Thursday, April 2, 2020

Covid 19 & MCO.

18 March - the first 2 weeks MCO started.
To date, we are having the second one...kalini lebih ketat. EMCO.  Dua hari sebelum MCO, rata rata universiti kelam kabut. Student lagi la cuak. Yang dekat tak seteruk student yang jauh. Yang 'luar negeri', kene dapatkan kebenaran polis nk cross border. Haduh....ada ibubapa dah risau. Bersesak juga la amik anak dr uni sbb tak nak anak bersesak di tempat ramai. Tapi tak nafikan, ada setengah universiti memang bagus preparation nya. Student tak yah kalut pergi ke balai polis. Pihak uni setelkan. Student just naik bas je, balik ... tak perlu ke stesen bas atau bersesak sesak di balai polis. Tabik spring la .... cekap!

Bila darurat gini, terasa bersyukur pula aku tak sambung study jauh jauh. Anak juga dekat.
Mudah. Apapahal, aku ada ketiak suami utk kira berapa bulu dia. kan? Hahahahahaha...well, not literally....😆 i m sure you understand what i meant, right?😉

Reverse back to a week before 18 of March.
My husband's secretary messed up. Walauwey, hasilnya we were almost merempat kt Kuala Terengganu malam-malam buta. Nice! what a holiday eh?
Me went like, What????... most likely kuman kuman tengah on da way ke sini...huhuhuu...what do you expect? cuti sekolah kan...sah ramai org ganu pakat nok 'kelik kapung'...

Oh man,..."bang, camne kita ni?...takkan nk drive ke kijal?". Penat. Tak larat rasa.
Dalam masa yang sama, dirini tak rasa juga nak ketuk rumah orang tengah malam buta. Mengacau org je. Dah la tengah musim wabak. Aku sanggup merempat dalam kereta.
Call hotel semua penuh.
Call homestay semua penuh.
Call svno2..bgtahu keadaan. Tak usik la keje keje yang melibatkan komputer.

Alhamdulillah, ada satu bilik homestay kosong!
Dalam hati tertanya...er, bersih tak? Hiiii...jangan bilik tu kotor dah la.
Selamat tak??? macam macam dalam kepala aku...huhuhu

Sekali bila dah masuk, bersih giler! Memang boleh sampai level operation theater...
Lantai mozek memang tak berdaki, atau berlumut hitam langsung.
Bersih sangat pun aku takut juga. Takut orang ni serial killer on loose ke .... mana lah tau (ni lah akibat baca banyak buku crime stories) Huhuhu nauzubillahiminzalik. Tapi seriously...memang bersih giler.

Kalau tanya aku, memang aku suka!!! rasa macam nk guling guling baring je atas lantai...
Tapi, dalam masa yang sama....aku juga seram. Aku cakap dengan laki aku...aku takut la org bersih2 sangat ni. Walaupun aku tak sebut, tapi dia macam boleh baca apa dalam pikiran aku. (tang serial killer tu pun ye. tang kuman tu pun ye.) "insyaAllah..selamat. tak apapa...ni, kuman pun tak nampak"
(mmg la kuman kita tak nampak😆)Ye la, terpaksa tawakkal je la. "Amin..."
Nasib baik selak pintunya canggih. Ok, rasa selamat sikit.
Lagi satu, aku akan cek fire exit, apapa hal,...tau dah nak lari arah mana...
(...nasib la laki aku, dapat bini pelik cenggini hahahaa 💘)

Esok paginya, sempat sarapan lenggang kangkung ns kerabu + kambing bakar. 💖Sedapnyeeeeeee...yeay! Pastu baru gerak ke kijal. Walaupun, hotel tu antara hotel favourite aku, mlm tu jugak kami rush balik Pekan. Esok tu, lakiku je setel urusannya. Aku setelkan apa apa yg patut pagi tu...

Tu lah cuti-cuti msia yang last sebelum MCO. Masa MCO, cuti cuti rumah pula...hahaha...
Setahun sebelum MCO, lebih kurang waktu yang sama....aku ingat lagi betapa aku 'terasa hati' dengan sv no1 aku ni...beribu botol air semut aku teguk belum mampu buat aku lupa kot... mlm ni aku tengah menaip tentang validation. Tu yang 'terasa' sangat ni...

No comments: