Enjoying Life. Happily Married. Mother of two beautiful and lovely son & daughter. Manager of Domestic Engineering & Support Department of the family since 2004.
Sejak covid melanda, nak tak nak aku terpaksa aktif buka akaun online. Selama ni, aku macam orang tua, kan....Masa awal2 jd student lagi la,...langsung takde akaun bank online. Kalau malas g atm, buat transaksi, tak la gedik nak beli barang kan? So duit aku selamat dalam bank....Kalau ada apa kene yang bayar online, laki aku la bayarkan atau bayarkan dulu. Then aku bayar balik kt dia. Lebih kurang tiga tahun ++ lepas ...aku dah start ada online banking... buat transaksi sbb nk kekalkan akaun hidup je. Kalau tak, akaun jd dorman....
Tapi sejak ada bank online ni, duk umah pun boleh shopping. Masa kuarantin, online banking jadi keperluan. Yang asalnya tak mo rajin pun boleh terajin pulak shopping. Ni pun masih belajar kontrol diri supaya tak hanyut membeli....Kang stress je beli..Stress lagi, beli lagi... takut ketagih pulak. Tapi kalau untuk urusan spesel aku tak berkira. Hujung ogos lepas, lepas mak aku selosai amik vaksin, aku order baju kelawar batik dari kawan aku (tauke baju), minta dia hantar straight kt rumah. Dapat baju baru, baik sakit urat dia....Tak pasti ni side effect vaksin ke sebab dapat baju baru ke 😅😉...Adik aku pulak tumbang 2 hari, demam amik sinovac. Adik ipar aku demam amik Pfizer. Mak aku pulak duk risau kot aku pun tumbang sama........Alhamdulillah,...aku jadi kuat tido je. Pantang membaca atau menulis. Terus ngantuk....
Semalam, birthday mak aku. Aku & laki aku order ayamas hantar kat rumah.... Order online. Ucapan besday dengan ayam ke pintu......Adik aku belanja lamb steak....Mak aku kata, kalau dia perap tak sedap. Tak macam aku perap. Ha iyo lah tu....Aku cakap, ni sebab tak nak share kambing tu dengan aku kan sebab tu lah dia cakap cam tu.......😆😆😆😆😉. Ke sebab nak aku balik? 😅 Kalau la boleh travel 'online', aku dah travel dah ni.....
Kalau aku balik, selalu aku akan masak. Mak aku kata dia dah boring dengan masakan dia. Dia nak aku pulak masak utk dia. So, kalau aku rajin aku offer la diri. Kalau aku malas, nanti dia suruh aku g dapur, dia bgtahu apa dia teringin nak makan. Tapi dia tak nak masak. Dia nak aku yang masakkan. Either way, aku jugak la yang kene masak😂... Tahun lepas, masa laki aku ada kerja kt KL, aku sempat la balik rumah. Tahun ni, tak balik. Ayam panggang je la pengganti diri.... 😇
Masa call, aku sempat share pembelian eksotik aku dengan mak aku... Haaa, ni plak untuk aku. First time nk try...
"Eiii, boleh makan ke tu? Sedap ke?"
"Hahahahaaa ....Belum try, belum tahu..." 😆😆😆
Laki aku plak dah telan air liur dah tu. Seram nak try katanya....hahaha 😅
Sekolah dah nak buka... Exam dah nak dekat. Antara part yang best duduk rumah, sebab mama masak la kan?....Ni sambil menaip ni, tengah pikir nak masak apa la dgn ikan sembilang yang baru beli. Boleh la buat asam pedas ke masak gulai ke... Tapi tengok la jugak...kalau rajin, mood tak ke laut dalam, ade lah 😋
Hasil tindakan muka tembok memohon vaksin haritu, kita akan dikira fully vaccinated pada 20 sept, insyaAllah. Dah lengkap vaksin, boleh la masuk kampus....Most likely kita plan nk stay kat bilik kecik ftkee, buat kerja kat situ je. Terpencil. Tak jumpa sapa - sapa. Tak kacau sapa - sapa. Tak de keperluan masuk fakulti, kita tak masuk la. Kalau nak meeting dengan sv, online pun boleh je dr situ.....kurang risiko. Perlu ke ke uni? Pada ku perlu, utk progress ke depan.........sebab bila jauh dr dapur, tak nampak semak2 depan mata, senang fokus....
Ramai orang dah hip hip horray, seronok boleh makan kt kedai, bebas sana sini....Kita tak. Kita ada anak nak exam. Seboleh - bolehnya kita nak maintain selamat. Nanti 27 sept, semester baru akan start. Semalam selesai upload paper di lubuk repository universiti.....Next, insyaAllah, ada dua lagi on da way...
Kerja - kerja phd ni byk lagi,... Semoga dimudahkanlah semuanya.....Amin.
Dah genap 6 tahun sambung belajar. Bila la nak habis niiiii........
Setelkan phd musim pandemik ni mencabar. Semoga dibukakan jalan penyelesaian yang baik. Semoga Allah mudahkan urusan... Amin.
Masa awal daftar dulu, apak bagi kebenaran, dengan syarat tak abaikan keluarga. There is no point utamakan phd, tapi famili tergadai, anak terbiar, jiwa sewel, nyawa melayang, ..... 6 tahun banyak kenangan. Yang pahit memang kita tak lupa la. Pengajaran besar!!!!!!! Tapi, yang manis juga tetap sedap dikenang....😎
p/s: I m working one on one now... please bear with me 💻 ⛾
Malam ni, I m thinking about paella. The reason?....Deiii, sebab sinang kireje laaaaa.. Main campak je semua masuk....itu dalam masak laaaaaaa......First time aku try paella, masa kt UK...tahun 1995...masak untuk subject home economics. Dalam jadual, memang subjek tu last sekali...Hehehe, semua orang kene masak, bawak bahan (simpan dalam bekas sendiri & masuk dlm peti sejuk. cikgu siap buatkan compartment khas lg utk aku, bantu supaya tak bercampur dengan non halal stuff. hasilnya, lepas tu muslim student lain pun dapat guna) masak ramai2...Masa ni, kalau bahan kita tak cukup ke kita g la jalan2 ke counter kwn2 mintak sket atau kalau ada lebih n tak nak bawak balik, kita offer la kt classmate, guna... Bila dah siap masak, makan ramai2.....Sebagai homework, kita kene listkan resit bhn yang kita beli, kira kos, kira kalori makanan, kene cerita plak kenapa kita pilih nk letak bahan2 tu dlm paella kita, (resepi asas, cikgu dah senaraikan, yang kita tambah tu, kita kene explain kenapa).....haaaaa banyak kan kene pikir? masak pun macam projek...walaupun byk kerja 😅😇, it bring lots of good & sweet memories.....
Tu lah kisah asal usul ku minat paella. Sampai sekarang, minat. Next round lepas belajar masak paella tu, masak sendiri kt rumah plak. Paling sedap, masa panas2, baru masak. Kalau tunggu sejuk, muak! ku suka tambah hirisan cili api sikit. Ubat muak. Some versions use wine. Well, kita boleh adapt je resepi mengikut selera kita. Minus the wine! Kalau yang kt tepi tepi laut, suka la seafood version paella. Yang jauh dr laut, biasa ayam atau arnab. Sesetengah letak chorizo. Kalau nak letak jugak, sebagai orang islam, kita boleh pilih halal beef chorizo atau lamb chorizo. Kalau tak nak letak pun, no problem. So, now I am gonna park some of my fav paella recepi here, ....nanti bila ada mood nak masak boleh try....😍😍😍😍
1. Last time teringin nak merasa telur itik goreng!......So,....taraaa... Ooo telur kuningnya lebih besar dari telur ayam,...telur putihnya plak lebih kenyal dr telur ayam....tapi overall, sedap je, belasah dengan ns putih panas + kicap + cili api. Dah lapar kan, baham aje la. Ni gorengan asian crispy fried egg style.....suka ada garing2 sket sket kat tepi tepi tu....Pas ni nak try telur apa plak? telur angsa? telur burung unta? haa boleh boleh....jom! telurnya blum ada lagi, tapi kita jom je dulu....😊
2. Hari ni, setel perapan kepak ayam sebesen. Sebesen ni sikit je kalau ikutkan. Kalau ada 100, 100 tu sekejap je licin! Jangan tak tahu, orang dalam rumah ni memang pelahap semua😅.....plannya, esok kita bakar, kalau tak nak esok, lusa pun boleh... Ni, mmg buat untuk ratah...sambil tengok movie ke, tak pun buat makan dengan roti nan! 😋
3. Tetiba nak makan laksa pahang yang merah tu. Rasa laksa pahang, guna mi laksa gandum, bukan spegetti. Nk buat tak reti, nak order tak tahu sapa yang buat sedap... Nak cuba masak, tak de mood. Kita dah spend banyak energy tang lain, kita tak mo serabut2. So, mood nak makan je ada.......Nanti bebila ada mood nak try masak laksa pahang, kita try....not this time. 😉😇
p/s: 7 September ni, genap 6 tahun jadi student,...
Apa khabar ngan encemboi? Lepas operation, Dr monitor dia. Cek, makan, buang air, makan ubat etc. Dr cakap masa stay kat klinik, dia tak lalu makan. Kalau makan pun sikit je. Agaknya tak biasa dengan susasana klinik & wajah2 tak dikenali. Mesti takut. Selalu, ada kita kemain garang dgn org dia tak kenal,....Semua org dia tak kenal kene marah. Kalini, mesti dia kompius, nak marah ke nak sembunyi. Nak sembunyi tak larat. Redha je la.....Sedih kene tinggal juga mungkin kot. (Dah pesan, jaga diri, dia yang tak paham bahasa, nak buek camno).
Masa dia operation, sempat la jugak mama search internet, tengok anatomi kucing jantan. Tengok part yang Dr cerita masalahnya. Hmmm........ tengok n baca je la mampu, selain doa. Hopefully, semua lancar & speedy recovery.
Hari dia balik rumah, nampak la dia kurus sket. Ada bahagian yang Dr terpaksa cukur utk operation. Sampai je pintu rumah, apak keluarkan dia dari carrier. Nampak mata dia bulat tengok tengok keliling rumah....cek cek rumah...Haaaaaa rumah akuuu......Nampak dia ceria bila nampak adik! Adik pandai usap dia. Dia sangat sangat laaaa suka kene usap! Kemain muka dia 'seronok kene urut'.........😄
Dr pesan makanan dia kene beli yang mmg spesifik. Haiyoo!...bantu dia senang buang air & kurangkan kesukaran kencing. Ubat jugak diberi. Utk ni, apak & adik take care urusan makan & ubat. Hari pertama kedua ok lagi nak bagi makan ubat. Masuk hari ketiga, dah cerdik. Macam2 taktik ada. kemam, tolak dengan lidah, luah balik, dan paling teruk sekali, dah pandai kunci mulut! 😆😆😆
Sebelum2 ni, masa anak-anak tak de, mama la yang urus bab makanan pet anak - anak ni. Bila pkp, anak - anak ada kat rumah, anak-anak la handle. Kadang2, mama tolong. Cuma bab makan dia lepas operation, mama memang sengaja tak urus. Tapi dia carik2 mama, datang kt meja. Duduk depan monitor, baring depan keybod...suh pegang dia. Ok, mama pun usap la dia.....ingat dia nak manja je. Tapi tak, dia nak minta mama bagi dia makan......siap kunyah tangan kita......Aiiiii....mamat niii....Hiiii, pandaiiii niii..... kalau dia pergi kt apak & adik, kene makan ubat dulu, baru dapat makanan. So dia pergi kat mama. Kucing pun pandai mantik ngelat....Dengan mama tak de ubat....Kalau mama juga handle ubat, dia hilang tempat manja nanti. Mana lagi mau tumpang manja............ Tau dah sifir dia ni...... ooo sebab tak mo makan ubat tak sedap, baru ingat mama ye....😁
1. Encem boi cakit... Masa apak tak de, dia la antara peneman kami bertiga... lepas apak balik, dia pulak cakit. Dia tak macam selalu. Lain dari biasa. Mengiau, distress. Makan tak mahu. Minum tak mahu. Muntah - muntah ada la beberapa kali. Kita ni usap la dia. Tak reti nak cari punca. Rupanya dia ada masalah batu karang. Masa bwk ke veterinar baru tahu. Kesian la ke dia yang selama ni menahan sakit. Batu karang ni dah lama. Serasa mama, bab makan, kita dah jaga. Dokter kata, penyakit ni biasa terjadi pada kucing jantan yang dah di'kasi'......Hmmm....Masa sebelum pisah, doktor dah suruh bagi kata - kata terakhir sebelum operation. Hmmm.....nak nangis tapi control. Ramai orang kt luar klinik. Simpan dlm hati je la. Kami semua doa untuk dia, semoga operation berjaya.... Harini, dokter kata dia dah sedar lepas operation, tapi tak nak makan... Esok kita risik lagi, dia ni cemana.....
2. Health gadjets Beberapa gajet kesihatan dah sampai ke rumah....
oh, ada satu lagi...pembaca gula dalam darah... Ni pun apak beli jugak la....memandangkan side effects dr ubat mama ni boleh menyebab gula dalam darah tinggi dr normal, jadi wajarlah kene cek.................huhuhu, tapi mama takut nak cucuk jari, keluarkan setitis darah n cek. Hahahahahahhaahaa.....Masa tak de gajet ni, boleh la cakap tak tahu............ni dah ada, buat buat tak tahu pula......😅
3. Vaccination : my first shot! Minggu ni, entah macamana entah, tetiba rasa nak try dapatkan vaksin. Asalnya ada viral kata boleh walk in kt pusat ppv di UMP. Hati kita pun berbunga - bunga laaaaa....tapi sampai sana, pic kata tak de walk-in. Viral palsu! Apak dapat panggilan mysejahtera. Tak macam mama. 😔. Ku hanya mengiringi kekasih hati hingga ke pintu ppv sahaja....Keutamaan pada yang ada temujanji mysejahtera. Then, kalau ada kosong, most likely, UMP akan utamakan staf UMP yang belum ada vaksin. Sebab ni PPV kan, bila ada kekosongan baru diorang panggil org lain, isi kekosongan yang ada. Tapi, daku try je la. Mohon nak vaksin jugak. Malu, tapi terpaksa buat muka tembok juga, ...Mana tahu ada rezeki....Lama tunggu. Dah petang, baru boleh tahu ada kekosongan ke tak. Kalau ada rezeki, dapatla dipanggil masuk. Kalau tak de, tak de la. Nasib la.... Alhamdulillah, lewat petang kelmarin, ada rezeki (atas ihsan SUK Pahang). Dapatlah vaksin & temujanji untuk dos kedua akhirnya. Next appointment, boleh vaksin sama-sama apak. Dah tak payah jadi tukang iring sampai ke pintu lagi. Cuma, hajat hati I nak Pfizer....tapi tetiba terjodoh dengan Sinovac pulak.....tak perla, kan...... Janji dapat vaksin... Dah dapat ni pun, syukur sangat.