Sejak covid melanda, nak tak nak aku terpaksa aktif buka akaun online. Selama ni, aku macam orang tua, kan....Masa awal2 jd student lagi la,...langsung takde akaun bank online. Kalau malas g atm, buat transaksi, tak la gedik nak beli barang kan? So duit aku selamat dalam bank....Kalau ada apa kene yang bayar online, laki aku la bayarkan atau bayarkan dulu. Then aku bayar balik kt dia. Lebih kurang tiga tahun ++ lepas ...aku dah start ada online banking... buat transaksi sbb nk kekalkan akaun hidup je. Kalau tak, akaun jd dorman....
Tapi sejak ada bank online ni, duk umah pun boleh shopping. Masa kuarantin, online banking jadi keperluan. Yang asalnya tak mo rajin pun boleh terajin pulak shopping. Ni pun masih belajar kontrol diri supaya tak hanyut membeli....Kang stress je beli..Stress lagi, beli lagi... takut ketagih pulak. Tapi kalau untuk urusan spesel aku tak berkira. Hujung ogos lepas, lepas mak aku selosai amik vaksin, aku order baju kelawar batik dari kawan aku (tauke baju), minta dia hantar straight kt rumah. Dapat baju baru, baik sakit urat dia....Tak pasti ni side effect vaksin ke sebab dapat baju baru ke 😅😉...Adik aku pulak tumbang 2 hari, demam amik sinovac. Adik ipar aku demam amik Pfizer. Mak aku pulak duk risau kot aku pun tumbang sama........Alhamdulillah,...aku jadi kuat tido je. Pantang membaca atau menulis. Terus ngantuk....
Semalam, birthday mak aku. Aku & laki aku order ayamas hantar kat rumah.... Order online. Ucapan besday dengan ayam ke pintu......Adik aku belanja lamb steak....Mak aku kata, kalau dia perap tak sedap. Tak macam aku perap. Ha iyo lah tu....Aku cakap, ni sebab tak nak share kambing tu dengan aku kan sebab tu lah dia cakap cam tu.......😆😆😆😆😉. Ke sebab nak aku balik? 😅 Kalau la boleh travel 'online', aku dah travel dah ni.....
Kalau aku balik, selalu aku akan masak. Mak aku kata dia dah boring dengan masakan dia. Dia nak aku pulak masak utk dia. So, kalau aku rajin aku offer la diri. Kalau aku malas, nanti dia suruh aku g dapur, dia bgtahu apa dia teringin nak makan. Tapi dia tak nak masak. Dia nak aku yang masakkan. Either way, aku jugak la yang kene masak😂... Tahun lepas, masa laki aku ada kerja kt KL, aku sempat la balik rumah. Tahun ni, tak balik. Ayam panggang je la pengganti diri.... 😇

Masa call, aku sempat share pembelian eksotik aku dengan mak aku... Haaa, ni plak untuk aku. First time nk try...
"Eiii, boleh makan ke tu? Sedap ke?"
"Hahahahaaa ....Belum try, belum tahu..." 😆😆😆
Laki aku plak dah telan air liur dah tu. Seram nak try katanya....hahaha 😅
Laki aku plak dah telan air liur dah tu. Seram nak try katanya....hahaha 😅

No comments:
Post a Comment