Thursday, April 8, 2021

Something warm & comforting

Minggu ni?

1. Isnin. Sambil tinggalkan anak melipat dan melabel baju, mamanya g fakulti join event, yang dia sendiri tahu yang dia datang untuk makan je. Dulu ade juga la kawan nk datang sama-sama event fakulti. Tapi sekarang ramai dah habis study atau tengah bekerja. So I just wing it! Nasib la....pepandai la cari meja yg ada tempat kosong, menyelit! Tak de pingat, x de anugerah apa apa pun dimenangi. Tengok orang menang je. 

2. Lama tak jejak kaki kat fakulti. Masa tengah lari-lari atas rumput fakulti baru perasan........ni, rumput yang mama suka laaa - rumput gajah! rasa nak golek golek hindustan je atas rumput tu......suka sangat, nanti boleh la nk jalan kaki ayam atas rumput ni... kot tak de idea ke apa, boleh la mama buang tebiat nanti, heheheheheee.........

3. Selasa. Kes Covid naik lagi. Lepas pkpd kt Taman Guru,...Kat pekan naik kes cluster Deftech plak. Boleh pulak asalnya kes nya tu didiam-diamkan plak tu..........sampai meningkat dan meningkat. Lepas hantar adik ke asrama. Habis kawasan berdekatan situ dikawal. Sekolah harian di sekitar pun dah dapat arahan ditutup. Sekolah asrama je, baru buka, start orientasi 14 hari. Cemana lah bebudak ni eh... jangan la ada wabak dalam tu sudah. Kemasukan kalini banyak kawasan Pekan & Kuantan sahaja. Mama doakan tak de la kes. Pandai pandai la awak survive ye....Kalini tinggal anak, & barang2 gitu je. Angkut la barang2 & daftar la sendiri, nak. Mama & apak tak boleh turun kereta, kene terus balik lepas hantar barang..... Sebab tak nak nangis, mama tido dalam kereta sambil tunggu pendaftaran pelajar selesai. Hahahhahaa...nasib baik la mata nak tido. Kurang drama air mata. Malam sebelum tu dah meleleh dah...cukup la.

3. Rabu? I only managed to write half a page je. Khamis? Entah. Ada peers discussion harini. Hopefully, discussion harini boleh push progress........ 

p/s: terpikir nak carik something yang warm & comforting la... boleh?

Sedapnyeee..... (minus the wine from the recepi)



No comments: