Sunday, December 17, 2023

Total Money Makeover Advices

The Total Money Makeover - is a good read on how to get out of debt.
Ni, Dave Ramsey's 7 baby steps : 

1. Save a $1,000 beginner emergency fund.

2. Get out of debt.
- list all debts, arranging them by smallest to largest amount.
- make only the minimum payments on all except the smallest debt.
- pay as much as possible to the smallest debt. When the smallest debt is paid off, add that money to the payments of the next smallest debt. Repeat until all debts except the house mortgage are paid off.

3. Save a proper emergency fund - 3-6 months of expenses.

4. Invest 15% of household income for retirement.

5. Save for children's college.

6. Pay off the home early.

7. Build wealth and be generous.

---

.... This is good advice. It s going to take time to climb the steps one by one, but it is doable. Dengan mengambilkira kadar inflasi di masa depan, langkah 4,5,6 macam susah...and, 7 is too far....

...πŸ€πŸ€πŸ€...

"Jangan Pisahkan..." ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ 🎼 🎡 🎢

 

Getting it done!

Layannnn...

Ikan Selar Kuning Goreng

Lauk pagini - ikan selar kuning goreng. Lupa nak kelar...ha ha ha, dah habis masak baru teringat. πŸ˜‡

Harini pagi - pagi lagi, hujan turun lebat. Dah semalaman tak berhenti. Apalagi, rasa macam nak duduk dalam selimut je, malas nak keluar rumah.

Tapi bila sedar yang diri ini sudah tua, sudah menjadi mama orang, kene bangun lah juga, ke dapur. Nasib baik ada ikan selar kuning dalam peti. So, kita nak masaklah ikan selar kuning ni. Buat goreng je, jadi lauk sarapan. Makan dengan nasik panas + kuah kari + kicap tersangatlah sodap. Dulu masa kecik-kecik, aku suka betul makan ikan ni. Masa bujang dulu juga suka beli ikan ni kat pasar. Selalu, buat goreng je. Masa tu sekilo rm2 je. 

Ha berbalik pada cerita tadi. Aku sebut kari ya? Ha a. Iya. Pagi ni, aku dah masak kari juga. Harini, ku buat kari ikan Tombok. Ikannya baru dibeli semalam kat pasar tani. 2 ekor, besar. Sekilo rm18. Nak beli Tenggiri, rm42-44 sekilo....cantik-cantik ikannya. Tapi tinggal kepingan besar-besar sahajalah pulak. Nak beli Jenahak, takde yang menjual. Nak tangkap Kembung pun, boleh tahan jugak harga, rm22 sekilo. Selepas berkira - kira,....Tombok, pun Tombok lah. Orang kata kita kena ukur baju di badan sendiri. Jadi, semalam ku ukur dengan berapa banyak duit yang ada dalam poket sendiri. Cuti sekolah 2 minggu....Nak kene pikir menu apa lagi untuk hari-hari seterusnya...

ikan Tombok. keluarga snapper ke dia ni? nama lain: ikan Landuk.
(sumber dari en.google. kredit pada: pemilik gambar yang asal)

Alang-alang rajin, dan alang-alang tukang potong, tukang basuh pinggan dan tukang masak nasik ada di rumah, baik kita masak. Lepastu, bila dah depan komputer dah tak payah sibuk bersilat nak ke dapur lagi....πŸ˜‰

Tak macam dalam video ni, kari harini ku masak tanpa santan, tapi kuletak kerisik...boleyyy la kan... halba, daun kari, dan bendi juga tak de tapi ada kentang. Tak per la, sendiri masak, sendiri puji, sendiri makan,...sedap je 😊😍 

Friday, November 24, 2023

November 2023 Treat

Lama tak update eh?... 

Progress up and down. Mood pun on off. Ada hari, mencurah-curah idea. Ada hari kering-kontang idea...Tak perla. Yang penting, tekanan darah tak tinggi. Naik cuti sem, lepas student submit assignment ni, sah kerja akan bertambah banyak. Sejak minggu ni, kita pun dah start tak masak. 

Masaku lebih dihabiskan ditepi meja sama ada depan komputer atau tanpa komputer. Yang paling sedih, hasil tulis panjang2, tapi bila dihadamkan isinya, dapatlah 3 line, tak sampai 1/4 muka A4 isinya. 1 perenggan je. Hmmm...sabo je la. Hasil kerja tipis, isi badan yang naik. Sebab duduk je! memanglah kan......Dah tu? takkan nak menulis sambil berjalan-jalan kot! jalan-jalan makan angin, ok...tak pe...πŸ˜‚

So, kita take a break la. Relaks-relaks jap. Meh kita cerita tentang bab jalan-jalan cari makan. Hajat di hati nak try something yang sedap tapi kita tak pandai nak masak. Maka kita pun carilah.... belek punya belek punya belek kat Google, tiba-tiba teringat ada satu kedai western food baru buka di sini. Speghetti ke pasta-pasta memang tak de kat kedai ni. Tapi roti ada! Dan kadang-kadang ada nasi kerabu. Puasa tahun lepas, kami dah try nasi kerabunya. Tapi masa tu di bazaar ramadhan. Boleh tahan sedap. Cuma mahal sikit. Tapi tak pe. Kita paham kenapa dia mahal. Dan kalini, kita ambil keputusan untuk cuba steak di kedainya. Kedainya kecik. Comel je. Baru buka 2 bulan. Lepas browse info di facebook, kita pun book table dan minta menu. Lepas tengok menu, kami pun agak-agaklah berapa bajet nak kene keluar kalau makan kt sini. 

Specialty kat kedai ni, smoked beef. Khabarnya ada macam-macam jenis steak. Steak wagyu on skewer pun ada. Steak - steak ni, dari lembu baka Angus....Ada sirloin, brisket, prime rib, ribeye, loin, tomahawk... smoked beef dan mungkin ada lagi jenis cutting steak yang ku tak tahu... <Check Here>


Ni smoked beef dengan roti. Smoked beef dia, sangat lembut. 
Lepas makan pun tak de rasa sakit perut (masalah nak hadam) dan coleslaw dia, sedap!

Steak (Ribeye) dia lembut and juicy. Steak tu tebal. Nampak je hitam. Tak pahit pun. Sedap. Ni well done. [Degree of doneness] Takut kang pilih medium rare ke, tak lalu makan pulak. Rugi nanti. Alang-alang dah bayar, biar licin. Kentang leceknya sedap. Kuah kt tengah tu pun sedap. Tak muak. Nugget tempura tu sebenarnya dapat 6 ketul, dalam gambar dah tinggal 4, sebab 2 dah kene makan. 

Sausages dia pun boleh tahan. Kami order 3 jenis, beef, lamb & chicken. Kami paling suka Spanish chicken!

Setakat ni, rasanya ni the best quality steak in Pekan! Total termasuk air durian belanda dua botol, RM167. Anggap je la ni moment sambut birthday juga. Sebab aritu tak sempat pun nak celebrate....apak ke sana la...ke sini la... dah tua-tua, mama ni sensorang diri je sambut birthday sendiri.  

K lah. Sekian update. Nak layan lagu Baldu Biru - Ella & Awie... 

Thursday, September 21, 2023

'ancient student' & 'junior student' 2023

Yesterday, I received and sent all the certificates of appreciation of postgraduate society committee members to the office. Dari office dia datang, kepada office dia kembali untuk sampai ke tangan tuan empunya... the rest of the story is history. Tinggal 9 hari je lagi menyandang jawatan setiausaha. My head is occupied with lots of things right now... 

Few committee members dah habis study. I wish them all the best. My time is tight. I'm not free. So, I gave food/drink coupons as gift for them to enjoy.....

"Mampu tak aku habiskan study aku ni ek?"...Sem baru akan datang ni, aku masih menyandang status 'ancient student' lagi...Dan kalini, masuk dengan sorang junior student...Jadi, sekarang dah ada 2 student dalam rumah kami,...   



Tengah layan lagu ni sat naaa....

Monday, September 18, 2023

Mekah 2023 : Arafah dan Mudzalifah

 “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]

Setelah sekian lama di Mekah, maka sampailah waktu yang dinanti-nantikan para jemaah haji iaitu, waktu untuk bertolak ke Arafah. Bagi kami yang mengerjakan haji Tamatuk ini, kene ready lah nak niat haji. Bilamana kita dah berniat ihram untuk haji, maka segala pantang larang dalam ihram haji kita bermula. Pagi sebelum bertolak ke Arafah, kami diberitahu untuk tunggu di bilik hotel masing-masing sehingga dipanggil mengikut senarai bas. No bas telah diberi sebelum ni lagi. Jadi tunggu je la turn...

Daku dan kekanda hajjah dalam bilik semua sempat berkemas-kemas sebelum meninggal katil kesayangan masing-masing. Kami dimaklumkan yang tahun ni, jemaah haji akan diberi sekeping tilam, sorang satu. Tilam tersebut, muat- muat badan kita je. Kalau terlebih saiz ke, terlebih tinggi ke itu je lah yang diberi. Tiada lebih. Menjelang 2-3 hari sebelum dijadualkan bertolak ke arafah, kami dah sibuk kemas-kemas beg. Kami hanya dibenarkan bawak beg 5kg yang diberi TH dan beg merah sahaja. Itupun jenuh pikir, nak bawak apa. Ada jugalah beberapa barang yang kutinggal. Antaranya extension. Gamble la. Beg dah penuh.  Dah janji, tumpang sorang kekanda hajah ni. Sebab dah tahu lokasi tilam kami tak berjauhan, maka dia sahajalah yang bawa. Tapi powerbank ku bawa juga. (Ku hadiahkan suamiku satu). Incase terputus bekalan letrik ke, kita masih boleh caj phone contact sesama sendiri dan ahli keluarga di Msia. 

Yang kelakarnya, beberapa kali jugalah kami semua ni kemas beg, keluar masuk, keluar masuk, keluar masuk barang. (Geng haji-haji di sebelah, mudah je berkemas.) Sampai masa dah nak bertolak pun, last minit boleh keluarkan barang dan masukkan barang lain dalam beg lagi. Hahahahaa...mentang-mentanglah, dekat. Cuba kalau jauh, tak denye nak buat gitu kan? Ini juga rezeki, alhamdulillah.

Macam aku, kebanyakkan baju yang kubawa adalah yang nipis dan ringan, supaya mudah nak bawa. Ada juga yang jubah yang berkain agak tebal ku bawa. Tapi tak pakai pun sudahnya. Sayang pula rasa. Bukan apa, kita tak tahu keadaan kat disana bagaimana. Jika berkeperluan, barang yang diperlukan itu ada. Masa nak bermabit, ku bawa yang berkain nipis dan ringan sahaja. Kalau baju tebal, berat dan makan ruang. Tak pe lah, mungkin sebahagian baju yang ku ada ni boleh dipakai dalam tempat yang ekon sejuk, atau ke tempat yang sejuk-sejuk di Msia nanti. Sayangnya. Takkan nak buang? 

Dulu ada seorang teman (yang kukenali masa di Perth) pesan kat aku, bawak baju kelawar, mudah dan senang. Ternyata pesanan tersebut berguna padaku. Kelawar lengan panjang ada, lengan pendek pun ada. Memangku pakai kat sana. Masa solat di sana pun, aku belasah je.  

Masa di Arafah, kami tidak dibenarkan mandi (Tapi ada je yang mandi. Mungkin mandi wajib barangkali. Sangka baik je lah. Sebab bila kita dah tahu air terhad, takkan lah nak degil juga untuk mandi demi keselesaan sendiri, tu dah kira zalimi hak orang lain juga namanya.). Yelah, air terhad. Aku sempat bersuci dan salin baju sahaja. Adalah juga beberapa kali aku cross jalan tumpang tandas 'jiran' kerana mereka tidak ramai. Dah terdesak sangat, kan...Mujur ada yang memahami (terima kasih). Tak mampu dah nak tahan beratur panjang, lama -lama, berjam-jam tengah panas. Kalau takat nak berwuduk sahaja, memang ku dah standby spray. Dah tak perlu beratur panjang. Malah waktu malam juga, masih ramai yang beratur ke toilet. Masa ni, teringat rumah kat Malaysia. Rindunya rumah sendiri...Betapa beruntungnya aku rumahku ada toilet sendiri, tak perlu berkongsi ramai-ramai, bersih, ada bekalan air yang cukup, tilam sedap untuk tido.......Betapa  'kayangan'nye aku selama ni...(Awal-awal sebelum pergi, laki aku dah pesan, apa-apa yang tak best kat sini, kene hadapi dengan sabar...)...Tak per lah, sabar. Yang penting, kita jaga diri dan bersedia untuk ibadah penting seterusnya.   

Masa saat gelincir matahari pada haritu, memang aku dah niat nak fokuskan diri untuk berdoa masa afdhal berdoa sehingga habis waktu (masuk maghrib). Selain doa untuk diri sendiri, kiriman doa yang satu persatu kucatit, aku doakan supaya Allah kabulkan jika itu adalah yang terbaik untuk mereka (pengirim doa dan doa untuk orang didoakan itu). Mudah mudahan dimakbulkan Allah semuanya...

Selesai urusan di Arafah, sekali lagi kami kene tunggu dalam khemah, tunggu turn bas dipanggil. Kalini, untuk bermalam di Mudzalifah pula. Di sini, kami dapat sampai awal, sebelum jemaah lain sampai. Dan yang paling best, nikmat berpeluang menggunakan tandas sepuas-puasnya. Aku sempat mandi dan bersalin baju disini. Lega rasa dapat mandi. (Airnya, berganda lebih puas dari yang di Arafah) Alhamdulillah. Malam tu, kami duduk berehat je. Nak tido, macam tak selesa. Kami nampak ramai jemaah negara lain (berjalan kaki) bergerak ke arah Mina. Di saat orang semakin ramai dan ramai di Mudzalifah, bas kami pun sampai. Dan kami pun ready ke Mina.... 

Bersambung...    

Sumbangan jiran opis, untuk dibaca...

Import dari Msia, tisu basah. Untuk cuci2 muka dan bersuci bila perlu.

Menghitung hari - draf kalendar lakiku lukis atas potongan kotak apa entah...

Sunday, August 20, 2023

Mekah 2023 - Menunggu musim haji

Masa di Mekah, memang jadual diri ni berubah seratus peratus. Walaupun semua datang dari kapal terbang yang sama, negara yang sama, negeri yang sama, dengan niat haji bersama-sama, tapi semua pulang dengan pengalaman masing-masing yang tersendiri. Setiap orang berdepan ujian yang berlainan. Aku dan suami aku pun macam tu....

Dalam ibadah pun sama. Ada orang mampu pergi masjidil haram hari-hari selama di Mekah. Ada yang mampu pergi subuh sehingga baliknya isya' nanti. Ada orang tidak mampu berjalan jauh dan hanya di hotel sahaja. Ada orang, sekali dua sahaja merasa pergi masjid kerana ada halangan2 tertentu -usia, kesihatan, kemalangan dsb. Ada orang, hari-hari buat umrah, dengan menaiki bas percuma dan rehatnya di hotel hanya beberapa jam sahaja, dan malamnya pula dia di masjidil haram.....Ada yang buat umrah setiap minggu, naik kereta sapu niat di miqat...Ada juga yang buat umrah sekali sahaja dan beribadah di masjid sementara bersedia untuk haji pula. Ada juga yang tiap-tiap minggu sewa hotel supaya dekat dengan masjidil haram untuk ibadah. Gitulah...Macam - macam cara dan jalan ada....Yang penting Allah terima ibadah kita.

Aku? Aku pun sama, ada ujianku sendiri. Bila tiada halangan, aku akan solat di Masjidil Haram. Boleh katakan kebanyakan masa, aku dapat pergi. Ada beberapa waktu, aku tak mampu, contohnya zuhur & asar (sangat panas). Bila masjid penuh, askar dah tak bagi masuk, kene solat di atas dataran. Bila aku tak mampu pergi, aku tumpang pahala suamiku sahaja, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun....heheh 😁. Bila tiada halangan aku pergi, aku pergi lah. Tambahan pula, dokter dah pesan, kene jaga kesihatan. Kalau tumbang, apa pun tak boleh buat. Dari langsung tak dapat buat, baiklah sabar dan buat sikit-sikit yang kita mampu. Jadi, bila tak dapat solat di masjid, aku solat dalam bilik atau  berjemaah di hotel. 

Musim haji kalini, boleh dikatakan masa di Mekah ni, memang ramai jemaah dilanda demam selsema dan batuk teruk. Termasuklah aku. Pernah satu masa...aku kene masuk hospital TH, gara-gara demam, batuk-batuk sehingga sesak nafas. Selama 2 hari, aku kene bernafas guna tong oksigen kat hospital. Hari last tu, dah kuat sikit. Suami aku ulang alik ziarah bini, naik van TH free. Bekalan ubat terhad. Nasib baik juga, kami dapat bekalan ubat dari UMP sebelum pergi. Sangat berguna kat sana... Kalau nak beli sendiri, bergandalah mahal harganya... Keadaan bertambah teruk, bila tak berselera nak makan. Aku selalu doa supaya aku larat buat amal ibadah, supaya aku mampu tunaikan ibadah aku kat sini. 

Selain badan yang kuat dan sihat, antara doaku ialah supaya dapat rakan-rakan sebilik yang baik, yang boleh berlebih kurang, dan kita selesa. Alhamdulillah. Doaku itu dimakbulkan Allah. Masa di Mekah (berlima) dan Madinah (berempat) pun sama. Semua room mate aku hajjah hajjah dari Pahang - Pekan, Temerloh dan Bera. Suami diaorang sebilik dengan lakiku. Siap create wassap group bilik masing-masing dan campuran kedua-dua bilik. Masih aktif sehingga harini...AlhamdulillahπŸ˜‡. Contohnya, masa kita di masjid, siapa yang ada di bilik akan tolong ambilkan makanan/air zam-zam. begitu jugalah sebaliknya. Kalau aku dah makan kat luar, ada masa aku let go je makanan aku pada orang lain yang memerlukan. (Mesej inform room mate)....Bila nak keluar pun, selalu aku bagitahu dalam wassap atau face to face. 

Rata-rata di sana, ramai yang lebih senior dariku. Dikalangan ahli bilik di Mekah dan Madinah, aku la yang paling muda. Kalau hilang lama sikit je, memang kene bahan la dek kekanda hajjah-hajjah ni. Asal tak nampak je, kononnya ke Bilik Berkat. Sabo je la...selalu aku reply je sambil sengih,..."Ibadah juga tu kak. Banyak pahala tu" kih kih kih πŸ˜„πŸ˜‚ 

Selalu aku g solat dengan suami. Aku suka kalau dapat solat berdekatan, taklah kita ni sorang-sorang. Kadang, aku pergi dengan room mate. Yang ni pun mudah juga. Adalah teman. Tapi bila dah hujung-hujung, aku lebih banyak pergi sorang. Bila sorang kene lah pandai bawak diri. Kawasan masjid ni agak besar, banyak pintu, banyak tingkat juga. Tak boleh nak stick dengan tahu satu jalan sahaja. Sebab askar selalu buka tutup jalan. Jalan masuk ke masjid semalam dan harini, mungkin tak sama jalan masuk ke masjid esok, lusa, tulat dan seterusnya. 

Masa awal-awal sampai dulu aku ambil masa nak cam jalan dan tempat. Yelah, bukan tempat kita kan. Tambah pulak tempatnya agak besar dan banyak jalan. Nak tanya, orang keliling pun susah. Unless kalau tahu bahasa arab la. Bahagian mataf masjid paling bawah, perempuan sahaja boleh masuk. Disini, bilamana lelaki berpakaian ihram saja boleh masuk. Tak berpakaian ihram, sila naik atas...Kalau degil juga, kene tangkap dengan askar, kene seret di khalayak ramai masa tu jugak... 

Pernah satu masa aku terpisah dengan suami, (masa ni masa awal-awal baru sampai Mekah)....Nak call suami tak boleh. Stress juga lah. Nak cari jalan balik, tak tahu. Dah sampai mana pun tak tahu. Pusing- pusing, aku carik jalan pimai pimai balik - balik tang tu jugak. Tak putus-putus doa dalam hati, biar Allah tunjukkan jalan. Aku cuba ikut geng 'beg merah'. Masa mula - mula ikut tu rasa ok, tapi lepas tu rasa eh, alamak depa ni macam balik ikut tang lain. Balik hotel lain ni. 

Kutengok lagi kiri, tengok lagi kanan,...Entah macamana, tergerak hati nak ikut belakang, pakcik Uzbekistan 2 orang ni. Lama-lama dieorang perasan, aku kat belakang. Aku senyum je. Diaorang macam paham je, aku ni nak tumpang ikut belakang. Disebabkan dieorang dua ni agak tegap dan besar. Maka, lapang je kawasan aku nak jalan. Kalau tak, memang berlanggar bahu. Orang ramai giler, nk menentang arus lagi laaa...Aku dah la 156-157cm je.  Sampai kt tempat stesen bas, depa pun hilang, naik bas balik hotel depa.... dan saat sampai stesen bas tu, dari situ aku tahu, Abraj Al Janadriyah dah tak jauh...aku boleh balik sendiri. Aku cuba nak ucap terima kasih.....Bagi orang yang sesat dan cuak macam aku ni, bila dapat menumpang ikut belakang, dapat berjalan pulang dengan selesa, feeling bersyukurnya dapat jumpa jalan balik tu tersangatlah lega. Mestilah nak ucap terima kasih...Aku hanya letak tangan di dada, tunduk sikit, sebagai tanda hormat dan terima kasih...(aku pun doa semoga Allah mudahkan urusan haji depa juga)...Kalau ada air botol/tin minuman(yang belum buka) padaku saat tu, ni lah dua orang tua yang aku akan beri...

Balik hotel, aku pun cerita kat laki aku,...masa aku terpisah dengan dia (dan semua orang yang aku kenali malam tu)...Allah hantar 2 bodyguard, teman aku balik...nasib baik tahu balik, kalau tak, laki aku la kene amik aku kt Uzbekistan nanti...πŸ˜‚

Lepas kejadian tu, lakiku pun on-kan roaming kat phone aku (dia bayar...hehehe), supaya tak putus komunikasi... Pastu dia bawak jalan2 sekitar supaya aku kenal jalan, supaya boleh berdikari, balik jalan kaki sendiri....Rasa 2 minggu pertama je kekok...Dah masuk minggu ke-3, dah ok dah...Pendek kata, campak lah tang mana, tau dah jalan mana nak balik Abraj....insyaAllah.

View dari tingkap bilik

Pintu masuk masjidil haram, ke masjid baru... 

Momen berdoa depan kaabah...
Nota : beg merah tulah jadi handbagku sepanjang disana. Tak pernah tinggai...

Antara lauk pembuka selera yang dibawa oleh teman bilik...ni dari Pekan, recomended!
Pedas dan sodap...

Makanan hospital hari ke 3. 

Sarapan hospital

Lunch hospital hari ke2...

Makanan hari pertama di hospital...

...Try western, ni first time merasa McD arab...
Masa ni, harga tutup mata dulu, yang penting tekak mampu makan.
Pastu bukan sahaja McD, Domino Pizza, KFC, Al-Bayt, Burger King dan 
Kedai kebab turki kami try. 

(bersambung lagi tapi tak tahu bila...)

Lesson Learned - Masa Sesat

1 - Sabar. (tapi aku panik jugak la kan,...maunye tak!)
2 - Kalau boleh set roaming, set. Bila ada line & data, senang nak contact/call/message. Kalau x de, tak dapat kontak pasangan/teman, kene sangka baik. Doakan yang baik - baik...semoga pasangan pulang dengan selamat.
3 - Jika masih baru sampai, bawak teman. At least ada teman. Tapi jika terpisah, tinggal diri sendiri je, cuba cam-cam kan tempat2 kita lalui tadi.
4 - Bawak phone. Tangkap gambar tempat2 kita lalui tadi. Kalau tak bawak phone, kene bergantung memori ingatan kita la. Kalau perlu, masuk balik masjid dulu, solat sunat/hajat 2 rakaat. Doa. Mohon Allah bantu, recap semula moment yang kita lalui tadi. (Dalam masjid sejuk, selesa dan selamat)
5 - Sentiasa pakai tag. kalau sesat, redah aje la tanya2 petugas haji, kalau tak jumpa yg m'sia, jumpa petugas rantau kita pun, dari Indonesia, Singapura, boleh tanya...sambil tunjuk tag haji kita.
6 - Belajar guna google map dalam phone supaya boleh balik sendiri. Yang ni senang, tak yah harap orang.