Thursday, March 12, 2009
When Coconut Milk Curry Lover Married To Non Coconut Milk Curry Lover.
Hari ni aku masak kari ikan merah.
Sejak duduk sini kami jarang makan ikan. (Huhuuhuuu, aku suka ikan...)
Sungguhpun Perth ni dekat dengan laut, tapi harga makanan lautnya mahal. Kadang tu harga die tak masuk akal aku rasa. Jadi nak murah dan beli banyak, kami ke pasar borong makanan laut kat Canningvale. Banyak jimatnya (jangan convert AUD ke RM!, still mahal lagik banding ngan M'sia). Dulu pergi bertiga. Sekarang dah anak dua ni, abang je pergi sorang lepas subuh sebulan sekali.
Hari ni tetiba lak tekak nak makan kari ikan. Agaknya sebab dah lama tak masak kari ikan. Godek godek dapur ade kentang tapi tak de tomato. Nak pergi beli tomato, anak - anak tengah tido. Nak tunggu anak - anak bangun, malas la pulak nak keluar dengan bersiap bagai hanya nak pergi beli tomato walaupun kedai dekat. Macam - macam kerenah nanti. Pantang tengok mama bersiap. Dua beradik macam tak senang duduk sebab takut kena tinggal. Mulalah menangis- nangis walaupun mama dah cakap mama bawa dua - dua.
Tak per la, mama mengalah. Biarlah tak de tomato pun dalam kari tu. Dari buang air mata anak - anak, baiklah kita main hepi - hepi kat rumah, kita gelak tawa main nyorok nyorok sama - sama. (budak-budak ni suka main nyorok - nyorok, terutamanya adik)
Sebenarnya kari ni favourite abang. Tapi abang suka kari yang bersantan. Yang aku pulak, kari bukan favourite dish aku tapi aku boleh makan dan lalu makan bila kari tu tak bersantan. Ada masa aku akan masak kari bersantan bila terasa nak buat (sebab siankan abang). Selalunya tanpa santan, sebab aku boleh makan sama. Senang...
Teringat dulu masa bertunang, bila abang cerita yang abang suka makan kari bersantan. Disebabkan aku pulak boleh makan kari yang tak bersantan, sebagai usaha jalan tengah, aku pun bagitau die yang bilamasa aku masak kari aku akan buat dua kari. Satu bersantan dan satu tak. Perrrgh kononnya ingat senang la...yer lah aku ingat senang je masa tu.
Dah kawen, ada anak dan kerja kat rumah...apa yang kukatakan tu hanya aku kotakan sekali dua saja. Aku tak buat dua kari tu sudahnya. Hanya salah satu. Dah tentunya kari tak bersantanlah yang aku kerap masak bila masak kari. Sesekali baru bersantan. Kalau ku buat yang bersantan, aku masak lauk lain untuk aku.
Abang senyum je. Paham akan kesibukan aku kat rumah untuk masak dua lauk yang sama tapi tak serupa. Aku pun paham juga akan senyuman abang tu.
Aku pun senyum. Tersengih,
"Tak pe ek, abang...kita makan kari tak de santan ye?"
"Yer laaaa...", sambil gelak - gelak dengan gaya mengusik.
Sesekali tu die ajuk balik ayat apa yang aku pernah cakap kat die tentang masak kari tu. Jadi bahan gurauan pulak kata - kata aku dulu. Agaknya sampai tualah bilamasa aku masak kari, kata-kata aku dulu jadi bahan usikan ...
Terima kasih kekanda kerana memahami dan bertolak ansur dengan dinda dalam bab kari ni. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 comments:
hai syah samalaa kita aku xbapa minat kari sgt tapi bole mknlaa..aku pun jarang msk kari psl xbp suka..tp aku mmg xsuka msk yg bersantan ni kali masakan tu mmg kena letak santan aku letak skit ja..suami aku plak tu org penang mmg terkenal ngan kari..tp dia xdalaa hantu kari..ikut ja aku..kalo aku msk mkn, kalo x xdala
seksinye ikan merah tu..kaler dia npk menarik.. sayangnye kat cni takde ikan merah..ikan salmon byk..ermm....
oo lg satu kalo ko xbapa suka santan ko bole ganti dgn susu sejat apa..aku kekdg tuh buat cendol,msk kurma, kari, bubur atau kuih yg bersantan pun aku tukar susu sejat psl aku mmg minat susu..ko pun minat susu kan ingat x ko slalu beli susu kotak daisy tuh
"A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their DIFFERENCES :D"
Seronok kan, kawin ngan orang yang selera lain-lain nie, ada jugak bahan nak bergaduh2 manja dan perli2 sambil senyum, hehehe...
Cam laki aku, bab lauk tak der masalah sangat, tapi kalu bab kuih, kalu dia tau aku letak susu, alamatnya aku sorang je la yang tibai kuih tu...itu yang aku jarang wat kuih, banyak kuih yang aku nak buat tu ada melibatkan susu...karang sian pulak laki aku :)
hai!!!!
tumpang lalu yer...
bestnyer lauk...
Faramie:
Ko ingat lg ek ...hehehe. Tak pernah lagi ganti santan ngan susu dalam lauk pauk. Ok ke rasanye? Manisan mcm kuih, bubur, kek pernah la...
iu:
Kene 'terseksa' dulu, baru leh dapat 'seksi'...Jenuh nak buang sisik kasi nampak seksi gitu...hehehee
Zue:
Dulu, laki aku tak mo langsung makanan yg melibatkan susu tenusu ni. Skrg, die dah boleh sket2 lar nak makan manisan ade susu ni. Cth mcm puding kuah ke, donat, dadih. Tapi dengan syarat kene 'tenggelamkan' rasa susu tu. Kalau tak die reject.
qat:
Nak lalu,lalulah qat. Trafik tak banyak pun. ;)
Post a Comment