Hari Ibu...
Harini hari ibu. Kat sini macam - macam la iklan sale barang sempena hari ibu sejak 2 minggu lepas lagik. Iklan baju, jewelery, kasut, restoran ...macam - macam lagik.
Harini kat sini ramai ibu - ibu sedang dimanjakan oleh keluarga dan anak - anak pulak agaknya...
Berlainan dengan aku. Aku tak pernah sambut hari ibu. Familiku tak pernah menyambut hari ibu.Tengah bebudak tido tadi siang, aku call mak aku. Berbual bukan main panjang. Lupa plak aku nak ucapkan selamat hari ibu padanya.
Tapi aku yakin, mak aku tak kisah pun...ingat esok lah aku call, qada' ucapanku...kang kalau aku call tengah malam ni mengganggu pulak.Mak aku selalu tido awal. Then bangun pagi-pagi sebelum orang lain bangun...dalam kul 4.30 pagi dia dah bangun.
Malam ni aku emel la ucapan selamat hari ibu kat mak aku...Heheeejangan memain, mak aku dah ade emel...dia dah belajar bukak emel dengan bantuan adik aku. Ada jugak kadang tu aku emelkan gambar cucu2nya dalam emel. Terus dapat, terus bukak, dan boleh terus tengok...heheh.
p/s: Selamat Hari Ibu buat semua...
Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Aku pun tak pernah celebrate hari ibu, tapi aku yakin, arwah mak aku tak kisah dan tak amik tau pun pasal hari ibu, yang dia tau, anak2 'ingat' pada dia :)
Post a Comment