Tengah tengah keadaan 'darurat-separa darurat' gini, Internet mmg sangat penting.
Kelmarin, sempat berchat dalam wassap dengan teman rapat lama ms kt oz, sedang terkandas di India. Teruk juga kat sana. Tengah lockdown. Dengan makanan susah dapat. Risau keselamatan diri lagi. Paham paham je la di India. Dengan ketegangan kaum, dan rusuhan agama lagi. Penerbangan keluar tak dibenarkan sebab perihal Covid19 lagi. Tu yang cakap kat dia, nak tunggu lagi ke?...Better contact kedutaan Msia, minta tolong. Sebelum keadaan bertambah teruk.
Alhamdulillah, harini setelah sekian lama tak berupdate, happy dapat baca update kt FB yang dieorang dah selamat arrange rescue flight pulang ke tanahair...Dalam flight cabaran lain plak menanti. Sampai tanahair kene kuarantin 14 hari. Semoga semua selamat lah hendaknya...Safer here, than there.
Sekarang other part of the world teruk juga.
Aku sempat la merisik khabar dari kutub utara sampai la kutub selatan...reach famili, kawan kawan, other contacts...Memang Covid 19 merata kat muka bumi. Baca berita macam macam...(Tengah sibuk sibuk, sempat lagi baca berita eh...)
Eropah :
Kat Belanda gov bergaduh gaduh nak suruh rakyat dia duduk kurung diri dalam rumah...tp rakyatnya ramai degil degil katanya...Ada yang kata, government kene tegas lagi, siap ada cadangan kene buat mcm korea selatan kot (maksudnya apa? tembak ke?) No wonder, bilangan kes baru dan kematian meningkat. Itali, Spain, France, Germany, kes terus naik,... Hospital penuh, staff overworked, ventilator tak cukup,...ramai tenat. Ubat sedatif untuk bagi mangsa mati perlahan-lahan habis. Ada yang mati terbiar je kat tepi...
US:
Kt US pulak, ramai juga yang mati. Sampai angkat guna forklift... Yang hidup lagi, rata rata tengah bengang dgn Trump...Federal gov tak buat apa apa,...Pandai pandai state gov la nak handle...Oh, yes, somebody has to take the blame...Oh yeah, salahkan datuk bandar. Yang lagi hairan...ada foresight yang bagus, ada technology yang bagus, expertise yang ramai, tapi tak nak guna???... camno x bengang! 2 minggu lepas, somewhere di US, seorang driver bas upload rakaman tak puas hatinya terhadap seorang penumpang bas yang batuk teruk tak tutup mulut. Turned out, that driver tu pun akhirnya mati sbb covid 19 baru baru ni...
UK:
My old kampung ni, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat lidah belajar cakap BI kan...Missing Sheffield a lot. Sekarang, mesti tgh musim spring yang cantik. Tupai tupai kelabu tengah berkeliaran lari pagar dan pokok... Daffodil berkembang. Roses and Carnations are blossoming here and there... Eh lajak tang lain plak, ok balik semula pada cerita covid, At the age of 55, Perdana Menteri UK sendiri pun ada Covid...sempat meeting online dengan mask oksigen kt hidung. Susah hati gamaknya. Kadar kemiskinan naik. Unemployment rate naik, sebab semua kene berkurung dalam rumah. Tak boleh kerja. Gov bagi bantuan, tapi golongan muda lebih dahagakan entertaiment dari takut kene covid. Hmmmmmmm... Kang mabuk mabuk, havoc lagi satu UK.
OZ:
Ni paling dekat dengan hati. Kat Oz, security border semakin ketat...winter is coming...flu season is coming too, dengan corona lagi sedang melanda...Unemployment rate naik, sebab semua kene berkurung dalam rumah. Tak boleh kerja. Healthcare workforce & food shortage. Toilet tissue habis. Panic buyings lg. Pihak insurance menjangkakan banyak cash out. Oz gov bantuan melalui centrelink, corona merebak pulak kat centrelink...the gov kene cari cara bg bantuan pada rakyat.
S'pore :
Ni paling dekat sekali dengan hati...My southern family belah ni paling ramah & kecoh sekali... Duduk ceruk dunia mana pun, semua connected. Ada covid ke tak de covid ke, mmg tak cukup mulut nak berborak 😆... Masing masing ada laporan keadaan negara masing-masing. (p/s: ye, my family are not all msian...some have different nationality). MCO baru start kt Spore, sampai 5 May. Their version of MCO is called Circuit Breaker.....kalau degil degil boleh kene denda 10k Spore Dollars (approx RM30k).......Setakat ni semua kene duduk dalam pigeon hole (flat) masing-masing 'diam diam', bak kata sepupuku...😉. (Dulu one of the reason apply Utm dulu sbb senang nak balik kampung la. Sekali, Allah takdirkan ke Utm Kuantan plak... supaya dekat dengan jodoh kot.😅)
Dasyat ye...sekali Allah turunkan bala, semua kene...Tak kira, Islam ke tak islam ke...
Baru ni, ms join discussion...ada sorang expert tua, lelaki. Sedih dengar bila dia cakap "...maybe some of us are not gonna be here anymore in next six months...before that happens I m willing to contribute my expertise in these desperate times. I m sure others are too..." Sedih dia tu sampai dengan aku aku sekali terasa. Terasa sampai ke jiwa...walaupun yg cakap tu bukan Islam, terasa ketulusan & 'genuine'nya tu...
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm....(i m keeping the rest of my thoughts in my head only)
Monday, April 6, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment