
Hari ni tengok salmon macam murah sket. Jadi kubeli salmon. Maka, inilah makanan tengahariku hari ni. Aku bakar je la dalam microwave. Kejap je masaknya, tak lama...dalam 8 minit gitu aku setkan tadi. Voila, siap! Senang dan cepat.
Sungguhpun Salmon ni popular kat sini tapi ianya tak popular dalam rumah ni. Abang tak suka salmon. 50l3h jugak tak gemar ikan Salmon. E-m4n tak mengerti apa - apa, asal ku suap dia makan saje. Aku saje la penggemar salmon dalam rumah ni buat masa ni.
Kali pertama aku makan salmon,14 tahun dulu...Kopak poket abah aku masa tu. Tu je last...then start makan balik bila kat sini. Start belajar masak salmon pun kat sini...Kalau pergi restoran barat hatta kat M'sia sekali pun, aku dah takkan order Salmon kat restoran. Pada aku tak berbaloi harga dengan apa yang dimakan. Aku rela masak sendiri. Biarlah tanpa hiasan dipinggan.
Salmon ade banyak jenis...Antara yang terkenal, Sockeye Salmon, Pink Salmon, Chinook. Isi salmon ni ade 3 jenis warna juga bergantung pada species. Ada isi merah, pink dan putih. Antara tiga tu, salmon merah yang paling digemari ramai. Salmon putih tak ramai yang minat. Memang asalnya salmon isinya putih. Warna merah keorenan disebabkan kandungan carotenoids yang banyak didapati dari dietnya dengan memakan krill dan shellfish.
Selalunya salmon liar lebih merah isinya berbanding salmon ternak. Atas sebab ni, makanan untuk salmon yang diternak ditambah sejenis bahan yang dipanggil astaxanthin supaya daging salmon yang diternak juga berwarna merah keorenan. Kalau tak merah isinya, orang ramai tak beli...
Salmon ni kaya dengan asid lemak Omega 3(DHA dan EPA) yang bagus untuk kesihatan kardiovaskular, tekanan darah, mengekalkan paras kolestrol dalam badan, mengurangkan arthritis. Selain daripada tu, ianya juga bagus untuk otak. Terutamanya kanak - kanak yang nak membesar...agaknya sebab tu old legends claimed that eating fish would make you smarter. Some might say, fish is brain food. Ibu -ibu mengandung dan ibu susuan bagus pun makan ikan salmon ni.Tambah pulak tahap merkuri dalam dagingnya rendah. Jadi ianya selamat dimakan, Insya Allah...
--------------------------------------------------------------------------
Resipi Salmon Microwave...
Salmon. (2 keping kecil macam dalam gambar)
Garam
Lada sulah
Lada hitam
Serbuk kunyit.
Marjerin/Mentega
- Gaulkan Garam, Lada sulah,Lada hitam,Serbuk kunyit sampai rata pada isi ikan salmon tadi.
- Letakkan 2-3 ketulan kecil marjerin atau mentega atas ikan salmon yang telah digaul tadi.
- Masukkan dalam microwave dengan setting suhu yang paling tinggi selama 8-10 minit. (bergantung pada saiz ketebalan ikan, kuantiti ikan yang digunakan).
6 comments:
oo.. byk info psl salmon kiter dpt rini.. hehe
suke jenis2 ikan yg x hanyir.. sedap je bile mkn,.. tp kalau hanyir.. bau pun da xnak makan..hohoho
klux jumpa ikan salmon, gantikan jer ikan dlm resepi tu ngan ikan jepun ke, ikan tongkol ke.. boleh x?
Aku tak penah makan pun ikan salmon nie, tak tau pun harga dia mahal...aku rasa, aku tak kenal pun rupa ikan salmon nie...sedap ke ehhh...? aku nie dah la payah nak try makanan yang aku tak penah makan...
iu:
Mmg kalau ikan hanyir2 ni mmg tak lalu.
Salmon ni kalau buat goreng/bakar kurang bau minyaknya dan sedap (bleh perah limau atasnya kalau nak lebih sedap) berbanding buat masak yang berkuah mcm kari ke masak bersambal ke.
ami mahzar :
heheheee...sy tak pernah plak cuba ikan lain, kak ami mahzar** ... mungkin sesetengah ikan sesuai dan sesetengahnya tak sesuai. Kene trial n error dulu ni...hehehee
(**maaf sy tak tahu nama, jd sy panggil dengan nama akak yang terpapar)
zue:
Ho Ho...yang ni payah sket nak cakap sebab sedap tak sedap ni subjektif zue...macam aku, aku suka, lakiku tak suka. Kene try dulu baru tau suka ke tak suka...
syah..nmpk cantik ikan salmon ni kan isinya..aku rsnilaa ikan yg cantik siap ada garis2..isi ikan biasa mana cantik camni..
salmon ni mmg popular kat luar negara..aku pernah gak mkn..tp xpuaslaa psl..aku rs time mkn sushi..kan ada sushi letak ikan salmon. Aku mmg tau harga dia mmg mahal. Jarang nk jumpa kat psr2 biasa kat m'sia ni. Supermarket bsr adala kot.
Time ko bakar ni rs dia ada xcam ikan kembung bakar heheheh
ade isi ikan yang cantik...mcm pari, kurau, ikan yu pun cantik susunan dan alur isi ikan tu...
Lain farah,...lain ikan lain rasanya...heheheee...
Post a Comment