Tuesday, April 7, 2020

Women in love ^_^


Layan kejap ea...
I m hooked πŸ’˜



Monday, April 6, 2020

MCO & Social Media - part 2

Tengah tengah keadaan 'darurat-separa darurat' gini, Internet mmg sangat penting.
Kelmarin, sempat berchat dalam wassap dengan teman rapat lama ms kt oz, sedang terkandas di India. Teruk juga kat sana. Tengah lockdown. Dengan makanan susah dapat. Risau keselamatan diri lagi. Paham paham je la di India. Dengan ketegangan kaum, dan rusuhan agama lagi. Penerbangan keluar tak dibenarkan sebab perihal Covid19 lagi. Tu yang cakap kat dia, nak tunggu lagi ke?...Better contact kedutaan Msia, minta tolong. Sebelum keadaan bertambah teruk.
Alhamdulillah, harini setelah sekian lama tak berupdate, happy dapat baca update kt FB yang dieorang dah selamat arrange rescue flight pulang ke tanahair...Dalam flight cabaran lain plak menanti. Sampai tanahair kene kuarantin 14 hari. Semoga semua selamat lah hendaknya...Safer here, than there.

Sekarang other part of the world teruk juga.
Aku sempat la merisik khabar dari kutub utara sampai la kutub selatan...reach famili, kawan kawan, other contacts...Memang Covid 19 merata kat muka bumi. Baca berita macam macam...(Tengah sibuk sibuk, sempat lagi baca berita eh...)
Eropah :
Kat Belanda gov bergaduh gaduh nak suruh rakyat dia duduk kurung diri dalam rumah...tp rakyatnya ramai degil degil katanya...Ada yang kata, government kene tegas lagi, siap ada cadangan kene buat mcm korea selatan kot (maksudnya apa? tembak ke?) No wonder, bilangan kes baru dan kematian meningkat. Itali, Spain, France, Germany, kes terus naik,... Hospital penuh, staff overworked, ventilator tak cukup,...ramai tenat. Ubat sedatif untuk bagi mangsa mati perlahan-lahan habis. Ada yang mati terbiar je kat tepi...

US:
Kt US pulak, ramai juga yang mati. Sampai angkat guna forklift... Yang hidup lagi, rata rata tengah bengang dgn Trump...Federal gov tak buat apa apa,...Pandai pandai state gov la nak handle...Oh, yes, somebody has to take the blame...Oh yeah, salahkan datuk bandar. Yang lagi hairan...ada foresight yang bagus, ada technology yang bagus, expertise yang ramai, tapi tak nak guna???... camno x bengang! 2 minggu lepas, somewhere di US, seorang driver bas upload rakaman tak puas hatinya terhadap seorang penumpang bas yang batuk teruk tak tutup mulut. Turned out, that driver tu pun akhirnya mati sbb covid 19 baru baru ni...

UK:
My old kampung ni, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat lidah belajar cakap BI kan...Missing Sheffield a lot. Sekarang, mesti tgh musim spring yang cantik. Tupai tupai kelabu tengah berkeliaran lari pagar dan pokok... Daffodil berkembang. Roses and Carnations are blossoming here and there... Eh lajak tang lain plak, ok balik semula pada cerita covid, At the age of 55, Perdana Menteri UK sendiri pun ada Covid...sempat meeting online dengan mask oksigen kt hidung. Susah hati gamaknya. Kadar kemiskinan naik. Unemployment rate naik, sebab semua kene berkurung dalam rumah. Tak boleh kerja. Gov bagi bantuan, tapi golongan muda lebih dahagakan entertaiment dari takut kene covid. Hmmmmmmm... Kang mabuk mabuk, havoc lagi satu UK.

OZ:
Ni paling dekat dengan hati. Kat Oz, security border semakin ketat...winter is coming...flu season is coming too, dengan corona lagi sedang melanda...Unemployment rate naik, sebab semua kene berkurung dalam rumah. Tak boleh kerja. Healthcare workforce & food shortage. Toilet tissue habis. Panic buyings lg. Pihak insurance menjangkakan banyak cash out. Oz gov bantuan melalui centrelink, corona merebak pulak kat centrelink...the gov kene cari cara bg bantuan pada rakyat.

S'pore :
Ni paling dekat sekali dengan hati...My southern family belah ni paling ramah & kecoh sekali... Duduk ceruk dunia mana pun, semua connected. Ada covid ke tak de covid ke, mmg tak cukup mulut nak berborak πŸ˜†... Masing masing ada laporan keadaan negara masing-masing. (p/s: ye, my family are not all msian...some have different nationality). MCO baru start kt Spore, sampai 5 May. Their version of MCO is called Circuit Breaker.....kalau degil degil boleh kene denda 10k Spore Dollars (approx RM30k).......Setakat ni semua kene duduk dalam pigeon hole (flat) masing-masing 'diam diam', bak kata sepupuku...πŸ˜‰. (Dulu one of the reason apply Utm dulu sbb senang nak balik kampung la. Sekali, Allah takdirkan ke Utm Kuantan plak... supaya dekat dengan jodoh kot.πŸ˜…)

Dasyat ye...sekali Allah turunkan bala, semua kene...Tak kira, Islam ke tak islam ke...
Baru ni, ms join discussion...ada sorang expert tua, lelaki. Sedih dengar bila dia cakap "...maybe some of us are not gonna be here anymore in next six months...before that happens I m willing to contribute my expertise in these desperate times. I m sure others are too..." Sedih dia tu sampai dengan aku aku sekali terasa. Terasa sampai ke jiwa...walaupun yg cakap tu bukan Islam, terasa ketulusan & 'genuine'nya tu...

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm....(i m keeping the rest of my thoughts in my head only)

Saturday, April 4, 2020

MCO and Social Media

Hmm... I guess social media is very important especially during these MCO days 😎 ...Yup. Dah tak boleh keluar kan. Jumpa dalam alam maya je la. No probs. Kene gaya, ok je. Macam macam social media ada zaman ni. Tak yah beli tiket kapal terbang. Boleh jumpa, chat face to face. Kelas online. Meeting pun online...

Hmm...sejak mco, budak budak ni pun, cikgu bagi tugasan & homework ikut social media je. mostly wassap and telegram. Dah la tahun ni tahun peperiksaan. Aduh,...Kedai buku dah tutup pulak. Si abam, ada lagi buku rujukan belom beli. Siapa sangka jadi gini.....silap silap national exam pun boleh tangguh atau batal....Budak  budak ni suka yang amat duduk rumah ms mco ni....dia punya la happy duduk rumah, sampai tak ingat sekolah,...nk periksa pun macam x periksa, adeiii...... bila time main game, ngantuk pun boleh jadi segar kemain !

Mama? Mama dah biasa work from home. Apak dah set up kan satu bilik khas...utk buat keje. Disebabkan tak tahu sampai bila mco ni, creating boundary ni penting. Keluar je dr bilik keje, kita tak pegang keje dah. Kita bekerja di ruang kerja sahaja. Penting untuk mental health. especially long term. Ada orang kata kerje dari rumah ni best. Fleksible. Ye, betul. Tapi susah disiplin. Ikut la...lain orang lain. Aku boleh, tapi tipula kalau nak cakap tak pernah terbabas... Ada yang kata lebih penat. Ye, betul juga. Especially kalau semua nak kita buat sorang. Ho ho ho tak larat! 😒😒 .... setel kain baju, masak masak, cuci dapur, toilet, itu ini lagi........so, dari buat sensorang, better share ramai ramai. Masa awal start mco, kita dah agih kerja. Amalan mengelat, tak digalakkan. Apak, mama anak anak semua kene bekerja sama dalam satu team utk memastikan rumah bersih. Bab suruh kemas ni, adamasanya mama kene pok pek pok pek dulu baru gerak... Nak mana? Nak mama jadi monster ke nak rumah bersih....sah depa akn memilih pilihan kedua... sbb gerenti tak tahan dengan mama...


Post kalini, jamu mata dengan gambo kucing boy kita. Besar contribution dia tau, suka teman mama buat keje...Dengan orang tak dikenali, dia tak bagi pegang dia...kene marah. 
Manja, tapi garang...geram mama dengan dia ni πŸ˜„

Thursday, April 2, 2020

Covid 19 & MCO.

18 March - the first 2 weeks MCO started.
To date, we are having the second one...kalini lebih ketat. EMCO.  Dua hari sebelum MCO, rata rata universiti kelam kabut. Student lagi la cuak. Yang dekat tak seteruk student yang jauh. Yang 'luar negeri', kene dapatkan kebenaran polis nk cross border. Haduh....ada ibubapa dah risau. Bersesak juga la amik anak dr uni sbb tak nak anak bersesak di tempat ramai. Tapi tak nafikan, ada setengah universiti memang bagus preparation nya. Student tak yah kalut pergi ke balai polis. Pihak uni setelkan. Student just naik bas je, balik ... tak perlu ke stesen bas atau bersesak sesak di balai polis. Tabik spring la .... cekap!

Bila darurat gini, terasa bersyukur pula aku tak sambung study jauh jauh. Anak juga dekat.
Mudah. Apapahal, aku ada ketiak suami utk kira berapa bulu dia. kan? Hahahahahaha...well, not literally....πŸ˜† i m sure you understand what i meant, right?πŸ˜‰

Reverse back to a week before 18 of March.
My husband's secretary messed up. Walauwey, hasilnya we were almost merempat kt Kuala Terengganu malam-malam buta. Nice! what a holiday eh?
Me went like, What????... most likely kuman kuman tengah on da way ke sini...huhuhuu...what do you expect? cuti sekolah kan...sah ramai org ganu pakat nok 'kelik kapung'...

Oh man,..."bang, camne kita ni?...takkan nk drive ke kijal?". Penat. Tak larat rasa.
Dalam masa yang sama, dirini tak rasa juga nak ketuk rumah orang tengah malam buta. Mengacau org je. Dah la tengah musim wabak. Aku sanggup merempat dalam kereta.
Call hotel semua penuh.
Call homestay semua penuh.
Call svno2..bgtahu keadaan. Tak usik la keje keje yang melibatkan komputer.

Alhamdulillah, ada satu bilik homestay kosong!
Dalam hati tertanya...er, bersih tak? Hiiii...jangan bilik tu kotor dah la.
Selamat tak??? macam macam dalam kepala aku...huhuhu

Sekali bila dah masuk, bersih giler! Memang boleh sampai level operation theater...
Lantai mozek memang tak berdaki, atau berlumut hitam langsung.
Bersih sangat pun aku takut juga. Takut orang ni serial killer on loose ke .... mana lah tau (ni lah akibat baca banyak buku crime stories) Huhuhu nauzubillahiminzalik. Tapi seriously...memang bersih giler.

Kalau tanya aku, memang aku suka!!! rasa macam nk guling guling baring je atas lantai...
Tapi, dalam masa yang sama....aku juga seram. Aku cakap dengan laki aku...aku takut la org bersih2 sangat ni. Walaupun aku tak sebut, tapi dia macam boleh baca apa dalam pikiran aku. (tang serial killer tu pun ye. tang kuman tu pun ye.) "insyaAllah..selamat. tak apapa...ni, kuman pun tak nampak"
(mmg la kuman kita tak nampakπŸ˜†)Ye la, terpaksa tawakkal je la. "Amin..."
Nasib baik selak pintunya canggih. Ok, rasa selamat sikit.
Lagi satu, aku akan cek fire exit, apapa hal,...tau dah nak lari arah mana...
(...nasib la laki aku, dapat bini pelik cenggini hahahaa πŸ’˜)

Esok paginya, sempat sarapan lenggang kangkung ns kerabu + kambing bakar. πŸ’–Sedapnyeeeeeee...yeay! Pastu baru gerak ke kijal. Walaupun, hotel tu antara hotel favourite aku, mlm tu jugak kami rush balik Pekan. Esok tu, lakiku je setel urusannya. Aku setelkan apa apa yg patut pagi tu...

Tu lah cuti-cuti msia yang last sebelum MCO. Masa MCO, cuti cuti rumah pula...hahaha...
Setahun sebelum MCO, lebih kurang waktu yang sama....aku ingat lagi betapa aku 'terasa hati' dengan sv no1 aku ni...beribu botol air semut aku teguk belum mampu buat aku lupa kot... mlm ni aku tengah menaip tentang validation. Tu yang 'terasa' sangat ni...

Thursday, March 12, 2020

"I LOVE YOU"

Ye berbunga hati bila orang kita sayang cakap I love you kan?
To me, 'I love you', includes safety and security.
Harini baca satu post interesting dari FB Raja Shamri...
Yep, It's about money... hmmmmmmm....
Harga minyak dunia sekarang merudum sehingga USD31/barrel akibat Covid-19. Ada analyst menjangka harga minyak akan jatuh ke-paras USD20.
Berita baik untuk pengguna kerana berkemungkinan harga petrol di stesen jatuh pada harga Rm1.20/liter nanti.Berita buruknya, bila harga rendah ianya adalah tidak baik untuk ekonomi Malaysia dimana belanjawan 2020 di-peg pada harga minyak USD60/barrel.
Ini bermakna Malaysia tidak akan mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi 4.5% dan berkemungkinan besar ekonomi negara akan menguncup kerana berlakunya global recession.
Saya telah mengalami beberapa recession semasa zaman bekerja pada tahun 1982-1983, 1990-1991, 1998-2000 dan 2008-2010.
Penularan Covid-19 ini akan berlaku sekali lagi economy meltdown diseluruh dunia. Saya menjangkakan masalah virus ini akan berpanjangan antara 1 hingga 2 tahun lagi.
Penjawat awam tidak akan merasa tempias masalah ekonomi merudum tetapi menjadi perit kepada mereka di swasta dan yang berniaga.
Apakah petanda apabila recession akan muncul?
• harga rumah jatuh.
• demand untuk rumah baru merudum.
• Construction business slowdown.
• jualan kereta baru merosot.
• trend share market kebawah.
• harga minyak tidak stabil.
• unemployment rate naik.
• BR naik secara perlahan.
• hutang kad kredit bertambah.
• rate inflasi naik.
• harga barangan essential naik.
• economy meltdown bermula dari negara ekonomi besar seperti US, Germany, France dll.
Saya pernah saksikan pada recession 1998-2000 dan 2008-2010 bagaimana rakan rakan kena retrench dari pekerjaan, business lingkup, rumah mereka dilelong dan ramai pulang kekampong halaman kerana tidak mampu tinggal dibandar dengan kos sara hidup yang tinggi.
Kawan kawan rasa sengsara pada zaman tersebut kerana mengambil loan bank dimana BR (Base Rate) mendadak naik sehingga terpaksa membayar dua kali ganda. Kalau biasa mereka membayar Rm3000 setiap bulan, dengan sekelip mata kena bayar Rm6000 pula. Pada masa itu lah rakan rakan yang menggunakan loan takaful merasa lega kerana tiada peningkatan bayaran bulanan mereka.
Saya notis banyak kereta dan rumah dilelong dengan harga murah. Seorang rakan membeli sebuah rumah banglo di PJ dengan harga Rm500k sahaja kerana pemiliknya tersepit kewangan.
Apa perlu rakyat marhaen buat zaman recession ini?
• Simpan 6 bulan cash reserve sebagai kontigensi. Jika anda perlu membayar setiap bulan hutang rumah Rm1000, hutang kereta Rm500, perbelanjaan rumah Rm2000, maka jumlah sebulan adalah Rm3500. Ini bermakna cash reserve 6 bulan yang perlu disimpan adalah Rm21,000. Jika recession datang, anda ada 6 bulan untuk menilai situasi, mengambil langkah drastik dengan tidak mencopek.
• Jangan berhutang baru dan langsaikan apa apa hutang yang ada. Anda tidak perlu membayar riba kepada bank.
• Bayar 100% hutang kad kredit. Lebih baik anda gunting semua kad kredit.
• Berjimat cermat bila berbelanja. Tidak perlu beli Iphone jika android China phone anda masih berfungsi.
• Jangan bertukar kerja sekarang ini kerana kebiasaan bila retrenchment, last in first out.
• Kalau kewangan kukuh, carilah rumah lelong yang berharga murah pada zaman recession.
• Balik kampong tanam kacang kerana sara hidup dibandar adalah lebih tinggi.
• Ambil skim MSS/VSS jika semua hutang sudah langsai dan tarikh persaraan anda sudah hampir.
• Cash is king.
Kepada mereka yang mempunyai wang lebihan, recession adalah masa sesuai untuk membeli rumah dengan harga murah kerana pelaburan hartanah sangat menguntungkan bila ekonomi berkembang semula nanti.
Allahuallam.
Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
* dietlah ketika recession.

Guru & Ibubapa

2-3 minggu lepas kecoh semalaysia (dalam FB) tentang parent yang datang serang guru dan memaksa guru tersebut merangkak dalam kelas sebagaimana anaknya di denda oleh guru tersebut. kemudian merakam dan menyebarkan bagi tujuan untuk memalukan...

Selalu bila ada kes, kene teliti betul2...sebelum tahu hujung pangkal. Nak kata ibubapa salah sepenuhnya, macam tak adil. Nak salahkan guru sepenuhnya juga memang tak adil...Tak adil nak pukulrata semua kes sama. Pernah je aku jumpa guru yang suka maki hamun anak murid tuduh itu ini pada murid walaupun murid tu tak buat kesalahan tu. Pernah juga ku jumpa murid pula yang maki carut marut pada guru walaupun apa yang dibuat guru tu adil dan memang patut pun.

Tapi dalam kes baru baru ni, agak melampaui batas.
Ibu pelajar marah sebab ustazah denda anaknya. Datang sekolah, paksa ustazah pula buat macamana dia denda anaknya. Ye, ustazah tu mungkin hukum anak tu bersebab. Anak mungkin 'cedera sikit'. Cuma cara ibu tu confront rasa tak puas hati agak keterlaluan. Bila marah sedang membara, hati tengah 'panas'... Agaknya tak terpikir untuk confront cara elok. Terpikir juga, memang dah tak de sehabis gala cara baik untuk confront dan suarakan ke??? Sehingga perlu ke sampai bertindak ke tahap degrading a human being macam tu???

Bila takut kene saman. Terus jumpa, bincang baik baik, amik gambar berpeluk bagai. Geram semalam terus terpadam. Kesalahan semalam terus hilang. Dia rasa dengan "maaf" boleh baik segala segalanya agaknya... Memang budaya kat malaysia ni gitu. Dah buat orang kaw kaw, lepas tu minta maaf...kira hapus la semua,...Waaaaaaa...after the damaged has been done. Cepat cepat dia 'cuci tangan'.

Kalau ustazah jawab tak nak maafkan...nanti kene paksa pulak. Disogokkankan pula ayat cliche,"sedangkan nabi pun ampunkan umat"...

Aiseymen!!!
Ada orang kata, kejadian tu ada hikmah. Ustazah tu beruntung dapat hadiah pergi ke Osaka katanya...(tengah tengah ada wabak Covid 19 ni) So, bagus la tu ye? So 'acceptable' la tindakan ni? Tak mustahil lepas ni, ada lagi la buat macam tu... lepas tu boleh dapat offer tiket percuma ke tempat2 ada wabak yang boleh menyebabkan kematian...hmmmmmmmm...orang yang bagi hadiah tu tak peka media agaknya...

---***---

Kang ada pula yang kata kat aku...tak kene kat aku, mana kau tahu apa rasanya...
Meh aku citer,...Dulu masa anak bujangku bermasalah dalam belajar, dia 'dibuli' guru. Pernah aku suarakan rasa tak puas hati. Dengan cara elok pun, macam macam kene kata. (kalau tulis kat sini, mau nangis rasa ingat semula). Sungguhpun macam tu, aku dan lakiku tak pernah pulak layan guru tu ke tahap tu.

Ye, kita confront the problem. Cakap direct to the point. Bila kita suarakan, depan depan, kita expect boleh bincang & cari penyelesaian yang baik. Ubah mana yang tak baik kepada yang baik. Tapi kalau di pihak satu lagi tak 'matang' dan tak boleh terima, ye, memang susah nak dapat jalan penyelesaian. Biarlah terbuka macamana kita, susah nak deal dengan segelintir manusia gini. (aku avoid guna perkataan 'guru', sbb aku rasa personality individu tu yg macam tu, bukan profession guru)

Mau tak geram. 'Damage' confident anak aku. Tak lama lepas tu,...lepas tukar suasana baru. Allah datangkan guru-guru yang baik... nampak perubahan. Walaupun aku tak balas, tapi Allah tu Maha Adil...Cerita tak best sampai juga ke telinga...Glad, I took my leave years ago...Semoga tak berlaku pada anak anak lain yang mempunyai masalah sama....

Aku akui. Bukan semua guru ada jiwa pendidik.
Ada yang jadi guru sebab terpaksa, sebab tak de keje lain, sebab nak cari duit etc...sungguhpun gitu, ada yang pikul amanah kerja sebagai guru dengan baik dan berdedikasi. Zaman sekarang, bukan senang jadi ibubapa. Bukan senang jadi guru juga.
Kekhilafan akan ada...
Memang manusia dikurniakan perasaan marah. Kalau Allah dah bagi tu, memang bersebab. Ada la kepentingan perasaan marah tu. Cuma nak marah pun, biar bersebab yang patut. Biar bertempat...Cara pun biarla patut...

Hmmm, entahla .... mungkin sesetengah orang nampak, cara ganyang orang tu patut....eh? eh? Ha'a kan... time ni, let loose, kurangkan guna otak,...........laki aku kata aku boleh pegang watak mak tiri zaman dulu dulu...kalah siti tanjung perak & normadiah... hulk pun takut...lepas buat tu, rasa lega yang amat.... hahahhahaaa... best sbb boleh lepas perasaan... (ayat sindiran)

---***---

Alhamdulillah, lega anak bujangku dah semakin matang dan berdikari... ye, dah besar besar pun still kene monitor juga. Macam macam kes dah dengar dan keluar berita. Anak bujangku sorang ni je la yang aku ada. Anak pompuan sorang tu je lah jugak yang aku ada. Tak putus doa supaya Allah memelihara dan semoga dijauhkan dari manusia berniat jahat. Amin.


Wednesday, February 26, 2020

Holland ?

Tak de angin, tak de ribut, tetiba sampai Holland?
Bestnyeee la kalau dapat g belanda betul betul kan...
Hahahahaa...maybe one day in the future la, but not today.πŸ˜‰

Ok, entry ni memang berkait dengan Holland. Tapi bukan negara eropah tu. Ni Holland Test je. Kah kah kah kah. Suggestion test ni dari kawan yang tengah buat phd gak... Mmg tak de keje mak mak budak dua orang ni.... Habis semua saikologi test nak try... So, result keseluruhan...

Ni suggestions yang aku dapat.
In overall, aku cover kat 4 area...I,S,C & E.
Normally, org rata rata dapat 3, aku ada 4...sebab ada 2 area yang score markah yg sama... Punya la special sgt, sampai tak senormal orang lain. 😊

 -----------------------------------------------------
Holland Test Descriptions πŸ‘€πŸ‘‡

RIASEC scores are based on John Holland's theory that occupations can be divided into six different categories: Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising, and Conventional. Usually, you are a combination of two or three.  This RIASEC Test is one way you can find out which areas you score highest in.

Realistic
REALISTIC occupational personality types like to work with their hands, focus on things in the physical world and use physical skills. They like to explore places and things and frequently have a desire for adventure. They like to repair and make things with their hands, tools, and machines. Outdoor work is often preferred.
Characteristics: stable, assertive, physical strength, practical
Problem Solving: Prefers problems that are concentrate rather than abstract. Wants practical solutions that can be acted out.

Investigative
INVESTIGATIVE occupational personality types tend to focus on ideas. They enjoy collecting and analyzing data and information. They are curious and tend to be creative and original. Investigative types are task oriented, and tend to prefer loosely structured situations with minimal rules or regulations, although some structure contributes to their creativity.
Characteristics: Reserved, independent, analytical, logical
Problem Solving: Prefers to think through, rather than act out problems.

Artistic
ARTISTIC occupational personality types are the most creative of all the types and tend to focus on self-expression through various forms/mediums: images, materials, music, words, movement, as well as systems and programs. They are able to see possibilities in various settings and are not afraid to experiment with their ideas. They like variety and tend to feel cramped in structured situations.
Characteristics: Intuitive, creative, expressive, unconventional
Problem Solving: Deals with problems in intuitive, expressive, and independent ways. Tends to be adverse to rules.

Social
The SOCIAL occupational personality type is concerned with people and their welfare. Social types make friends easily and tend to have well developed communication skills. They enjoy working with groups or individuals, using empathy and an ability to identify and solve problems, and tend to be high achievers and good leaders.
Characteristics: Humanistic, verbal, interpersonal, responsible
Problem Solving: Deals with problems through feelings. Flexible approach to problems.

Enterprising
ENTERPRISING occupational personality types are goal-oriented and want to see results. They work with and through people, providing leadership and delegating responsibilities for organizational and/or financial gain. These people tend to function with a high degree of energy. They prefer business settings, and often want social events to have a purpose beyond socializing.
Characteristics: Persuasive, confident, demonstrate leadership, interest in power/status
Problem Solving: Attacks problems with leadership skills. Decision Maker.

Conventional
CONVENTIONAL occupational personality types are oriented to completing tasks initiated by others. They pay attention to detail, and prefer to work with data, particularly in the numerical, statistical, and record-keeping realm. They have a high sense of responsibility, follow the rules, and want to know precisely what is expected of them.
Characteristics: Conscientious, efficient, concern for rules and regulation, orderly
Problem Solving: Prefers clearly defined, practical problems. Prefers to solve problems by applying rules. 


so suggestion yang dicadangkan... 

πŸ˜€πŸ˜πŸ˜„

nampak sgt stress kan, merapu je... hmm, lepas ni nk g main test apa plak eh... πŸ˜‚