Friday, March 6, 2009

'Lauk' Of The Day...


Hari ni aku masak sambal tumis telur. Lama tak masak sambal tumis telur. Anak bujang aku suka lauk - lauk bersambal ni. Sejak kawen, aku kene kurangkan paras pedas sebab kawen ngan orang yang kurang makan pedas. Dah dapat anak, lagik la kene turun standard kepedasan. Dalam gambar tu lauk ni kemain merah menyala, tapi tak pedas pun.

Kat sini, senang juga nak cari cili kering untuk dibuat sambal. Yang payahnya, nak tahu pedas ke tak cili kering tu. Ade yang kata kalau cili kering tu berkilat, pedas. Tapi pernah amik yang tak kilat pun pedas juga walaupun guna hanya sebatang dua. Cuba plak yang cili kering berkilat mana tau kot - kot terbalik pemahaman. Lepas try, pedasnyeeee. Makan sampai meleleh - leleh air mata. Lepas tu tak beli dah cili kering.

Memandangkan serbuk cili kering Babas ade dijual kat sini, aku guna je yang tu. Senang nak sukat pedasnya...Nak pedas letak lebih. Nak kurang pedas letak kurang. Tapi kalau tanya aku yang mana sedap, tentulah sedap lagi cili kering kisar.

Resipi ni main baling baling campak campak je. Aku jarang ikut sukatan bila nak masak - masak lauk ni. Tapi kalau buat kuih ke kek aku ikut sukatan.

-----------------------------------------------------------------------------
Sambal Tumis Telur (versi aku)

Bahan - bahan

Bawang merah
Bawang putih
Serbuk cili kering babas 2 sudu (ikut suka nak bubuh brapa banyak)
Sos tiram. (Aku suka sos tiram nona/adabi atau ayam brand)
Air asam jawa
Jus lemon atau jus limau (optional)
Garam
Gula
Minyak
Telur rebus dibuang kulit.


Cara :

Bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
Campurkan 2 sudu serbuk cili kering dan digaul rata.
Tumis bahan -bahan sampuran tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
Taburkan garam + gula secukup rasa.
Masukkan sos tiram sesudu - dua. Boleh letak lebih kalau suka.
Kacau rata.
Tuang sedikit air asam jawa dan kacau.
Masukkan telur rebus dan biarkan selama 5-10 minit. (mendidih)
Tuang sikit perahan jus lemon. Kacau rata.
Siap.
Hidangkan ikut selera.

Makan panas -panas dengan nasik panas.
Nak makan dengan nasik lemak pun boleh.
Nak ganti telur ayam dengan telur puyuh pun boleh.
Nak belah telur dan tuang sambal kat telur tu pun boleh... :)

6 comments:

iu rf said...

salam ziarah..

nampak beshnye lauk niii.. da bertahun asenye x makan..

boleh try.. erk.. mn resipi..? hihihi

3uri@ni said...

Cam iu jugak, aku pun dah lama tak masak sambal telur nie, cuma, kalu aku wat sambal telur, aku suka belah telur tu, pastu siram sambal kat atas kuning telur tu...esok ada kelas sampai petang, laki aku kata dia nak masak, hehehe...tak kisah la dia masak apa pun, yg aku tau mesti rasa dia sedap sebab masa balik kelas, tengah lapor giler, hahaha

~Huang Yo Shi~ said...

iu,salam juga dari tuan rumah.
ni resipi campak baling baling je...hehehee...nantilah, insya allah akan diselitkan kemudian.
Terima kasih kerana sudi ziarah dan meninggalkan jejak. :)

zue,lakiku suka yang belah belah dan curah sambal atasnya tu...tapikan aku tensen bila belah telur kuning kdg2 kat dalam tak sama rata belahnya. Tulah aku biarkan je sebiji-sebiji. Adil. Tapi kalau buat makan - makan aku belah. Nampak banyak sket. Heheheee...

~Huang Yo Shi~ said...

Seronoknya abe die nak masak...
Paling rajin pun masak megi je la yang my abe nak. Tak reti katenye. Logik programming c die nampak, logik masak - masak ni die kurang nampak. Tapi masa aku ngandung dulu merasa gak air tangan die. Sedap tak sedap aku makan je la. Sebab orang dah masak dengan penuh kasih sayang kan, sedap jer la. Heheheeee...

3uri@ni said...

Cili kering nie, kalu dia lurus je, memang kompem pedas, tapi kalu yang kerinting tu, Insya Allah tak pedas, nie kakak ngan mak mertua aku yg bagitau, setakat nie aku ikut je petua diorang, memang tak salah la...ko try la...

~Huang Yo Shi~ said...

o,yang kerinting x pedas ek...ha, nanti aku try cari. Kalu jumpe yg kerinting, aku try experiment tengok camne...tq 4 that tips.:)