Minggu ni minggu kurang sihat serumah...
Mula dengan 50l3h, diikuti dengan abang, E-m4n, dan terakhir sekali aku...
Yang paling cepat baik sekali E-m4n...alhamdulillah. Agaknya sebab dia dapat kelebihan minum susu ibu. Sudah tentunya itupun dengan izin Allah juga. Untuk elakkan dehydrate, aku bagikan sikit Gastrolyte kat dia.
50l3h pun sudah ada selera nak makan walaupun masih lagi kurang. Pipinya pun susut. Makin kurus sejak sakit kelmarin.
Abang hanya terkene sikit. Alhamdulillah...tapi kerja - kerja di opisnya banyak terganggu sejak aku sakit...
Lembik, tak yah cerita. Aku mengalami dehydration tapi taklah teruk sampai kene masuk wad. Harini baru terasa sihat sikit...Alhamdulillah...cuma production susu memang susut. Mujur ade stok EBM untuk E-m4n.
Rasanya sekarang ni musim orang sakit... demam ...muntah - muntah, cirit birit kot kat sini...bukan kiteorang sekeluarga je kat sini yang kene keluarga lain pun sama.
Dengar berita pagi tadi, tentang isu kandungan florida dalam bekalan air bersih terlalu tinggi dari had selamat yang disyorkan iaitu 20 kali ganda dari kadar sepatutnya. Antara kesan yang ketara bila meminum air yang mengandungi kandungan florida yang tinggi, ialah demam, sakit kepala, cirit birit dan muntah- muntah...
Tapi berita ni di Queensland.
Adakah perkara yang sama juga berlaku di Western Australia ni?....Hmmmmm, musykil ni musykil ni...tapi tak mustahil juga kan....risaunyer...
Saturday, May 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jaga kesihatan, semoga sihat sembuh semuanya...
Payah kalu sumber air yg buat hal sebab semua benda kiter buat guna air. Baik nak mencuci ke, wat makan minum ke...semua nak pakai air.
tq...ha'a tul tu...
Post a Comment