skip to main |
skip to left sidebar
skip to right sidebar
Surprises Of The Week!
Surprises Of The Week!
- Abang beli basikal baru! Second hand actually. Tapi masih baru, sebab tuan empunya basikal lama dah nak balik M'sia. Dah tak kematu punggung bawak basikal.
- E-m4n dah merangkak sepenuhnya! Yea! Alhamdulillah. Sebenarnya die terpaksa. Nak tau sebab apa? Ibu kaki die sakit akibat terlalu banyak mengesot (sebab digunakan untuk menghasilkan daya tujahan kedepan, menolak badan ketika mengesot). Jadi, nak tak nak kene la merangkak supaya tak sakit ibu kaki.
- E-m4n nganga mulut untuk makan! Resipi ni die suka nampaknya, bubur nasi + kentang + lobak merah + semolina. E-m4n payah nak nganga mulut untuk makan."Picky eater!"...Quite a task jugak nak bagi die makan. Tak macam abangnya. Suap la apa saja. Nganga aje.
- Sistem air panas telah dibaiki setelah aku call khamis lepas komplen dengan nada serius sebab dah dua minggu tapi "NOTHING IS DONE!". Aku pernah la cakap kat abang kot kot uni nak tukar egent manage rumah tak. Tu yang lambat je respon bila kami komplen. 'Simptom' kejadian yang sama pernah berlaku masa agent rumah lama kami nak bertukar. Sehari lepas water heater system dibaiki, kami terima surat yang mengatakan rumah kami akan bertukar agent bermula mac ini. "Haaa, tengok ni i.s.y.a.h dok sebut-sebut semalam...kan dah masin!"-kata abang sambil menunjukkan surat pemberitahuan rasmi. (Alermak!)... Yang merisaukan kami, adakah sewa akan naik berganda2 banyaknya dibawah agent baru ni. Mampu ke nak bayar nanti???Janganlah hendaknya, kami ni student bukan orang kaya.
- 5ol3h mula nak bercakap! Die nak nak mula ikut apa yang aku sebut. Jelas tak pelat sebutannya. (Words yang aku ajar). Sebelum ni 5ol3h tak nak bercakap. Die lebih suka tak menyebut dimulut tapi dengan tunjuk2 saja.Sekarang ni kami tengah berusaha nak bantu die. 5ol3h kami hantar ke unicare 2x seminggu. Nak die belajar bersosial dan bercakap. Harap die dapat belajar banyak.
No comments:
Post a Comment