untuk dia, semoga operation berjaya.... Harini, dokter kata dia dah sedar lepas operation, tapi tak nak makan... Esok kita risik lagi, dia ni cemana.....


2. Health gadjets
Beberapa gajet kesihatan dah sampai ke rumah....




oh, ada satu lagi...pembaca gula dalam darah... Ni pun  apak beli jugak la....memandangkan side effects dr ubat mama ni boleh menyebab gula dalam darah tinggi dr normal, jadi wajarlah kene cek.................huhuhu, tapi mama takut nak cucuk jari, keluarkan setitis darah n cek. Hahahahahahhaahaa.....Masa tak de gajet ni, boleh la cakap tak tahu............ni dah ada, buat buat tak tahu pula......😅

3. Vaccination : my first shot!
Minggu ni, entah macamana entah, tetiba rasa nak try dapatkan vaksin. Asalnya ada viral kata boleh walk in kt pusat ppv di UMP.  Hati kita pun berbunga - bunga laaaaa....tapi sampai sana, pic kata tak de walk-in. Viral palsu! Apak dapat panggilan mysejahtera. Tak macam mama. 😔. Ku hanya mengiringi kekasih hati hingga ke pintu ppv sahaja....Keutamaan pada yang ada temujanji mysejahtera. Then, kalau ada kosong, most likely, UMP akan utamakan staf UMP yang belum ada vaksin. Sebab ni PPV kan, bila ada kekosongan baru diorang panggil org lain, isi kekosongan yang ada. Tapi, daku try je la. Mohon nak vaksin jugak. Malu, tapi terpaksa buat muka tembok juga, ...Mana tahu ada rezeki....Lama tunggu. Dah petang, baru boleh tahu ada kekosongan ke tak. Kalau ada rezeki, dapatla dipanggil masuk. Kalau tak de, tak de la. Nasib la.... 
Alhamdulillah, lewat petang kelmarin, ada rezeki (atas ihsan SUK Pahang). Dapatlah vaksin & temujanji untuk dos kedua akhirnya. Next appointment, boleh vaksin sama-sama apak. Dah tak payah jadi tukang iring sampai ke pintu lagi. Cuma, hajat hati I nak Pfizer....tapi tetiba terjodoh dengan Sinovac pulak.....tak perla, kan...... Janji dapat vaksin... Dah dapat ni pun, syukur sangat. 

Tuesday, August 3, 2021

Sup Ikan Jenahak

Kelmarin, kuterima panggilan dari bilik gerakan. Keputusan swab kedua kami bertiga negatif. Alhamdulillah....Petang semalam, kami potong gelang secara rasmi. Macam masa swab test kedua haritu, suasana petang di situ, lengang. Tak banyak orang. 

Lepas tu, kami terus ke Tealive sebelah hospital lama pekan...Meraikan kebebasan dari kuarantin. Kami beli empat. Apak punya pun ada.....Tak tau la dia lalu ke tak, kami main belasah je........Lepas dia balik, nak habiskan sesenduk nasik pun payah....Ayam dia tak lalu. Daging pun tak mau. Telur tak lalu. Bilis tak lalu. Ni kira gamble je ...... Kalau ikut tekak dia, semua tak lalu makan.............deria rasa tak de, selera pun tak de. Alhamdulillah, dia minum sampai habis...Selalu, dia bukannya suka minum susu.

Dah tu? takkan lah tak nak makan langsung? ok, itu tak mo, ini tak nak, kita try ikan. Masa tgh kuarantin haritu, mama tebalkan je la muka pesan ikan dengan jiran. Antara tenggiri, merah dan jenahak, amik la mana yang fresh nanti. Last - last, jiran bawak balik jenahak. Jenahak pun jenahak la...... 

Selalu kalau ikan jenahak, mama buat kari, asam pedas, goreng kicap halia, goreng berlada atau goreng biasa je. Tapi kalini mama try buat sup. Harap - harap apak boleh makan la. Mama buat style sup siam sket. Perah limau sket & ketuk jugak la cili api sebiji dua buh dalam sup. Alhamdulillah, dia makan habis...

Hari ni mama ter-ngok-ngek sket. Tergoreng ikan kembung keras macam batu pulak! Aisey men....terlalai kejap... Tapi, anak bujang buat ratah je. Dengan tulang2 dia kunyah. Mama masak, mestilah sedapkan?...Batu pun, batu lah! Bukan sehari dua goreng ikan.....dah bertahun pengalaman goreng ikan...tapi harini, masih  lagi tergoreng keras macam batu........Syukur laki kita makan je sampai habis.  Tak baling kita ke dinding...sorry lah, sekolah tinggi-tinggi pun, masih goreng ikan keras macam batu bini abang ni... 

Sunday, August 1, 2021

Terkenang satu masa dulu...

 

Kenangan masa kecik.......
First time, aku dengar laguni masa cerita Pancha Delima kat Tv1 kot. Tayangan ni, malam gitu.... Disebabkan ayahnya tak nak kene makan (atau kene kacau entah aku dah lupa) dengan makhluk yang menyeramkan, maka ayahnya bagi anaknya pada makhluk tu, sebab anaknya sudi, jadi ganti......(at the end, turned out that makhluk, ular tedung sumpahan, yang asalnya putera raja hensem lakonan allahyarham tan sri datuk dr jins samsudin...Nasib baik la makhluk tu tak makan dia ).....Laguni, si anaknya itu nyanyi atas kereta lembu masa ayahnya nak hantar dia pada makhluk tu..........

Mak aku pun notty jugak....Sambil lipat kain, mata tengok cerita, mulut dia keluar modal mengusik....muahahahaha... mak aku aku cakap tu lah kene pergi sekolah, kalau tak mama bagi je la makhluk yang suka mintak mintak anak orang tu.....😆😆😆.....Aku siap cakap, tak nak la.....offer diri pun tak mo... Kemain aku pongoh. Siap merajuk, sedih hati lagi sebab mak aku tergamak nak bagi aku kat makhluk tu.......😆😆😆😆😆😆😆😆😆... macam iye iye je....

p/s: ni bukan sebab aku belum habis sekolah tauu...😎

Friday, July 30, 2021

Gulai Udang Sebelango

Semalam swab ke dua....aku sengaja datang petang. Pagi, budak2 ni ada exam. Datang petang, lebih santai rupanya. Orang tak ramai. Tak macam masa kami buat swab test pagi haritu.

Lepas daftar kat meja, tunggu pun sekejap je. Pastu dah kene panggil.

"Encik, saya nak buat sebelah sini pulak la harini (sambil tunjuk lubang hidung belah kiri). Hari tu dah buat sebelah sini... (sambil tunjuk lubang hidung belah kanan)....sejak tu, besar sebelah rasa, hidung saya ni.....oksigen banyak masuk!"

Tergelak besar dua orang tukang swab depan aku....yang sorang lagi tak habis terkekek-kekek...

"Boleh, puan ... tak de masalah" jawabnya sambil gelak gelak.

"Anak - anak saya sekali ye?...."

"Ok!"

Pagi, masa budak - budak ni ada kelas & exam,....ku gagah jua lah masak lomak cili api udang sebelango kt dapur sorang2.... ikan goreng + ulam bayam brazil je. Tu je lah lauk kami. Time apak tak de makan udang tak rasa bersalah. (Sebab apak tak makan udang. Sebulan adalah sekali, time apak baru dapat gaji). Ada orang suka letak belimbing besi....eh, bukan, silap....belimbing buluh la, buah setar/ buah kundang, ubi kentang, rebung, terung kecik, timun muda sekali dalam gulai lomak......tapi aku, kosong je ni.....apa yang ada la. Anak bujang makan berkali2 tambahnya.....Petang, lepas lubang hidung dah besar dua - dua, tinggal rehat je. Kemas rumah sikit2, makan, solat, tido je la... (keje phd? hanya bina model & buat slide je minggu ni)...

Alhamdulillah, dapat sedut byk oksigen.... 

Harini, apak balik. Bilik untuk apak pun dah ready. Sementara keputusan swab belum keluar, kita isolate dulu. Tongah pikir nak masak apo la eh harini......


------------------------------------------------------------

Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ
Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.” (Riwayat Ibn Hibban: 949)

Thursday, July 29, 2021

Blocks of stories….

Blocks of stories….semua block bergerak seiring...walaupun permulaannya di titik masa yang berbeza

Block no 1 : emotional roller coaster seorang isteri kepada pesakit covid19.

Positif? Dapat je result tempohari dari KKM, apak diarah berkemas2 untuk dikuarantinkan di pusat kuarantin. Tengok update mysejahtera tu macam tak percaya je. Betul ke result test ni? Kenapa orang lain -ve? Ada kemungkinan tak result ni false positive? Rasa macam nak jadi tangkai jering ….. tangkai muda, yang kedekut, tak nak melepaskan jeringnya. Saat saat ni rasa, biarlah duduk dirumah, dapat homecare treatment. Apa masalahnya? Turned out, KL and Slangor boleh kuarantin dirumah bila asymptomatic, tapi tidak di Pekan. Pekan tak cukup fasilities dan tenaga pakar kesihatan, untuk membolehkan pesakit covid19 yang positif duduk kuarantin dirumah. Kalau nak buat perangai tangkai jering yang liat nak melepas jeringnya sebagaimana mama tak nak melepaskan apak pergi, KKM boleh panggil polis….seret ke pusat kuarantin. Berat hati ini nak melepaskan buah hati ni pergi……..even saat van KKM pusing uturn lalu lagi sekali depan rumah dan berlalu pergi, pun mata ni tak habis lagi lepaskan pergi, meleleh air mata depan pintu…………………………Rumah, sempat disembur KKM. Satu rumah bau clorox! redha je la.......sepanjang hari jugak mama membersihkan rumah. Nasib baik sempat cover komputer, n laptop dengan kain....kalau tak basah kene sembur.....

Sebelum apak pergi, barangan dapur & keperluan rumah dipenuhi, order & beli dengan khidmat runner. Jiran-jiran dan kawan2 yang berdekatan ada juga yang membantu, sorang sedikit membeli baki barang2 yang tak cukup. Yelah, kalau barang keperluan kita hampir setroli-dua,….kesian juga nak susahkan orang. Sikit2 boleh la……..barang dieorang sendiri lagi….

Dalam kuarantin ni, belajarlah kami hidup sendiri.........(saat-saat ni syukur ada jiran2& kawan2 yang perihatin yang hantar makanan atas tembok, bantu pos barang, sudi amikkan ubat, offer beli barang, topup phone anak untuk pdpr dan byk lagi......terharu rasa....)

Bila apak mula menunjukkan tanda – tanda sakit setelah 5 hari di pusat kuarantin pertama, dia decide nak tukar pusat kuarantin kepada yang lebih secure dan terasing. Tapi, pusat kuarantin kedua ni tak free. Walaupun berbayar, kami nampak ada keperluan untuk kuarantin asing dari pesakit lain, dan sangat penting. Tambahan pula, makin ramai lagi new comers masuk. Kalau di kl/sngor, pesakit covid stage 1 & 2, atau pesakit asymtomatik, boleh kekal kuarantin dirumah. Tapi bila keluar gejala – tanda demam,batuk, sesak nafas, sakit tekak, kelesuan,…. KKM akan ambil untuk kuarantin. Tapi, saat ni kami risau, dia mendapat jangkitan kuman covid di pusat kuarantin pula sebenarnya. Sapa yang duduk di pusat kuarantin tu, tahulah keadaan sebenarnya macamana kat sana. Yang ni mmg a real struggle. Struggle berdepan dengan penyakit dan mentaliti diri dan orang sekitar. Saat ni, real positive covid19 conditioned menunjukkan taringnya. Apak dah mula tak larat. Progressing ke stage 2.

Saat tahu je ni, mmg banjir la mama ni. Asyik drama air mata je. Rasa sejadah dan bantal ni masam sebab basah dengan air mata je. Harapan dan doa je yang mampu bagi. Nak apak sembuh cepat. Boleh balik. By this time around, keputusan swab test mama & anak – anak, -ve. Alhamdulillah. Masa ni, apak sangat tak larat. Apak kata, mama kene kuat & terus positif…..  

Atuk tanya, semua cukup? duit cukup? ….  

cukup….stok makanan, cukup,…..orang je tak cukup...” replyku pada abah (atuk).

Saat – saat cenggini nasib baik la tak duduk kt US ke OZ ke……mana la nak cekau bayar kos medical? Nak bayar dengan taik hidung? Kat Msia ni, utk sementara ni, kami mampu lagi survive. InsyaAllah...

Next stage, cemana la kita ni ya? Esok aku & anak- anak akan buat swab test ke 2.....tempoh kuarantin dipanjangkan lagi la, nampaknya....

Block no 2 : emotional roller coaster seorang student phd, networking, learning & meeting new people.

I looked at my work. Hmmmm…banyak lagi ni nak kene buat. Kene buat sambil menyambil. Since I already secured a scholarship for this course, then I should complete the lessons all through, sampai habis. Kalau kat Msia, aku tak dapat peluang ni. Sayang nak lepaskan......Walaupun I was a mess at one end, I kept everything good at this end. My kids were supportive, tolong kemas rumah, buatkan air, jadi my alarm bilaku tido, pembantu tukang masak………….My partner, a former course mate too, a German mom of four, baru habis viva masters. Bila dia join gak, ade la teman. Dia nak sambung belajar lagi, hahahahhhaaa….ooooo man, katanya pening dia nak start….blur segala. Iye, masa aku tahun satu, aku pun pening. I was a dumb phd student and a fool too masa tu…….Ada sekali tu, satu hari dia tak dapat join. Rumah dia kene banjir salji….( sebab skrg, byk ais mencair turun dr gunung………..duduk kt alps ke minah ni? Aku pun tak pernah tanya exact lokasi rumah dia, tapi dalam kampung dia, ada la dalam 15 rumah….maybe one day I will ask, keypoh plak). So masa dia tak de, aku berpartner dengan minah blond dari Finland ni. Bila partner aku muncul semula, aku balik dengan partner German aku…….Alhamdulillah,…..banyak belajar. Banyak jugak tak reti, but at least I know, apa yang tak reti, berguna atau tak yang kiter perlukan untuk kerja phdku nanti……While all that was going on, saat – saat ni, aku doa sangat aku & anak2 tak positive. Kalau tak camne la nak habiskan course ni, kalau tak belajar tak tahu…..Tambah plak lepas suamiku cerita ttg keadaan kat pusat kuarantin….. I don’t think aku boleh tahan. (kang, ada yang mengata aku menja, mengada........)And, I did not tell anyone in this class ttg my family issues...…i just kept all to myself.


Block no 3 : Latest news, my 92 years old tok is Covid19 +ve, and in ICU now. Semua yang pernah ada contact kene buat swab test. Ni termasuk my parents and my sister…..

AND I don’t know how to take this news…………………………………..Hanya mampu berdoa dari jauh je, untuk apak,...dan doa untuk my mom, my abah & adik and the rest of family members...😓😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 .

Saturday, July 17, 2021

Quarantine : Survival mode

1. Status aku dalam kuarantin ni, aku tak canang umum. Kat Fb pun tak. So yang tahu memang famili & orang2 terdekat. 

2. Saat aku menulis ni, keadaan kami memang tak macam saat aku bebas macam dulu. Kalini aku menulis tika saat kami sekeluarga terkurung penuh. . Kalau masa PKPD, at least boleh la juga keluar kan?  Ni, tak boleh keluar langsung. Aku belum level paranoid.... Masih rasional. Kebimbangan terkawal ye...so dont worry. 😊 Makan, minum, sabun, syampu cukup, alhamdulillah...

3. Walaupun hati ni, meronta nak keluar....tapi kalau gedik keluar jugak ni, dengan tangan bergelang,.....mampus la kene hambat! Pastu viral pulak,. Sedap je la kot kene salai, jadi bahan tomahan netizen...Pastu kang kot ada spesis terlebih rajin jadi penyiasat persendirian tak berbayar.... Tak pasal pasal-pasal...nama aku, ic aku, gambar aku, no plat kereta aku, famili aku, harta benda aku termasuklah tricycle berapa, kucing, ayam, ikan laga, siput babi berapa ekor, nama apa, semua maklumat di korek........Ish, gitu lah kan, berdasarkan kejadian yang lepas - lepas kan?......Pastu kalau dapat tahu la aku student postgrad, sah bertambah2 lah kene lumur dengan sindiran dan cacian....Hasilnya, universiti terkenal, fakulti terkenal, dan student sapa yang tak guna otak niiii??? Sapa la supervise student yang tumpul critical thinking ni?... Sv pun tak cukup baldi nk tutup muka nanti 😆😁......Dan tak pasal juga aku akan berdepan dengan tindakan undang2 sebab menjadi individu tak reti bahasa. Aku bukan jutawan. Walaupun karpet beli dari Nilai, tapi kerje tak de.... nk bayar kompoun sendiri pun tak mampu....

4. Tapi bukan itu sebabnya aku tak keluar....(walaupun, ade lah sikit2 iye 😆).....Aku bimbang kalau aku yang jadi agent penyebar tanpa aku sedar (Nauzubilahiminzalik)...Ni yang aku tak sanggup... Saat ni aku doa sangat, harap swab test laki aku -ve. 

5. Saat - saat ni juga, bukan kami je yang kene kuarantin. Jiran2 sekeliling pun ada yang kene kuarantin sama. Tak semua la. Ada yang tak kene kuarantin, tapi ada yang baru bersalin, ada yang berkelek dengan anak kecik sebab suami outstation, ada yang berpenyakit mcm kencing manis, darah tinggi etc, ada yang baru lepas vaksin tak larat......Kes sporadik juga banyak. Kita pun paham tentang risiko. Semua orang ada kekangan masing - masing...

Jadi, aku track wassap, kutip balik dan kompilkan :

  • Nombor - nombor runner dalam daerah pekan...(main belasah je, tak tahu lah boleh caya ke tak ni...kang duit dah bagi, barang tak de....hat ni agak merisaukan)
  • Nombor - nombor penjual barang basah (ayam, ikan, daging) yang boleh COD.
  • Nombor-nombor penjual makanan yang boleh COD ke rumah. 

Khidmat cod ke rumah, berbayar ye, tak free...Time - time gini semua servis perlukan duit.
 
6. Saat-saat ni, ketenangan dan suasana dalam rumah sangat penting. Tambah pula ada anak nak exam. Kebersihan, tanggungjawab, keceriaan, semua penting. Tambah-tambah lagi komunikasi : pemilihan kata, intonasi, masa, semua kene kira.....  

7. Saat - saat ni kene ingat untuk panaskan enjin kereta & motor....

8. So far, kami buat apa yang kami boleh buat. Selebihnya, berdoa. Semoga Allah jauhkan kami dari musibah dan dimudahkan urusan. Amin.