Tuesday, November 17, 2009

Titik Hitam Yang Terpalit, Cukupkah Hanya Dengan Maaf???

Semalam rancangan TV kartun anak2 aku tak de...

Sian gak kat bebudak, blur je depan tv...tengok channel betul, tapi kenapa tak de rancangan kartun yang ditunggu-tunggu...???

Jadi nak sebagai nak kurangkan kekecewaan budak berdua(setelah di asak soalan bertubi-tubi mana rancangan yang depa nanti-nantikan), mamanya pun bukaklah cerita lain kat bilik tayangan...(mana lagik?, kat work station mamanya lah)...

Nak dibawa keluar, hujan pulak.
Sambil tengok cerita, hidangkan biskut kat budak-budak ni...Memang jadi rutin lepas sarapan, main kat luar...tak kire lah...pergi tengok bunga ke, main basikal depan rumah ke...ke tengok semut ke, tengok spider...tengok burung ke...hapa2 lah...

Sementara anak - anak tengah menonton rancangan mereka, mama pun mengambil kesempatan ler, brunch...breakfast + lunch sekali...depan TV.

Selalunya, masa makan memang mama ni suka menonton berita atau paperlah yang menjadi isu hangat kat sini...sekaligus merangkap reporter tak bertauliah pada apak apa yang tersiar kat TV. Apak tak de masa nak tengok TV...

Kevin Rudd Mintak maaf ...

Semalam Kevin Rudd (on behalf on the Australian Goverment) meminta maaf atas penyeksaan dan keperitan yang ditanggung beribu-ribu anak-anak yatim dan kanak- kanak yang dihantar ke Australia dari Britain, pada 1930 hingga 1970 dulu...

Kebanyakkan muda, ada tu mangsa culik, budak - budak tepi jalan, malah ada tu pihak polis yang bawak mereka ke situ atas alasan, mak bapak mereka dah tak mahukan mereka lagi(padahal mak bapak depa, tak tahu mana anak mereka, dah buat repot polis tapi polis kata tak jumpa...) ... tau tau kene bawak ke australia...
Paling muda yang aku pernah baca 4 tahun...mungkin ada yang lebih muda daripada tu...

Golongan ni dinamakan The Forgotten Australians.
Kesian, kalau baca kisah mereka. Sampai di bumi Australia, mereka ditempatkan di institutions, rumah anak yatim dan foster care...

Disini, kebanyakkannya dikerah menjadi buruh kasar. Dipaksa kerja untuk berjam - jam lamanya...makanan terhad. Hidup mereka teruk, ditekan dan ditindas dari segi fizikal, mental dan juga seksual. Tak kire lelaki mahupun perempuan. Penindas mereka terdiri daripada orang - orang yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka sendiri...penjaga pusat - pusat jagaan tu. Ada juga dirogol dan dibuli oleh budak - budak yang lebih tua dalam institusi tu sendiri...

Kesian, budak-budak tak de tempat mengadu dan terpaksa mengharungi dalam keadaan derita bertahun - tahun lamanya. Ramai juga yang mati tak cukup zat & akubat penderaan yang teruk...

Bahkan masa, Kevin Rudd bercerita tentang beberapa kisah individu terlibat, ramai aku tengok orang - orang tua kat situ meleleh air mata...agaknya mereka - mereka tulah survivors kisah hitam dasyat dalam hidup diorang...Aku rasa kalau boleh diorang nak lupuskan terus dari ingatan. Marah & dendam pada individu pendera terpahat kekal dalam ingatan...geram sedih, rasa jijik dengan apa yang terjadi...


Namun begitu, sejarah titik hitam dalam hidup mereka tidak dapat diubah atau dipadamkan dari ingatan, hanya dengan pernyataan maaf secara rasmi. Ramai lagi yang merasakan ianya tidak membawa apa - apa makna kerana sepatutnya institusi yang terlibatlah (seperti, church, orphanage, foster care) yang sepatutnya memohon maaf, bukannya dari Kevin Rudd.

{Kerajaan Australia telah menolak usul pemberian pampasan kepada individu - individu yang teraniaya. Tetapi,...Kerajaan Australia telah mengiktiraf sejarah ini untuk dijadikan sebahagian pengajaran (agar tidak berulang) dan juga masuk dalam sejarah pembentukan awal Australia. }

Sedih aku masa makan tu,...terbayang muka - muka anak - anak aku yang tengah suka tengok kartun kat belakang tu...
Wajah kanak - kanak, bersih yang tak mengerti apa - apa...

Dasyat kerajaan British dulu...
memisahkan kanak - kanak dari keluarga mereka serta nafikan hak & kerakyatan kanak - kanak tak bersalah tu...
Dera budak - budak...
Belum termasuk penculikan anak - anak pribumi Australia, untuk dibela oleh mat saleh kulit putih bagi tujuan penghapusan budaya, & puak pribumi Australia.

Manusia ni, selain jadi pelindung dan penjaga kepada manusia lain, manusia juga menjadi perosak dan pemusnah spesis sendiri.

p/s: Semoga dijauhkanlah perkara - perkara buruk seperti ini berlaku pada anak - anakku...
Dan kanak - kanak lain sama...

4 comments:

iu rf said...

camtu eh sejarahnya.. hmmm..
baru tahu....

3uri@ni said...

Sedih pada survivors tu semer sbb terpaksa hidup dgn trauma yg sebegitu rupa...tak dapat nak aku bayangkan...kalau ada pilihan, agaknya mereka lebih rela jadi orang amnesia...

mintak dijauhkan semua2 nie...

~Huang Yo Shi~ said...

iu:
kiterorag ni pun br tau gak, heheee

zue:
aku pun rasa gitu...
Ada yang dpt jejak balik family asal...ada tu, sampai mati pun x jumpa.

iu rf said...

teruk la diorg tuh..ishh.. geramm