Aidilfitri 2022, raya paling terkejut tahun ni...satu apa pun tak ready! Enjoy sajalah semua seadanya.
Lepas pengumuman raya, sempat whatsapp group family risik khabaran raya. Malaysia raya mengejut, pada hari Isnin. Spore maintain Selasa (Kecoh juga kat sana). Indonesia, Brunei dan Thailand, Isnin. Aussie, US & Arab Saudi pun Isnin (yang ni tak terkejut la sebab dieorang memang dah puasa dulu dr Malaysia)... Anak bulan nampak awal tahun ni. Dan memang ramai orang dah tak tahan nak raya. Kami yang biasa-biasa pun, nak kata tak raya, rayalah jugak. Berjumpa jugaklah sanak - saudara.....walaupun dalam masa yang sama kita harapla tak kene Covid. Susah jugak nak elak...
Gedebak gedebuk gedebak gedebuk...
Akhirnya, sampailah masa semua kene kembali ke sekolah semula. Barulah terhegeh - hegeh nak gosok baju, kumpul buku, beli barang, lipat baju etc... kan? Lepas sorang demi sorang balik asrama, tinggallah berdua. Rumah? masih maintain bersih. Nasib baik dah kemas aritu. Isnin, apak dah start kerja. Mama pun start balik gali semula kerja-kerja yang mama ketepikan aritu. Mood raya dah habis.
Kubukak balik laptop.
Bukak balik model.
Bukak balik paper lepas.
Bukak balik paper lepas.
Bukak balik emel.
Bukak balik mata beso-beso...
Berlambak-lambak keje...
Berlambak-lambak keje...
Tapi ada hati nak layan Metallica jap...
No comments:
Post a Comment