Thursday, March 5, 2009

When Autumn In My Yard...



Sekarang aku rasa dah masuk autumn. Tak lama lagi pokok-pokok akan mula jimat - cermat makanan. Heheheee...bermakna banyaklah dedaun akan bertukar warna kepada kuning dan coklat dan kemudiannya gugur jatuh kebumi. Laman rumah aku pun tak terkecuali penuh daun. Tapi sebab agent ade gajikan tukang sapu maka kuranglah timbunan dedaun kat depan laman umah. Senang.

Masuk autumn juga bermakna aku kene stand by ubat - ubat selsema, paracetamol dsb untuk aku, abang dan budak - budak. Aku kene stand by menjadi tabib bila ahli keluarga sakit terutamanya budak - budak ni. Aku kene make sure campuran ubat dari pelbagai jenis tu selamat. Selain tu, makan. Kene banyakkan makan sayur dan buah.

E-m4n. Aku kurang risau selagi die minum susu aku. Tapi sekarang aku risau, sebab dah seminggu susu aku merudum. Mungkin juga sebab dah nak datang 'bulan'. Atau sebab aku stress (sebab abang lebih banyak duduk di office dari rumah, jadi aku kene kerja lebih bila die tak de). Atau sebab aku tengah dilanda 'down'? PMS? Er...entahlah...Semalam dapat satu lagik berita yang agak buat aku down lagik sket. Malas lak nak pikir. Happykan diri. Tapi aku tak leh tipu diri. Badan aku tau sebab otak ni masih lagik berkomunikasi dengannya. Sedikit sebanyak ada kesan terhadap produksi susu.

Sekarang aku tengah amik milk maid tea. Nak kasik up balik production. Aku plan nak tengok cerita light and comedy yang boleh mengundang ceria. (tapi bukan komedi yang 'bodo' macam senario ke hapa...buat aku menyampah lagik ader la). Bila amik milk maid tea ni, badan aku akan bau tengik sket la. Sebab ader halba(fenugreek). Tak per la. Sementara je. Aku minum bila production drop. Dah maintain up tu, aku stop.

50l3h plak, aku risau. Die akan lebih mudah dapat selsema sebab die ke sekolah. Caretakernya kata kalau sorang kene, maka semua akan kene lah. Gitulah yang biasa terjadi. Huhuhuhuuu...sekarang pun tengah selsema. Aku cuba kurangkan bagi ubat, aku bagi vitamin c lebih sket. Aku tak mau badannya bergantung pada ubat. Takut ade kesan jangkamasa panjang kalau amik untuk tempoh yang lama dan berpanjangan. Sekarang baru musim luruh, belum musim sejuk lagi. Jauh lagik tu perjalanan masa ke depan.


Untuk aku, aku ni ibu susuan. Tak leh amik sembarangan ubat. Aku plan nak amik Olive leaf extract untuk tingkatkan daya ketahanan badan. Pahit gitu rasanya. Tak per la akan ku tahan jugalah. Harap berkesan.Tak mahu jadi tak larat macam tahun lepas.

Start 2 bulan lepas, aku dah menyimpan stok beku EBM. Kalau ade rezeki lebih, sehari dapat 2 peket aku bekukan. Sepeket tu dalam 3oz - 5oz. Selalu dapat 1 peket. Sekarang ni dah seminggu tak de langsung. Chaiyok Chaiyok mama ... Chaiyok Chaiyok...

Cadang masuk April atau pertengah April baru nak amik flu vaccine. Kanak - kanak bawah 5 tahun free. By that time E-m4n dah 10 bulan. Dah boleh amik flu vaccine. Aku ngan abang pun patut gak amik. Flu vaccine ni penting nak elak nasty flu yang boleh membawa maut. Tak kire la kanak - kanak ke orang dewasa. Ish, takutnya. Semoga dijauhkanlah...Nauzubillahiminzalik.

[Note: Nasty Flu is not like common cold. Sila google bagi sape yang tak tahu tapi nak tahu beza flu dan cold].

Sekian dulu,ye ...

3 comments:

3uri@ni said...

Ko BF Iman pun datang bulan jugak eh? Kakak aku langsung x datang, dia bersalin lebih kurang ko la...kalu ada pun cam tak clear sangat je...ciput sangat...tu yg dia bimbang kot2 mana la tau dah lekat lagi. Kalu betul lekat lagi, kena la stop BF anak dia...

~Huang Yo Shi~ said...

Ha'a. Aku dulu pun ingat ibu2 fully BF tak dtg bulan. Rupernye tak semestinya. Masa anak aku umur 4 bulan aku dah 'kembali normal'. Heheee... Siket - siket je. Tapi tak lah se'tenat' masa tak bf.

~Huang Yo Shi~ said...

Boleh kalau still nak BF walaupun tgh 'berisi' lagi. Tapi kene make sure keperluan untuk 3 insan(Anak susuan, ibu dan anak dlm kandungan) cukup. Kalau tak mampu, baik stop.