Monday, October 5, 2009

Kad Raya Dari Kangar


Kad raya ni dah lama sampai...tak sempat tayang jer...Hari ni anak - anak tido awal...maka sempatlah nak hias blog ni dengan cerita dan gambar serta kad raya spesel ni.
Heheee....Terima kasih banyak2, Zue.

Spring Fever @ Araluen...


2 Hari lepas kami sampai Perth, kami pergi berjalan jauh dari rumah kami yang sangat semak dengan beg - beg baju dan barang - barang kami yang lain yang tak sempat berkemas lagik pada masa itu ke tempat yang lebih tenang dan damai iaitu taman bunga di Araluen. Masa tu memang letih, tapi nak berehat minda jap dari kesesakan dan keselrekan rumah. Budak - budak ni pun suka...berlari ke sana kemari setelah aah brapa hari terperap kat rumah. Kiteorang decided nak pergi weekdays. Tak nak datang weekend, ramai orang.

Subhanallah, memang cantik bunga - bunga kat sini. Kebanyakkannya tulip. Menurut senior lepas - lepas...taman bunga ni lebih cantik pada tahun - tahun lepas berbanding tahun ni sebab pihak pengurusan taman ni kekurangan dana. Awal tahun ini, depa ada buka sapa sukarela yang nak tulong tanam bunga.

Bayaran masuk ke taman ni, teramatlah murah iaitu AUD4 seorang dewasa, AUD2 untuk kanak - kanak. Baby macam E-m4n free. Sebab murah sangat kot, sebab tu depa tak dapat nak tampung ongkos taman bunga ni di zaman barang serba naik ni...

Dulu ada ura - ura yang taman ni akan ditutup. Aku harap tak lah, sebab taman ni cantik. Sayang. Harap depa dapat kekalkan keindahan dan giatkan publisiti serta menjadikan tarikan tersebut sebagai usaha tarik lagik orang ramai datang sini lagi...

k lah...sekian update kali ni.

~Raya dan Kampung ~


Seperti yang pernah diberitahu pada entry sebelum ni, kami beraya kat lenggong tahun ni. Masa kat lenggong, budak budak ni kemain lagik suka main api...termasuk bunga api... Kebetulan plak entah kenapa entah kat kampung lenggong ni selalu plak black out setiap malam sejak nak raya dan malam raya. Jadi setiap malam budak2 ni main api...baru tau api bukan untuk memasak je...main pun boleh...tapi kene berhati - hati, kecik - kecik jadi kawan...Yang besar boleh jadi lawan...

Suamiku panggil kuih ni Limas...Aku nampak macam tepung pelita...menurutnya Limas ni lain dari tepung pelita...hmmmmm, sejak kawen dengan dia dah jadik kompius aku...korang tak yah le tanya aku...aku tak tahu...yang aku tau makan je...
sodap! Nyum nyum...heheheee

Lemang ni juadah wajib raya famili belah husband aku, ... walau hujan lebat tak patah semangat ...Hidup Lemang!...sorak je...aku bukan peminat lemang, tapi aku isteri kepada peminat lemang....

Yang ni memang favourite den...masak lomak cili api...perrrrhhh ngancam! Resipi?...Bahan semua ada dalam gambar tu...bawang putih jer tak nampak sebab terlindung bawah serai. Dah tumbuk semua masukkan dalam belanga/periuk + santan cair. Naikkan atas api. Dah nampak mula mendidih, masukkan telur satu persatu. Bior kan jap dalam 6-8 minit dengan api yang sederhana. Bila rasa cam dah nak masak telur2 tu, masukkan santan pekat. Biarkan jap pastu masukkan daun kunyit yang dah diracik halus. Garam Asam Gula semua korang pepandailah adjust secukup rasa wokeyh...ikut ler selera masing- masing.

Gambar atas tu ikut urutan...


Gambar yang terakhir ni gambar dua beradik kat kampung, Pokok Sena. Raya ke 4 kami merantau jauh nuun ke utara, kampung aku belah abah aku...Bawak bebudak ni ziarah moyangnya di Kedah. Kali ni tak sempat nak beraya ke kampung aku belah selatan Melaka & Singapura. Hmmmh, insya Allah pas ni kene susun plan ziarah moyang belah selatan plak...

Raya kali ni kami sambut serba sederhana. Pakaian budak-budak pun tak worth beli mahal2...buat naik ruam je. Last2 baju kapas yang berlubang-lubang tu jugak yang disarungnya. Haaa...baju tu banyak...banyak jadi baju raya dan koleksi musim panas kat Perth nanti...

2 hari terakhir kami di M'sia. Handphone kami pulak hilang. Entah kemana perginya. Sim card kami dah berjaya block. Habis no contact hilang. Sib baik jugalah ade buat bekap kat kompiter...kalau tak jenuh!

Saturday, October 3, 2009

From M'sia With Love...

Tema Raya 2009 : Kuning Air.
Semua baju baru, mama je yang recycle baju raya...

Alhamdulillah...kami dah selamat berempat di Perth pagi Selasa 29 hb Sept lepas...

Bersyukur juga perjalanan balik ke sini tak seteruk perjalanan balik ke M'sia. Budak2 semua tido...Sebab semua tido, jadi tak delah yang mabuk udara ....Walaupun tak lah selesa, tapi itupun dah kire ok...,mama dan apaknya bolehlah berehat. Tido sekejap2 je...tak lah seselesa macam tido kat katil.

Hasilnya pagi sampai di Perth tu semua anak beranak tidooo...sepanjang hari. Letih! heheheeeee....

Perjalanan balik M'sia tempoh hari, 50l3h mabuk teruk.
Itupun, sebelum naik kapal terbang dah bagi makan sesiap kenyang2 dua2 beradik tu...supaya perut tak masuk angin. Seawal jam 4:30 pagi dah bertolak dari rumah ke airport...sampai sana sementara apak beratur mama suap2 anak2 makan nasik goreng.

Satu jam terakhir sebelum sampai M'sia, 50l3h dah menunjukkan tanda2 mabuknya...berbeg2 juga 'hasilnya'. Agaknya dah sampai masa makan tengah hari, perutnya yang kosong tu dah masuk angin. Tak tahan. Tapi kali ni tak seteruk masa pertama kali kami balik M'sia tahun lepas. Yang tu, sampai lembik 50l3h nii...

Adik tak de masalah. Enjoy aje dia...

Sampai M'sia ...mmg sah ler, balik umah aku dulu...Tapi raya belah Lenggong dulu...then baru lah berjalan beraya merata ... percutian raya kali ni singkat dan padat. Rumah sanak saudara tak habis round. Terasa cam 2 minggu tak cukup.

Balik M'sia sudah tentunya makannyer macam - macam...Ni berat aku dah naik berkilo - kilo...pas ni kene berjuang buang balik lemak - lemak ni...

Er, nak buang mana ek???

----------------

p/s: RFC yang aku teringin sgt nak rasa, tak sempat rasa...tapi KFC berkali2 rasa...tak per lah, mungkin rezeki merasa RFC di waktu yang lain.

Thursday, September 10, 2009

Coretan Ramadhan - Bhgn 5

Tak de byk benda nak update sebenarnya,...tapi adelah beberapa berita yang boleh dicoretkan...

Kisah 'Housemate' Baru Tapi Tak Lama...

Bebaru ni, apak (bersama 50l3h) ade membeli seekor red claw crayfish...(ala - ala udang galah rupernye tapi sepitnya macam udang kara) ... beharga 5AUD dari kedai haiwan yang tak jauh dari rumah kami...Memang seperti biasa, bebudak ni excited ler dapat haiwan peliharaan baru...Sampai je rumah, kelam kabut nak ready tempatkan udang tu dalam akuarium yang didiami ikan emas selama ini...

Malang sekali, tak sampai 24 jam umurnya bersama kami, dia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam itu juga. Kakinya banyak patah, sesungutnya hilang sebelah, dan yang sebelahnya sudah tinggal separuh sahaja. Kesian, makhluk Allah ni...kami tak tahu kenapa, sepatutnya ok...makanan cukup, air cantik...dah siapkan tempat dia nak sembunyik lagik...

Teringat pesan owner pet shop yang kami beli tu, red claw crayfish ni mudah distress. Bila jadi gitu dia mudah mati. Jenazah selamat diberi penghormatan terakhir oleh kedua kanak-kanak ni dengan pemberitahuan dengan cerita tentang kematian udang tersebut...bukan wat pe pun, tak de kenduri tahlil ke hapa...tengok jer la udang tu dah mati...supaya depa dua ni tak tercari2 mana udang ni pergi.

Satu lagi pelajaran dalam hidup dieorang, bahawa yang hidup pasti mati... Aku rasa dieorang ni paham bahawa mati ni, tido yang tak bangun - bangun, kaku dan tak bergerak - gerak lagi...Aku pasti 50l3h paham gitu. Si adik ni tak tau la ape yang die paham...

Tinggalah Dorothy(ikan emas ni namanya serupa dgn ikan emas kepunyaan Elmo) seorang diri lagik, tak de kawan...

Another news...

Kami sekeluarga akan pulang ke M'sia untuk berhari raya bersama keluarga di tanahair pada sabtu ini. Percutian kali ni, singkat dan padat..., ni kire apak tengah break away jap dari kerja2nya....Insya Allah kembalinya disini selepas raya, kesibukan melampau akan menanti beliau.

Sekarang ni, mama tengah bz nak kemas kemas...x habis lagik. Di kesempatan ini, daku ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin buat semua kengkawan blogger dan pembaca sekalian. Sekian, nak sambung balik kemas...


***ade beberapa gambar dah lama perap utk upload sini, tak sempat2 nak upload lagik...nanti nanti ler ... ade ms nak upload, insya allah akan ku usahakan ...

Saturday, September 5, 2009

Coretan Ramadhan - Bhgn 4

Akhirnya tibalah coretan yang keempat di bulan ni...

Topik kali ni ...House Inspection. Selasa lepas, memang hari rumah kami paling kemas laa...itupun payah nak kekalkan woooo...maklumlah ade anak kecik ni, rumah memang payah nak kemas...kalau sepah tapi nampak kemas tu dah cukup baiklah...

Kat sini memang menjadi rutin manager housing agent cek rumah. Dia datang nak cek kondisi rumah, ok ke tak... masih boleh didiami ke ... sebarang kerosakan dia expect kita bagitau. Nanti depa akan hantar orang baiki. Yang penting semua mesti bersih dan kemas.

Kat sini setiap 6 bulan, kadar sewa akan dinilai semula. Ada yang sewanya akan dinaikkan setiap 6 bulan,...ada yang setahun sekali malah ada yang beruntung tak naik - naik terutamanya yang deal terus dengan tuan rumah dan tuan rumah tu tak bother nak naikkan sewa. Dengan agent lama dulu, depa tak naikkan banyak...egent baru ni, adelah buat kiterorang ni rasa tercekik... huhuhuuuu...

Satu lagik part yang kureng bestnya ...bila agent yang datang ni, tengok rumah semua ok, depa pun nak naikkan sewa. Pihak Uni tak de apa pun...tapi depa yang lelebih nak naik, supaya dapat kaut banyak duit. Tak patut sungguh aku rasa. Kalau rumah sewa untuk bukan pelajar lainlah cerita. Ni untuk pelajar universiti...bukan pekerja professional yang gajinya setaraf dengan orang kat sini.

[Sesape nak datang sini, kerja sini mai laa...gaji besau, hujung minggu lak memang orang tak usik kerja..(bergantunglah jugak profession ape ye, kalau dokter taklah...) Kalau kat M'sia - underpaid - beban kerja tak sepadan gaji pun ada aku rasa, harga barang makin naik, gaji duk paras tu...huhuuu...]

Kat sini urusan sewa menyewa selalunya berkontrak. Ade 2 jenis kontrak 1 yang jenis bertempoh satu yang berkala...yang bertempoh paling pendek selalunya 6 bulan. Selalunya 1 tahun. Yang berkala, selalunya untuk tempoh masa yang pendek dan situasi yang tak pasti jangkamasanya. Terpulanglah macamana dealnya. Apapehal pun tempoh jangkamasa notis keluar dari rumah sewa, adalah 3 minggu sama ada kita yang bagi notis nak keluar atau kene halau keluar...heheheee...

Bab halau menghalau ni kan...kat sini tak macam kat M'sia...prosidur nak halau penyewa bukan senang mengikut undang - undang. Selagi penyewa ada dalam rumah sewa, tuan rumah tak boleh sesuka hati nak masuk rumah tu dan halau walaupun dah bagi notis suruh keluar...

Pernah terjadi kat sini...penyewa rumah yang liat nak bayar sewa dan dah berpuluh notis keluar rumah dihantar tapi penyewa degil tak mahu keluar. Akhirnya, tuan rumah terpaksa hire spy mengintip penyewa rumahnya...tunggu bila dia(penyewa tersebut) keluar rumah. Sampai masa penyewa itu keluar rumah tersebut...tuan rumah itupun cepat-cepat masuk rumah tu dan menukar semua kunci rumah tersebut. Maka, tak dapat masuk dan balik ke rumahlah penyewa yang degil itu...[ha ha ha, padan muka...] Dengan itu penyewa tersebut boleh dah dihalau keluar sebab dia dah tak de dalam rumah tu... Terus HOMELESS orang tu...

Apa yang terjadi seterusnya aku tak tahu...aku tahu sampai situ ajer...

Kalau nak pindah rumah,...agent baru akan call agent lama tanya tentang bakal penyewa yang nak masuk ke rumah sewa...so ajen lama akan bagi testimoni la ok ke tak sumer penyewa ni, bond rumah lama dapat penuh ke tak (kalau dapat penuh, bagus...kalau sikit2 je kene potong...x pe lagik)...tapi kalau tak ok testimoninya, siap lah kooo tak de sape nak bagi umah untuk disewakan...gitulah keadaan kat sini...Sebagai orang luar, kita bawak imej negara dan agama kita sekali...kalau buruk, habislah kene kat orang lain sama 'kotornya' itu...

Selalu kita persoalkan 'ada apa dengan nama?'...kat sini, ada banyak benda berkaitan dengan nama baik dan integriti kita yang kita patut jaga. Tak molah bila orang bukan islam tengok kita, nama je islam tapi perangai tak islam pun...

Wednesday, September 2, 2009

Coretan Ramadhan - Bhgn 3 - Diserang Virus!!!

Bebaru ni, komputer ku kene serang dengan virus. Ni pun baru, pas reformat balik...dah ade tembok api Comodo, ni diharapkan semuanya dapat bertahan lah hendaknya....

Kene serang dengan virus ni bukan takat komputer je kene...kami pun...Sejak isnin kelmarin, aku dan anak-anak dilanda selsema...paling teruk skalik 50l3h...semalam sampai tak leh nak bernafas dan nafasnya pendek pendek. E-m4n masih terkawal. Yang palig gagah perkasa buat masa ni, abang. Abang masih kebal lagik saat ni dan banyak membantu jaga anak - anak dan 'entertain' depa...

Semalam, pas isya' masa nak tido...dalam pukul 7-7:30 mlm smlm 50l3h dah ade batuk - batuk (yang tak lepas) beserta tanda - tanda payah nak bernafas bernafas. Cepat - cepat aku g bawak die ke bilik air dan bukak shower air panas kasik berwap satu bilik air tu...Alhamdulillah lega. Aku ingatkan nak mandikan, tapi mengenangkan sejuk, aku tak jadi teruskan niat tu. Semalam kalau tak ok jugak, memang kami ke hospital lah jawabnye...

Lepas nampak die dah lega...aku bagi 1ml Ventolin plus paracetamol dan ubat batuk berkahak...pastu baru die boleh baring dan lena. Aku jugak tengah berjaga - jaga dengan simptom wabak H1n1. Alhamdulillah setakat ni, nampaknya macam selsema biasa. Tak de disertai dengan demam ke hapa. Setakat ni, ni selsema yang paling teruk melanda keluarga kami tahun ni. Tahun lepas lagik teruk dari ni, tapi papepun aku akan alert jugak sebagai langkah berjaga - jaga...

Jika masa kat M'sia, tak de masalah dengan isu kelembapan dalam rumah. Negara kita beriklim khatulistiwa, lembap dan panas sepanjang tahun. Lain dengan sini. Musim sejuk atau musim panas, boleh katakan hampir setiap rumah berdepan dengan masalah kekeringan. Bila musim panas, udara kat sini panas dan kering. Bila musim sejuk, udaranya sejuk dan kering. Jadi, masalah hidung berdarah, sakit tekak dan selsema mudah berlaku bila udara kering sangat.

Semalam, kami berkira kira sama ada nak beli Humidifier ke atau Vaporizer...Akhirnya kami decide nak beli vapourizer sebab kami dah ade kipas air untuk musim panas...itu dah cukup untuk melembapkan udara dalam rumah bila musim panas.

Hopefully malam ni, semua lena dan boleh bernafas dengan selesa tanpa gangguan...

Sekian...nanti ade lagik kot part 4. Ha ha ha ... tak dan nak post sekarang...

Gambar akan diupload kemudian.