
Semalam aku masak mi goreng basah.
Dah 2 hari dah 50l3h duk mintak nak makan mi.
Mi ni antara makanan yang dia sangat suka.
Tak kira la mi apa pun...mihun, mi ramen,mi hokkien,spegetti...janji mi tu sedap...
Harini, banyak aktiviti luar dari rumah. Pagi je ade kat umah. Lepas setel2 kerja umah sumer, tghari bawa anak g bergaul dengan kanak - kanak lain.
Dulu aku tak sedar pun pentingnya budak - budak bergaul dengan rakan sebaya. Aku ingat dieorang leh belajar berkawan sendiri. Tak yah rangsang - rangsang. Bila jumpa budak tau lah nak bermain sama. Rupernya tak gitu. Kene biasakan dia berkawan. Pergaulan dengan rakan sebaya memainkan peranan besar dalam perkembangan kanak - kanak. Dieorang akan lebih banyak belajar dengan sesama dieorang.
Hmmmh, selepas pergi ke Speech Therapy lepas...banyak membuka mata aku. Memandang anak aku yang sulong kurang bercakap dan kebolehan bercakap agak terkebelakang berbanding kanak-kanak seusia dengannya, banyak yang aku kene buat untuk bantu anak aku. Masih tak terlambat untuk berusaha lagik. Sekarang ni dah nampak banyak perkembangan positif. Dan aku kene terus usahakan lagi...
Sekarang, dah jadi mama kepada dua orang kanak - kanak aktif sangat meletihkan. Ada masa sampai tak de masa untuk diri sendiri. Masa 24 jam yang Allah bagi tu padat. Macam tak cukup. Macam - macam usaha nak dieorang ni membesar dengan baik dan sihat dalam suasana yang baik dan sihat jugak.
Hari - hari aku end up sebagai suri rumah yang letih...
Beberapa permintaan ibubapa lain yang mintak tolong jagakan anak - anak mereka sepanjang mereka bekerja/belajar, aku tolak dengan baik sebab aku tak sanggup. Bukan sebab bayaran tapi letih dengan tanggungjawab. Biarlah mereka berusaha menjaga anak mereka sama ada berusaha hantar ke daycare ataupun hantar ke rumah orang lain ataupun bergilir jaga sesama sendiri.
Patutlah dalam doa yang kita selalu baca untuk ibubapa ada,
"...Ya Allah, peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka memelihara aku semenjak kecil..."
Dah jadik mak bapak baru tau, susah payahnya jadi mak bapak... memang besar jasa kedua ibubapa kita. Tak terbalas jasa dan kasih sayang mereka...
***Malam ni sure, kalau aku letak je kepala kat bantal ni.......ZZZZzzzzzzzz...
Ade satu lagik entry nak buat...tp da ngantuk, ...insya allah buat entry lagik ttg miggu ni.
3 comments:
yerlaa bkn senang kan nk menjalankan tanggungjawab sbg ibubapa. bkn hanya kena perhatikan tingkah laku mereka..ilmu rohani & jasmani pun kena berikan supaya anak2 jd anak yg berguna dunia & akhirat. Kalo x nayaja kena tny kat akhirat kelak kalo kita persiakan anugerah -Nya.psl tulaa syurga di bwh tapak kaki ibu.hang kena byk bermain dgn psikologi kanak2laa..ya
sebagai parents, kita nkkan yg terbaik yg mampu kita berikan...termasuklah didikan agamanya, ilmu duniawinya, makan pakainya...moga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan beriman pada Allah..
Farah:
betul...byk lg kene belajar peranting skills ni...
ami mahzar:
Insya Allah,Amin...
Post a Comment