Sunday, November 8, 2009

A Trip To Strawberry Farm @ Wanneroo


Semalam, sampai juga ke ladang strawberry kat sini...

Seperti selalu, sebelum bertolak semua rakyat jelata terutamanya yang kecik - kecik ni kene diisi perutnya ... Dalam 8:30 am kami semua bertolak dari rumah. Dalam 9:15 kami dah sampai ke destinasi yang dituju, di Wanneroo...

Sampai jer kat sana aktiviti mengutip strawberry pun bermula.
Semua merasa jadi buruh sendiri... kutip strawberry sendiri...Sungguhpun ladang tu seluas mata memandang tapi taklah besar sangat. Itupun tak larat nak jalan merantau jauh...Boleh dikatakan suasananya macam ala - alam farmville gitu cuma tanamannya strawberry...heheheeee...

Strawberry yang dimakan kat ladang free...tapi yang untuk diangkut bawak pulang, berbayar. Sekilo dalam AUD3. Murah sangat dah tuuu...dapat makan free lagik... Kami dah kenyang, jadi tak le nak makan sangat-sangat buah tu...seronok memetik je...Bagi peluang pulak pada kengkawan sarap strawberry kat ladang bagi yang tak sempat sarap kat rumah...heheeee

Ada yang mengangkut berkilo - kilo...Fuuuh...kami bawak balik 1.2 kilo je...itupun orang tu kire 3 dollar je...Kalau amik banyak - banyak pun nanti sapa nak makan...ni pun haku dah jenuh pikio nak buat apa dengan strawberry ni....hmmmmmmhh...


Aktiviti terakhir tengahari tu, kami berpiknik beramai - ramai kat tepi tasik kat Joondalup...Dah makan, masing-masing pun balik le kerumah dengan perut yang sarat dan buah strawberry masing - masing...

4 comments:

$ue @nim said...

syok nye dpt mkn stawberi segar dari ladang.. kasi mkn buah2an tempatan gak la..kang anak2 ko x leh nk ckp melayu.. hehehe

~Huang Yo Shi~ said...

Ha ha ha... lawak lah ko ni....Nak terer cakap melayu kene makan buah tempatan sana ye,...No worries ada buah2an tempatan M'sia sampai sini...tp tak fresh ler macam kat M'sia, byk dlm tin atau sejuk beku.

Dedua bahasa aku ajar kat budak2 ni...hopefully tak de masalah. :)

Unknown said...

ada bwk coklat skali x? leh cicah ngan strawberi...nyum nyum nyum :D

~Huang Yo Shi~ said...

Malangnye x bwk plak nana...hehehee, tapi x nafikan...mmg sedap!