Saturday, February 21, 2009

Hurrey, Avocado Day!!!

Semalam bagi E-m4n makan avocado. Pagi, bagi Avocado lecek + susu. Petang avocado lecek + pisang lecek. Avocado lecek tak pe lagi, tapi bila pisang lecek dicampur sekali, dia dah tak tahu macamana nak telan. Sebab ade ketulan,die tak lepas nak telan. Jadi terpaksalah kisar supaya dapat tekstur halus yang dia selesa telan.

Selain kaya dengan mineral dan vitamin, avocado ni kaya dengan lemak( monounsaturated fats). Bagus untuk otak dan jantung serta megurangkan risiko kanser dan serangan sakit jantung. Untuk ibu mengandung pun bagus. Tambahan plak boleh kurangkan morning sickness,kalau tekak lalu nak makan avocado ni.Selama ni aku ingatkan avocado ni buat pencuci muka je. Heheheeee...

Walaupun dah masak ranum, rasanya lemak dan tawar. Kita yang dah tua ni pun boleh baham sama kalau nak. Cuma tak lalu la nak makan tawar gitu. Aku suka manis sket. Makan ngan yogurt buah-buahan ke, aiskrim ke or buat ice blended.

Sekarang ni E-m4n dah boleh mula diajar untuk makan makanan lecek pulak supaya die belajar mengunyah. Nak masukkan telur(kuning sahaja), daging dan ayam ke dalam menu die pun dah boleh. Sekarang die suka kejar orang tengah minum air dalam cawan. Die pun nak rasa apa yang orang minum dalam cawan. Kemain laju lagik merangkak kejar orang. Kadang tu dari jauh die datang tersengih - sengih kalau die dengar bunyi orang hirup air. Nak 'cukai' orang lah tu..tajamnye telinga...dengar aje!

No comments: