Tak de byk benda nak update sebenarnya,...tapi adelah beberapa berita yang boleh dicoretkan...
Kisah 'Housemate' Baru Tapi Tak Lama...
Bebaru ni, apak (bersama 50l3h) ade membeli seekor red claw crayfish...(ala - ala udang galah rupernye tapi sepitnya macam udang kara) ... beharga 5AUD dari kedai haiwan yang tak jauh dari rumah kami...Memang seperti biasa, bebudak ni excited ler dapat haiwan peliharaan baru...Sampai je rumah, kelam kabut nak ready tempatkan udang tu dalam akuarium yang didiami ikan emas selama ini...
Malang sekali, tak sampai 24 jam umurnya bersama kami, dia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam itu juga. Kakinya banyak patah, sesungutnya hilang sebelah, dan yang sebelahnya sudah tinggal separuh sahaja. Kesian, makhluk Allah ni...kami tak tahu kenapa, sepatutnya ok...makanan cukup, air cantik...dah siapkan tempat dia nak sembunyik lagik...
Teringat pesan owner pet shop yang kami beli tu, red claw crayfish ni mudah distress. Bila jadi gitu dia mudah mati. Jenazah selamat diberi penghormatan terakhir oleh kedua kanak-kanak ni dengan pemberitahuan dengan cerita tentang kematian udang tersebut...bukan wat pe pun, tak de kenduri tahlil ke hapa...tengok jer la udang tu dah mati...supaya depa dua ni tak tercari2 mana udang ni pergi.
Satu lagi pelajaran dalam hidup dieorang, bahawa yang hidup pasti mati... Aku rasa dieorang ni paham bahawa mati ni, tido yang tak bangun - bangun, kaku dan tak bergerak - gerak lagi...Aku pasti 50l3h paham gitu. Si adik ni tak tau la ape yang die paham...
Tinggalah Dorothy(ikan emas ni namanya serupa dgn ikan emas kepunyaan Elmo) seorang diri lagik, tak de kawan...
Another news...
Kami sekeluarga akan pulang ke M'sia untuk berhari raya bersama keluarga di tanahair pada sabtu ini. Percutian kali ni, singkat dan padat..., ni kire apak tengah break away jap dari kerja2nya....Insya Allah kembalinya disini selepas raya, kesibukan melampau akan menanti beliau.
Sekarang ni, mama tengah bz nak kemas kemas...x habis lagik. Di kesempatan ini, daku ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin buat semua kengkawan blogger dan pembaca sekalian. Sekian, nak sambung balik kemas...
***ade beberapa gambar dah lama perap utk upload sini, tak sempat2 nak upload lagik...nanti nanti ler ... ade ms nak upload, insya allah akan ku usahakan ...
Thursday, September 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wah..ni kiranya 1st raya ko blk m'sia kan?ko raya dimana nanti...perak ka kl?mesti ko xsabo2 nk blk m'sia kan..smg perjalanan ko selamat yaa. eh udang tu mati ko xbuat msk ka heheheh
perkara yg paling best bila jadik perantau ialah BALIK KAMPUNGGGGG!!!!
***aderkhh...lenguh tgn den nie, sambil blogging, sambil pegang budak dagu tajam nie, hehe
aku dpt bayangkan kegembiraan korang sekeluarga nk blk berya kat mesia.. aku yg dok kl ni pn dh gembira skaan blk beraya kat kg. ni kan pulak korang yg mmg dh lama x blk.. aku doakan korang selamat dlm perjalanan blk mesia nnt.. AMIN....
faramie:
Ha'a...Family aku blk kmpg, jd insya allah raya kali ni kt kg belah husband. Udang tu, cenonet je...saiznye ade lah 5-7cm...Tq, farah...
zue: Ha'a, excited...sebut je balik m'sia, mcm plan 'jalan2 carik makan' ade...tp tu lah entahkan sempat entahkan tak...hehehee...sabo je laa...
Sue:
Gembiraaa tentunya gembiraaa...tp risau gak ni,...nak travel naik kapal terbang pepagi buta...risaukan bebudak2 ni yang lebih...
Semua :Bagi semua yang akan balik ke kampung aku nak ucapkan,
have a nice & safe journey balik kampung. Pandu cermat jiwa selamat. (harap org len yang pandu kete atas jln raya pun cermat2 lah sama...):)
Post a Comment