Wednesday, September 15, 2021

Semoga dimudahkan semuanya....



Sekolah dah nak buka... Exam dah nak dekat. Antara part yang best duduk rumah, sebab mama masak la kan?....Ni sambil menaip ni, tengah pikir nak masak apa la dgn ikan sembilang yang baru beli. Boleh la buat asam pedas ke masak gulai ke... Tapi tengok la jugak...kalau rajin, mood tak ke laut dalam, ade lah 😋

Hasil tindakan muka tembok memohon vaksin haritu, kita akan dikira fully vaccinated pada 20 sept, insyaAllah. Dah lengkap vaksin, boleh la masuk kampus....Most likely kita plan nk stay kat bilik kecik ftkee, buat kerja kat situ je. Terpencil. Tak jumpa sapa - sapa. Tak kacau sapa - sapa. Tak de keperluan masuk fakulti, kita tak masuk la. Kalau nak meeting dengan sv, online pun boleh je dr situ.....kurang risiko. Perlu ke ke uni? Pada ku perlu, utk progress ke depan.........sebab bila jauh dr dapur, tak nampak semak2 depan mata, senang fokus.... 

Ramai orang dah hip hip horray, seronok boleh makan kt kedai, bebas sana sini....Kita tak. Kita ada anak nak exam. Seboleh - bolehnya kita nak maintain selamat. Nanti 27 sept, semester baru akan start. Semalam selesai upload paper di lubuk repository universiti.....Next, insyaAllah, ada dua lagi on da way...

Kerja - kerja phd ni byk lagi,...
Semoga dimudahkanlah semuanya.....Amin.

No comments: