Sunday, April 11, 2021

2 hari sebelum Ramadhan


1. Lega rumah dah bersih. Kain dah lipat masuk almari. Bakul-bakul baju dah kosong. Toilet dah bersih...Banyak dah suami & anak-anak dah tolong kemas. Tak cantik, tak pe. Janji bersih. Langsir lawa juga dah basuh. Masuk2 rumah, sejuk hati tengok langsir cantik.....Lantai bersih, kilat lit lit ....... Kalau tgh naik angin pun, tak lama. Golek golek atas lantai, panas pun cepat sejuk...😁😁😁 

2. Semalam sorang staf apak dah kembali ke rahmatullah... Teringat lagi masa dia setelkan urusan wiring & pasang socket & lampu rumah masa kami nak pindah masuk rumah ni....Kita ni dah la kelam kabut. Mana nak hantar draf poposal utk proposal defense. Mana nak mengemas lagi. Urus sekolah anak. Nak setel inspection rumah lagi. Ada 2-3 minggu nk setel rumah sebelum sekolah buka...... nasib baik, ada dia. ( kalau orang lain buat kerja, bersepah....lepas tu, tinggal gitu je )Teliti. Kemas kerjanya. Dia kerat dinding, kemas. Kerja - kerja simen semula (sebab tanam wayar & talian internet) & cat semula lepas tu, juga sangat kemas. Suggestions kat mana nak tambah soket & lampu tu memang sangat sangat membantu. Terasa nilai yang kita bayar tu, berbaloi dengan khidmat yang diberi. So selagi kami pakai semua ni, mudah mudahan dia juga dapat pahalanya kat sana.........

Setiap amalan yang baik, sebesar kuman pun akan dapat balasan. Sama ada cepat atau lambat. Ada orang dapat di dunia sahaja, ada yang dapat di akhirat sahaja. Ada yang dapat di dunia dan akhirat, insyaAllah....      


No comments: