Antara laki dan perempuan, perempuan lagi banyak cakap dari lelaki. Malah ada ada kajian mengatakan perempuan bercakap sebanyak 20 000 patah perkataan setiap hari berbanding dengan lelaki yang hanya mengeluarkan 7 000 patah kata sahaja.
Er, maknanya secara purata kasarnya pompuan ni bercakap 3 kali ganda lebih banyak dari lelaki lah ek satu hari?
Kalau nak buat perbandingan dengan anak - anak aku dalam bab bercakap...Antara 50l3h dan adik E-m4n, E-m4n seawal 1 tahun dah bercakap. Tapi 50l3h mengambil masa 3 tahun untuk bercakap. Tak macam adiknya, becok. Mulut tak reti diam. pot pet pot pet...ada aje yang nak dikisahkan...Dulu, masa 50l3h 2 tahun, jenuh dah kami ni ajar die bercakap. sedikit pun dia tak mahu ikut. Malah masih mengamalkan bahasa tunjuk - tunjuk dan bahasa pelatnya sendiri.
Masuk tahun ketiga usianya, banyak perubahan. Dia mula bercakap. Banyak perkataan yang sudah jelas, walaupun pelatnya masih ada. Kamus perbendaharaan katanya mula berkembang. Dia belajar membina ayat, mengira, mengenal bentuk dan warna dan sebagainya...
Walaupun kemahiran bahasanya jauh ketinggalan dari kanak - kanak lain seusia dengannya, bagi mama & apak tu perkembangan yang amat sehat & positif kami harap - harapkan. Lama kami doa dan usaha merangsang untuk dia bercakap. Alhamdulillah, usaha ni akan diteruskan lagi, insya allah...
Ada satu kenangan yang tak dapat nak lupa,
Pernah satu hari, mama bergurau dengan apak kat ruang tamu...Mama pura - pura merajuk...
"Dah lah, kalau macam ni mama dah tak nak kawanlah dengan apak dah..."
Tetiba ada satu suara keluar dari bilik belakang,
"Kang tak de kawan nanti...!"
Tak sangka, rupa-rupanya ada orang memasang telinga dan memerhatikan gelagat kami...
Kami berdua pun menoleh,...eh, 50l3h rupernyer...Nampak kami nampak dia, dia pun tayang muka, tersengih - sengih...sambil menutup mulut dengan tangan, malu - malu...heheeee...
Alhamdulillah, anak bujangku sudah mahu membuka mulut, mengeluarkan emas yang ada. Hanya menunggu masa & benih - benih usaha untuk menyusun kata...
Thursday, November 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kelakar aaa soleh nie, sengih sampai telinga aku baca citer ko nie :D
***aku tgh membayangkan muka soleh masa dia cakap camtu, hehe
hhehhee.. soleh tu malu2 kucing.... cam apak dia dulu2 ker?????/. :D
Zue:heheheeee...lega budak ni dah mahu belajar cakap, zue...kalau tak susah hati gak...
sue: ha ha ha .. x tau lah plak, nanti kene tanya mertua kalo nak korek cerita...ha ha ha ... tanya apak, tak jawab punyaaaaa...
Post a Comment