Friday, April 23, 2010

Gastroenteritis a k a Tummy Bug...

Permulaan minggu ni memang mencabar...

Dua beradik ni demam panas serentak. Suhu panas badan sampai mencecah 40'c...
Adik demam dulu pada Isnin malam Selasanya, Kemudian abangnya pulak mula panas dan tak larat pada selasa petangnya.

Demam adik disertai dengan cirit -birit. Abangnya pulak, demamnya disertai dengan muntah - muntah. Mulut jugak sakit...pecah. (selalu dengar orang panggil mata ikan eh, betul ke???) Dedua tak lalu makan. Itupun mama terpaksa le 'kejam'kan hati ni paksa jamah...

Petang selasa, mama decide nak call apak. Mintak apak balik, sebab mama tak cukup tangan nak handle kedua-dua budak yang sakit ni. Jangankan kemas, hatta nak masak pun tak sempat. Tambah pulak suhu badan budak berdua ni agak tinggi & membimbangkan. Mama jadi full time nurse. Selasa malam rabu tu jugak, kami sekeluarga ke ER, Hospital Princess Margarette...

Ketika saat cemas macam ni, kereta pulak tak berasap. (rosak)...Dugaan,...Segan jugak nak mintak tulong orang malam - malam buta. Tapi kene tebalkan jugak segan tu,...Apak akhirnya minta tulong kawan seperngajiannya di Uni menghantar kami ke hospital malam tu jugak...

Kedua-duanya disyakki mengalami Gastroenteritis... Disini Gastroentritis ni jugak dikenali sebagai Tummny Bug...bunyi cam serangga je...kenapa namanya gitu tak tau plak...
Sekarang ni tgh musim budak - budak tak sihat dan mengalami simptom yang sama dan dikalangan kawan-kawannya ada yang kene. Mungkin berjangkit dari kawan masa bermain sama... Kedua-duanya tak larat bangun...terbaring dan merengek je. Dah mula nak dehydrate kot...

Pergi kehospital, tak de apepun yang dapat dibuat...just doktor suh monitor je...jika suhu badan depa tinggi sampai ke 40'c & budak masih tak larat bangun, bawak ke hospital semula cepat, depa akan masukkan air...Jadi kami balik dulu & kene makesure, budak - budak minum air...setakat ni selain air , kami disarankan guna ORS(Oral Rehydration Solution). Tujuannya mengelakkan dehydrate...Nama pasarnya  pulak, air garam. Air garam ni boleh dibeli kat farmasi berdekatan...so, ORS ni akan aku sentiasa stand by jugak dalam koleksi ubat kat rumah.




Kat rumah ni dah ade dua jenis ORS...satu Gastrolyte,...satu lagik Hydralyte...
Yang Gastrolyte tu, budak2 tak suka...rasanya tak brapa sedap kot...tapi Hydralyte tu ok le sket...ada yang dalam bentuk aiskrim M'sia yang batang tu...so kita tinggal bekukan & dan budak hisap je...budak-budak kan suka ais krim...jadi mudah kerja bila ada yang ni.

Payah jugak nak paksa depa minum...dengan keadaan yang sakit mulut tu. kesian tu ada, tapi kalau dok kesian je manjang, sampai dehydrate, aku rela jadi kejam sat dan paksa depa minum...janji, selamat!!


Setakat ni tak de ubat yang diberi kecuali Paracetamol dan untuk si abang, berselang dengan Ibuprofen . Tapi si adik aku stickkan je dengan paracetamol, sebab ibuprofen tak sesuai untuk kanak - kanak yang sedang mengalami cirit-birit...


Alhamdulillah kedua - duanya kini dah beransur pulih. Harini dah tak de demam...tapi selera makan still kurang lagik...Semalam si abang order roti telur kat mama...hari plak die teringin nak makan koeyteaw... si adik hanya lalu makan roti ngan madu je. Nak order2...tak reti lagik...Hai, macam - macam kerenah layan kanak - kanak yang tak sehat ni...

Apaperpun, bersyukur sangat ujian ni dah berlalu...wokeyh la... Masterchef nak g prepare 'order'...heheheee

No comments: