Saturday, April 24, 2010

Hasil Seni Kerastangan Pelukis Di Galeri Lukisan Kami...


Pada suatu hari yang agak tak panas sangat dan tak sejuk sangat...
Mama, selaku pihak menganjur telah mengadakan aktiviti melukis di galeri kami,lokasinya di ruang tamu rumah kami. 


Terapan seni kali ni tak menggunakan berus, tapi putik kapas...
 Hanya ada 2 warna je yang ada, merah dan biru...
Dengan mencampurkan kedua -dua warna tu,
dapat la warna ketiga, iaitu ungu. 
Ni antara benda baru yang dipelajari pelukis di galeri kami hari ini (masa aktiviti di buat)...

Owh,sebelum terlupa,
Meh kita berkenalan dengan salah seorang pelukis di galeria lukisan kami...
Pelukis dalam gambar ni, sangat cermat orangnye.
Dia tak suka comot.
Dulu, kalau tanganya comot sket, die menangis...die geli...
Makanan pun die tak nak pegang sebab tak nak comot. Kotor katanya...
Jadi pihak penganjur saja buat aktiviti ni supaya die belajar bercomot-comot...
Alhamdulillah, ada perubahan yang positif...
Kami ade lagi sorang pelukis, tapi masa ni die sedang nyenyak tido dibilik...;D

Seni Kerastangan Pertama:
Ni sebenarnya gambar air terjun. 
Kat air terjun ni ada beberapa ekor obor - obor 
& ikan (merah) yang sedang  mandi & jatuh bersama air terjun...
Di bawah air terjun tu penuh buih...Ha ha ha

Seni Kerastangan Kedua :
Ni adalah gambar seekor ketam ...
tapi disebut oleh pelukisnya, TEKAM... 
ha ha ha

Seni Kerastangan Ketiga:
Ni adalah gambar sebuah rumah yang sedang dilanda hujan batu & ribut kuat...
Benda yang terjuntai dari awan tu, adalah kilat yang sabung menyabung... 

Seni Kerastangan Keempat:
Ni adalah lukisan sebuah kereta yang parking di tepi taman bunga dan ladang epal. 
Tapi ladang epalnya hanya ada satu pokok sahaja...
Kat tepi tempat parking tu, ada seekor lipan berwarna ungu...
Lipan itu tersangat abstraknya, sampai mama sendiri ingatkan itu adalah pokok...LOL


Tak lama pastu, pelukis kami yang kedua itu muncul, kemudian dia pun mengambil bahagian melukis...
Ni antara lukisan yang dilukisnya...

Hasil Kerastangan pelukis kedua:
Ni adalah gambar ribut & hujan batu...
Ada dua ekor ulat bulu sedang bertempiaran lari mencari perlindungan...
ha ha ha ...
p/s: kaki ulat bulu itu, cantik sebab mendapat bantuan pihak penganjur(mama)...

Hasil Kerastangan kedua pelukis kedua:
Ni adalah gambar ular pelbagai jenis di merata rata tempat...
 
Ni gambar dimana semua lukisan - lukisan para pelukis ditempatkan
untuk dikeringkan...
Tak lama lepas tu, kedua - dua pelukis ingin berehat. Mereka nak minum susu...
Jadi, sekian saja aktiviti seni di galeri kami. 
Sehingga berjumpa lagi...
Ta Ta... Ti Ti.. Tu Tu... 

No comments: