Hmm...sejak mco, budak budak ni pun, cikgu bagi tugasan & homework ikut social media je. mostly wassap and telegram. Dah la tahun ni tahun peperiksaan. Aduh,...Kedai buku dah tutup pulak. Si abam, ada lagi buku rujukan belom beli. Siapa sangka jadi gini.....silap silap national exam pun boleh tangguh atau batal....Budak budak ni suka yang amat duduk rumah ms mco ni....dia punya la happy duduk rumah, sampai tak ingat sekolah,...nk periksa pun macam x periksa, adeiii...... bila time main game, ngantuk pun boleh jadi segar kemain !
Mama? Mama dah biasa work from home. Apak dah set up kan satu bilik khas...utk buat keje. Disebabkan tak tahu sampai bila mco ni, creating boundary ni penting. Keluar je dr bilik keje, kita tak pegang keje dah. Kita bekerja di ruang kerja sahaja. Penting untuk mental health. especially long term. Ada orang kata kerje dari rumah ni best. Fleksible. Ye, betul. Tapi susah disiplin. Ikut la...lain orang lain. Aku boleh, tapi tipula kalau nak cakap tak pernah terbabas... Ada yang kata lebih penat. Ye, betul juga. Especially kalau semua nak kita buat sorang. Ho ho ho tak larat! 😢😢 .... setel kain baju, masak masak, cuci dapur, toilet, itu ini lagi........so, dari buat sensorang, better share ramai ramai. Masa awal start mco, kita dah agih kerja. Amalan mengelat, tak digalakkan. Apak, mama anak anak semua kene bekerja sama dalam satu team utk memastikan rumah bersih. Bab suruh kemas ni, adamasanya mama kene pok pek pok pek dulu baru gerak... Nak mana? Nak mama jadi monster ke nak rumah bersih....sah depa akn memilih pilihan kedua... sbb gerenti tak tahan dengan mama...
Post kalini, jamu mata dengan gambo kucing boy kita. Besar contribution dia tau, suka teman mama buat keje...Dengan orang tak dikenali, dia tak bagi pegang dia...kene marah.
Manja, tapi garang...geram mama dengan dia ni 😄

No comments:
Post a Comment