Friday, October 29, 2021

Giant !

 

Harini gigih buat Mac N Cheese...Kebetulan sempat g Giant haritu, beli TexMex Cheese & Beef Pepperoni... Dalam pada itu, sempat juga tangan capai salmon! Aha!....lamo den tak makan salmon... Teringat masa kat perth dulu, ... asal bengap je, makanlah salmon, kaya DHA....😆😉. Hmm, tengah bengap sangat la ni....tu yang gini tuh 😆 Sungai Pahang sini, tak de salmon..Rasa - rasa la kalau import telur salmon, lepas tu pi lepaskan kt Sungai Pahang, mesti salmon - salmon yang menetas tu balik Pahang ek........Ha, iyolah tu...😉😅

Tak per la. Dah tak de, kita tangkap kt Giant!


Dalam video ni, dia buang kulit slamon. Kita tak buang kulit salmon. Kita suka...tambah lak yang garing2......😍

p/s: .....lepas semua ke asrama, sapo la yg nak buek kan mama air ye masa kt kompiter...sapo la nak tolong kemas rumah, sidai kain, masak nasik, potong bawang, potong sayur sumer sumer tu....😭


Monday, October 25, 2021

A week before my birthday...

Pfizer Dos kedua - Minggu ni, anak - anak dah setel vaksin dos kedua. Dua - dua demam. Bezanya, sorang kat rumah. Yang sorang lagi, duduk la sorang2, kat asrama. Yang kat rumah, dapat la makan sup ayam. Yang kat asrama, dengar sahaja lah cerita sup ayam...( Nanti bila dah boleh balik rumah, boleh qada sup ayam )...Dengar suara anak sakit kt telepon, rasa macam nk terbang je, ke asrama....amik bawak balik! tapi, niat tu tak diteruskan. Tak diterjemahkan kepada perbuatan. Mama hanya mampu berdoa dari jauh sahaja......Harapnya cepat sembuh la. Tiada komplikasi dari vaksin. Panadol, ubat selsema, semua dah mama bekalkan siap2. Utk makan, bila perlu. 


IGCSE exam
- Bam balik asrama awal sebab periksa. Nasib baik la sekolah dekat dengan rumah. Mudah urusan. Walaupun periksa, kene selitkan jugak sesi amik vaksin. Nasib baik sekolah arrangekan suntikan dos kedua di antara selang masa yang panjang dengan next paper. Harap-harap demamnya tu tak lama. Dah la periksa belum habis lagi..........Semoga Allah mudahkan semua urusan...

Balik ke asrama - Minggu depan, adik pulak balik asrama....So byk la kene shopping. 

Bye bye ikan puyu - Mama akan sibuk, mungkin tak de masa nak monitor ikan - ikan....Jadi, semua setuju, kita lepaskan semua ikan-ikan puyu tu ke tali air dan parit2. Sawah tengah kering sekarang. Takde air. Selut je. Taknak la ikan - ikan tu lemas, x de air....

Bye bye i10 - Hyundai i10 dah selamat dijual. Dah 10 tahun bersama. Memang banyak kenangan dengan kereta tu......banyak jasanya.... Sekarang, akan menjadi milik orang lain...

Musim hujan bermula ?- minggu ni, dah mula banyak hujan turun ke bumi....

Monday, October 18, 2021

Telur Masak Kicap


Malam ni tak banyak nak cerita. Yang terlintas  dalam kepala cuma cerita tentang telur masak kicap je...Apa cerita la teringin nak makan lauk ni tengah malam - malam ni eh? Ni antara lauk sahur yang ngam dengan nasik panas. Kita ni, suka yang ada cili api. Tapi nanti ada yang meraung pulak...so, patahkan cili api kt pinggan sendiri je la... 😄

Thursday, October 7, 2021

Projek Ikan Puyu

Gambar kat bawah tu ada 4. Satu gambar akuarium, set up dlm rumah. Satu gambar pam, untuk bersihkan air. Yang dua lagi tu gambar puyu & sepat. 

Anak - anak ikan puyu ni apak & anak2 tangkap kat parit & sawah. Gigih anak bearank p menyauk sana sini. (Gambar puyu, bawah kanan) Ni puyu jenis apa, kami tatau. Puyu siam ke, puyu sawah ke, tatau la janji kami tau diorang ni puyu...
Selain puyu, sepat pun tertangkap sekali. (gambar bawah kiri tu, gambar sepat....sepat apa tak tahu la, sepat ronggeng ke, sepat rawa ke, sepat padi ke, sepat siam ke, lantak la, tau nama dia sepat je...)... Puyu ni, aggressif ! Tak padan kecik! kuat mencubit! dia kejarnye sepat...mecicit sepat lari....habis tobek tobek la sirip sepat dikerjakan....Lepas tu dengan muka baik, puyu berenang macam tak bersalah,...Tapi bila setan dia datang lagi, dia pedajal sepat lagi.......gini la gamaknya depa ni duk dalam parit tu eh.... Nanti kau, aku gulaikan ko...

Ni tengah belajar lagi bela puyu. Buat masa ni bagi makanan ikan yg jenis biasa tu je dulu. Tumbesaran dia amik masa 4-6 bulan. Ooooo.....ok, sempat lagi la nak pikir masak apa. Sekarang kene pikir camne nak bagi puyu ni sihat & gemuk dulu. Well..... Pahang dah nak masuk fasa ke 4. Sorang anak dah kembali ke sekolah. Sorang lagi pun akan kembali ke sekolah jugak, tak lama lagi ni......

Yang tinggal kat mama ni, ...phd, puyu, miau & apak je la...Hmmmmmmmmmmmmmm....


Saturday, October 2, 2021

Busy!

2 minggu ni mmg busy...

1.  Setel urusan vaksin anak-anak.
2.  Setel urusan kembali ke sekolah.
3.  Setel daftar semester baru.
4.  Setel tengok apak & anak-anak tangkap sepat & puyu dari parit, letak dalam akuarium. Rancangannya nak bela puyu-puyu yang ditangkap sampai besar, lepas tu nak mama masak buat lauk masa balik dari asrama......ok, that's something to look forward to bila balik rumah nanti ...... Sekarang dah jadi penternak ikan lah pulak! ......"Mama, jangan sayang puyu-puyu ni ye, susah kita nak makan nanti..." 😄 

Ikan puyu sedap masak apa ye? 

Sunday, September 19, 2021

Online Shopping on September...

Sejak covid melanda, nak tak nak aku terpaksa aktif buka akaun online. Selama ni, aku macam orang tua, kan....Masa awal2 jd student lagi la,...langsung takde akaun bank online. Kalau malas g atm, buat transaksi, tak la gedik nak beli barang kan? So duit aku selamat dalam bank....Kalau ada apa kene yang bayar online, laki aku la bayarkan atau bayarkan dulu. Then aku bayar balik kt dia. Lebih kurang tiga tahun ++ lepas ...aku dah start ada online banking... buat transaksi sbb nk kekalkan akaun hidup je. Kalau tak, akaun jd dorman....

Tapi sejak ada bank online ni, duk umah pun boleh shopping. Masa kuarantin, online banking jadi keperluan. Yang asalnya tak mo rajin pun boleh terajin pulak shopping. Ni pun masih belajar kontrol diri supaya tak hanyut membeli....Kang stress je beli..Stress lagi, beli lagi... takut ketagih pulak. Tapi kalau untuk urusan spesel aku tak berkira. Hujung ogos lepas, lepas mak aku selosai amik vaksin, aku order baju kelawar batik dari kawan aku (tauke baju), minta dia hantar straight kt rumah. Dapat baju baru, baik sakit urat dia....Tak pasti ni side effect vaksin ke sebab dapat baju baru ke 😅😉...Adik aku pulak tumbang 2 hari, demam amik sinovac. Adik ipar aku demam amik Pfizer. Mak aku pulak duk risau kot aku pun tumbang sama........Alhamdulillah,...aku jadi kuat tido je. Pantang membaca atau menulis. Terus ngantuk.... 

Semalam, birthday mak aku. Aku & laki aku order ayamas hantar kat rumah.... Order online. Ucapan besday dengan ayam ke pintu......Adik aku belanja lamb steak....Mak aku kata, kalau dia perap tak sedap. Tak macam aku perap. Ha iyo lah tu....Aku cakap, ni sebab tak nak share kambing tu dengan aku kan sebab tu lah dia cakap cam tu.......😆😆😆😆😉. Ke sebab nak aku balik? 😅 Kalau la boleh travel 'online', aku dah travel dah ni.....

Kalau aku balik, selalu aku akan masak. Mak aku kata dia dah boring dengan masakan dia. Dia nak aku pulak masak utk dia. So, kalau aku rajin aku offer la diri. Kalau aku malas, nanti dia suruh aku g dapur, dia bgtahu apa dia teringin nak makan. Tapi dia tak nak masak. Dia nak aku yang masakkan. Either way, aku jugak la yang kene masak😂... Tahun lepas, masa laki aku ada kerja kt KL, aku sempat la balik rumah. Tahun ni, tak balik. Ayam panggang je la pengganti diri.... 😇

Masa call, aku sempat share pembelian eksotik aku dengan mak aku... Haaa, ni plak untuk aku. First time nk try... 

"Eiii, boleh makan ke tu? Sedap ke?"
"Hahahahaaa ....Belum try, belum tahu..." 😆😆😆

Laki aku plak dah telan air liur dah tu. Seram nak try katanya....hahaha 😅 

Wednesday, September 15, 2021

Semoga dimudahkan semuanya....



Sekolah dah nak buka... Exam dah nak dekat. Antara part yang best duduk rumah, sebab mama masak la kan?....Ni sambil menaip ni, tengah pikir nak masak apa la dgn ikan sembilang yang baru beli. Boleh la buat asam pedas ke masak gulai ke... Tapi tengok la jugak...kalau rajin, mood tak ke laut dalam, ade lah 😋

Hasil tindakan muka tembok memohon vaksin haritu, kita akan dikira fully vaccinated pada 20 sept, insyaAllah. Dah lengkap vaksin, boleh la masuk kampus....Most likely kita plan nk stay kat bilik kecik ftkee, buat kerja kat situ je. Terpencil. Tak jumpa sapa - sapa. Tak kacau sapa - sapa. Tak de keperluan masuk fakulti, kita tak masuk la. Kalau nak meeting dengan sv, online pun boleh je dr situ.....kurang risiko. Perlu ke ke uni? Pada ku perlu, utk progress ke depan.........sebab bila jauh dr dapur, tak nampak semak2 depan mata, senang fokus.... 

Ramai orang dah hip hip horray, seronok boleh makan kt kedai, bebas sana sini....Kita tak. Kita ada anak nak exam. Seboleh - bolehnya kita nak maintain selamat. Nanti 27 sept, semester baru akan start. Semalam selesai upload paper di lubuk repository universiti.....Next, insyaAllah, ada dua lagi on da way...

Kerja - kerja phd ni byk lagi,...
Semoga dimudahkanlah semuanya.....Amin.